Carian Al-Quran
Pergi ke Ayat
Tetapan Paparan Ayat
Surah Al-Araf (الأعراف)
206 ayat • Makkiyah
121
Share
Share
قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ
Melayu: Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.
English: Crying : We believe in the Lord of the Worlds ,
中文: 他们说:“我们已信仰全世界的主,
122
Share
Share
رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ
Melayu: "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".
English: The Lord of Moses and Aaron .
中文: 即穆萨和哈伦的主。”
123
Share
Share
قَالَ فِرْعَوْنُ آمَنتُم بِهِ قَبْلَ أَن آذَنَ لَكُمْ إِنَّ هَـذَا لَمَكْرٌ مَّكَرْتُمُوهُ
فِي الْمَدِينَةِ لِتُخْرِجُواْ مِنْهَا أَهْلَهَا فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ
Melayu: Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya dari padanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatya).
English: Pharaoh said : Ye believe in Him before I give you leave! Lo! this is the plot that ye have plotted in the city that ye may drive its people hence . But ye shall come to know!
中文: 法老说:“没有获得我的许可,你们怎么就信仰了他呢?这一定是你们在城里预谋的,想借此把这城里的居民驱逐出去;不久你们就会知道了。
124
Share
Share
لأُقَطِّعَنَّ
أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلاَفٍ ثُمَّ لأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ
Melayu: "Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semuanya".
English: Surely I shall have your hands and feet cut off upon alternate sides . Then I shall crucify you every one .
中文: 我一定要交互著砍掉你们的手脚,然后,我必定把你们统统钉死在十字架上。
125
Share
Share
قَالُواْ إِنَّا إِلَى رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ
Melayu: Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya).
English: They said : Lo! We are about to return unto our Lord!
中文: 他们说:“我们确要返于我们的主。
126
Share
Share
وَمَا تَنقِمُ مِنَّا إِلاَّ أَنْ آمَنَّا
بِآيَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءتْنَا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Melayu: "Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".
English: Thou takest vengeance on us only forasmuch as we believed the tokens of our Lord when they came unto us . Our Lord! Vouchsafe unto us steadfastness and make us die as men who have surrendered ( unto Thee ) .
中文: 你无非是责备我们信仰了我们的主所降示的迹象。我们的主啊!求你把坚忍倾注在我们心中,求你在我们顺服的情状下使我们死去。”
127
Share
Share
وَقَالَ الْمَلأُ مِن قَوْمِ فِرْعَونَ أَتَذَرُ مُوسَى وَقَوْمَهُ لِيُفْسِدُواْ
فِي الأَرْضِ وَيَذَرَكَ وَآلِهَتَكَ قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَاءهُمْ وَنَسْتَحْيِـي
نِسَاءهُمْ وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَاهِرُونَ
Melayu: Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: "Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?" Firaun menjawab: "Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka".
English: The chiefs of Pharaoh ' s people said : ( O King ) , wilt thou suffer Moses and his people to make mischief in the land , and flout thee and thy gods? He said : We will slay their sons and spare their women , for lo! we are in power over them .
中文: 法老的百姓中的众领袖说:“难道你要任随穆萨和他的宗族在地方上作恶,并抛弃你和你的众神灵吗?”他说:“我们要屠杀他们的儿子,保全他们的妇女,我们确是统治他们的。
128
Share
Share
قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ
اسْتَعِينُوا بِاللّهِ وَاصْبِرُواْ إِنَّ الأَرْضَ لِلّهِ يُورِثُهَا مَن
يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ
Melayu: (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
English: And Moses said unto his people : Seek help in Allah and endure . Lo! the earth is Allah ' s . He giveth it for an inheritance to whom He will . And lo! the sequel is for those who keep their duty ( unto Him ) .
中文: 穆萨对他的宗族说:“你们要求助于真主,要忍受虐待;大地确是真主的,他使他意欲的臣仆继承它;优美的结局只归敬畏者。”
129
Share
Share
قَالُواْ أُوذِينَا
مِن قَبْلِ أَن تَأْتِينَا وَمِن بَعْدِ مَا جِئْتَنَا قَالَ عَسَى رَبُّكُمْ
أَن يُهْلِكَ عَدُوَّكُمْ وَيَسْتَخْلِفَكُمْ فِي الأَرْضِ
فَيَنظُرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ
Melayu: Mereka berkata: "Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami". Nabi Musa menjawab: "Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?"
English: They said : We suffered hurt before thou camest unto us , since thou hast come unto us . He said : it may be that your Lord is going to destroy your adversary and make you viceroys in the earth , that He may see how ye behave .
中文: 他们说:“你到来之前,我们受虐待,你到来之后,我们仍然受虐待!”他说:“你们的主,或许会毁灭你们的仇敌,而以你们为这地方的代治者,看看你们是怎样工作的。
130
Share
Share
وَلَقَدْ أَخَذْنَا آلَ فِرْعَونَ
بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِّن الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Melayu: Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.
English: And We straitened Pharaoh ' s folk with famine and the dearth of fruits , that peradventure they might heed .
中文: 我确已用荒年和歉收去惩治法老的臣民,以便他们觉悟。