Pergi ke Ayat
Sedang

Surah Al-Anbiya (الأنبياء)

112 ayat • Makkiyah

أَمِ اتَّخَذُوا آلِهَةً مِّنَ الْأَرْضِ هُمْ يُنشِرُونَ
Melayu: Adakah benda-benda dari bumi yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu, dapat menghidupkan semula sesuatu yang mati?
English: Or have they chosen Gods from the earth who raise the dead?
中文: 难道他们把大地上许多东西当神明,而那些神明能使死人复活吗?
لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ
Melayu: Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
English: If there were therein Gods beside Allah , then verily both ( the heavens and the earth ) had been disordered . Glorified be Allah , the Lord of the Throne , from all that they ascribe ( unto Him ) .
中文: 除真主外,假若天地间还有许多神明,那末,天地必定破坏了。赞颂真主--宝座的主--是超乎他们的描述的。
لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ
Melayu: Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.
English: He will not be questioned as to that which He doeth , but they will be questioned .
中文: 他自己的行为,不受审讯,而他们都是要受审讯的。
أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ آلِهَةً قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ هَذَا ذِكْرُ مَن مَّعِيَ وَذِكْرُ مَن قَبْلِي بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ الْحَقَّ فَهُم مُّعْرِضُونَ
Melayu: Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku". (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar.
English: Or have they chosen other gods beside Him? Say : Bring your proof ( of their godhead ) . This is the Reminder of those with me and those before me , but most of them know not the Truth and so they are averse .
中文: 难道他们除真主外还事奉许多神明吗?你说:“你们拿证据来吧,这是对于我的同道者的记念,也是对于在我之前者的记念,但他们大半不知真理,背弃它。”
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ
Melayu: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".
English: And We sent no messenger before thee but We inspired him , ( saying ) : There is no God save Me ( Allah ) , so worship Me .
中文: 在你之前,我所派遣的使者,都奉到我的启示: 除我之外绝无应受崇拜的。所以你们应当崇拜我。
وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَداً سُبْحَانَهُ بَلْ عِبَادٌ مُّكْرَمُونَ
Melayu: Dan mereka (yang musyrik) berkata: "(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak". Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan.
English: And they say : The Beneficent hath taken unto Himself a son . Be He glorified! Nay , but ( those whom they call sons ) are honored slaves ;
中文: 他们说:“至仁主以(天神)为女儿。”赞颂真主,超绝万物。不然,他们是受优待的奴仆,
لَا يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ وَهُم بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ
Melayu: Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya.
English: They speak not until He hath spoken , and they act by His command .
中文: 他们在他那里不敢先开口,他们只奉行他的命令;
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يَشْفَعُونَ إِلَّا لِمَنِ ارْتَضَى وَهُم مِّنْ خَشْيَتِهِ مُشْفِقُونَ
Melayu: Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.
English: He knoweth what is before them and what is behind them , and they cannot intercede except for him whom He accepteth , and they quake for awe of Him .
中文: 他知道在他们前面和后面的;他们只替他所喜悦者说情。他们为敬畏他而恐惧。§
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَهٌ مِّن دُونِهِ فَذَلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَ كَذَلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ
Melayu: Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
English: And one of them who should say : Lo! I am a God beside Him , that one We should repay with hell . Thus We repay wrong doers .
中文: 他们中谁说”我是真主以外的神明”,我就以火狱报酬谁,我将要这样报酬一切不义者。
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقاً فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Melayu: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
English: Have not those who disbelieve known that the heavens and the earth were of one piece , then We parted them , and We made every living thing of water? Will they not then believe?
中文: 不信道者难道不知道吗?天地原是闭塞的,而我开天辟地,我用水创造一切生物。难道他们不信吗?