SURAH AALI-IMRAN (Ayat 185 ~ 189)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[185] Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada
hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu
sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka
sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di
dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya)
tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terp...
SURAH AALI-IMRAN (Ayat 185 ~ 189)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[185] Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada
hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu
sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka
sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di
dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya)
tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
[186] Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri
kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang
yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang
musyrik: Banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati.
Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya
yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki
diambil berat (melakukannya).
[187] Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari
orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya!
Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia dan
jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang
(perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya
dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya
apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.
[188] Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa)
orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan dan
mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, jangan
sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa dan
mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
[189] Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....