Assalamualaikum... dan salam sejahtera (kepada yang "belum" lagi
kembali kepada Islam)
Dibawah ini merupakan beberapa pertanyaan mengenai "makanan rohani"
kebanyakan anak2 mudi kita dizaman ini. "Makanan" ini semakin atau
telah pun menjadi "makanan asasi" kepada jiwa anak2 muda Islam kita
yang sebelum ini "hanya" menjadi "makanan asasi" bagi orang2 atau anak2
muda "Barat".
Pertanyaannya, adakah sebelum ini wujudn...
Assalamualaikum... dan salam sejahtera (kepada yang "belum" lagi
kembali kepada Islam)
Dibawah ini merupakan beberapa pertanyaan mengenai "makanan rohani"
kebanyakan anak2 mudi kita dizaman ini. "Makanan" ini semakin atau
telah pun menjadi "makanan asasi" kepada jiwa anak2 muda Islam kita
yang sebelum ini "hanya" menjadi "makanan asasi" bagi orang2 atau anak2
muda "Barat".
Pertanyaannya, adakah sebelum ini wujudnya "sirim"(ulama) atau "badan2
tertentu"(ulama) atau "pengawal makanan"(ulama) yang telah dahulu
membuat kajian terhadap "bahaya"nya atau "baik"nya atau "berkesan"nya
consequense atau pengaruh "makanan rohani" ini pada orang2 Islam
terutamanya anak2 muda Islam, sehinggakan sekarang ini "makanan rohani"
ini semakin atau telah pun diterima oleh masyarakat Islam kita sebagai
"makanan asasi" bagi rohani mereka?.
Jawapannya sudah ada, mereka(ulama) telah lama membuat kajian
berdasarkan Al Quran dan Al HAdis dan telah tahu akan buruk baiknya
"makanan" ini dan kesannya dan tujuan perkenalannya atau penyebarannya
oleh "pengedar2"(Golongan yang benci akan Islam atau yang tiada agama)
kepada masyarakat Islam. Dan ekoran dari itu mereka telah pun berbuat
bermacam2 cara bagi menyekat "makanan rohani" ini dari menyerap atau
menyelusup masuk kedalam "pasaran" masyarakat Islam kita yang mana
tarikannya atau "kelarisannya" mungkin pada jankaan awal sangat
mendapat tempat di hati anak2 mudi Islam kita. Sekarang ini "pasaran"
untuk "makanan" ini bukan saja bukan sekadar menjadi pasaran sebagai
contoh seperti penjualan kaset2 Al Quran atau ceramah atau nasyid,
bahkan larisnya seperti pasaran penjualan kaset2 dari kumpulan WIngs,
Search, Scorpion, Metalica, KRU, Spice Girls, MAriah Carey dan lain2
lagi.
Nampaknya "makanan rohani ini" (melihat dari kajian atau dri
pemerhatian kepada masyarakat Islam) ini telah pun diterima oleh
kebanyakan masyarakat Islam sebagai "makanan asasi" kepada jiwa mereka
walaupun sebenarnya Islam menganggapnya sebagai "nasi basi" atau
"makanan beracun" atau "mungkin makanan TIADA khasiat langsung" atau
"apa2 lagi".
Jadi sebagai kebaikan kita bersama ,diBAWAH ini diperlihatkan lah
kepada kita hasil kajian dan penilaian serta pendapat2 oleh "sirim"
atau "badan2 tertentu" atau "pengawal makanan" akan kebaikan atau
KEBURUKAN atau KERACUNAN atau consequense atau khasiat "makanan rohani"
ini (yang telah diperkatakan seperti diatas tadi) terhadap masyarakat
Islam kita sebenarnya terutama anak2 mudi kita agar peringatan terhadap
kebaikan, atau KEBURUKAN atau KERACUNAN segar dalam pemikiran kita atau
berguna dalam kehidupan kita agar dilain masa lebih ber hati2 untuk
menjadi "Pengguna" atau "Pembeli" kepada "makanan rohani ini". Dan agar
dilain masa "sebagai alternatif" untuk di "umpamakan" bahawa kita dapat
mengenal atau dapat memilih, yang mana satu "chocolate yang halal" dan
mana satu "chocolate yang haram" atau mana satu "yang sebagainya" :).
FIKIRKAN !!!!!!!!!!!!!!
Apakah dia Muzik?
- muzik adalah bentuk bunyian-bunyian ( menggunakan sebarang alatan )
atau
nyanyian ( sama ada menggunakan alat atau tidak )
Dari mana asalnya Muzik?
- muzik sudah wujud sejak zaman-berzaman bersama perkembangan manusia
dan
menurut Syeikh Mahmud Syaltut naluri manusia memang sukakan perkara
yang
indah, lazat dan damai maka dengan dengan itu akan merasa tenang
seperti
suka melihat panorama yang cantik dan indah menghijau.
Untuk Apa Muzik dicipta?
- muzik pada zaman awal lebih kepada upacara spiritual/keagamaan dalam
agama-agama dan ia juga bertujuan untuk menghiburkan masa lapang
manusia
sebelum ia pada zaman ini menjadi sumber komersial/periuk nasi
Muzik bagaimana yang diharamkan dan yang bagaimana pula dibenarkan
Islam?
- Muzik yang diharamkan secara disepakati ialah ;
- senikata tidak terkeluar daripada batas islam (cth:
lucah,menghina islam,puja syaitan )
- persembahan tidak melampuai batas seperti aksi2 memancing
nafsu
- majlis tidak didiringi perkara haram seperti pergaulan
bebas,pendedahan aurat, arak dll
- pengunaan alatan yang diharamkan
- Muzik yang diharuskan Islam ialah :
Pendapat ulamak :
- Gol. yang mengharamkan muzik ;
- Firman Allah ( antara manusia yang membeli percakapan yang sia-sia
untuk
menyimpang dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya bahan ejekan.
Bagi
mereka azab yang hina ) surah luqman:6
menurut setengah ahli tafsir sia2 itu ialah nyanyian
- Dari Abu Malik atau Abu Amir Asyaari dari Nabi Muhammad saw : akan
muncul
satu kaum dari umatku yang menghalalkan zina, arak dan alat muzik. (
hadis
mu'alaq- terputus sanad )
[Riwayat Imam Bukhori]
- Sabda Rasulullah : Setiap hiburan yang melekakan seorg mukmin adalah
batil
kecuali 3; bergurau dengan isterinya, mendidik kudanya dan bermain
panah
[ Hadis Riwayat Arba' ]
- Sabda Rasulullah : Sesungguhnya Allah swt mengharamkan qainah (
penyanyi
perempuan ), jualan, harga dan asuhannya.
a) Ahli Madinah dan mereka yang sepakat dari gol. ulamak Zahiriah dan
sufi
berpendapat harus nyanyian walaupaun sekali dengan gambus dan serunai.
b) Abu Mansur al-Baghdadi dalam karyanya pada fasal nyanyian
menceritakan
Abdullah Bin jaafar tidak mengganggap berdosa pada nyanyian. Beliau
sendiri
telah mengubah lagu dan mendendangkan bersama gambus.Abu Mansur juga
menceritakan perkara yang sama dari Abi Syuraih, Saad al-Musaiyab,
Atha' bin
Abu Rabah dan as-Sya'bi.
c) Hadis Aisyah mendengar dan melihat perempuan bermain gendang dan
ditegah
oleh ayahnya Saidina Abu Bakar tetapi dibiarkan oleh Rasulullah kerana
hari
itu adalah hari raya.
Alat2 muzik bagaimanakah yang dibenarkan dan yang bagaimana pula di
haramkan?
- Menurut sebuah hadis antara alatan yang diharamkan ialah yang
bertali
dan ditiup ( ana lupa matan hadis )
- Yang dibenarkan yang ialah gendang dan yang diketuk, berkulit
Bagaimanakah pendapat anta dengan hiburan muzik Islam sekarang seperti
dari
Kumpulan Raihan, Hijjaz dan sebagainya?
- Satu perkembangan yang baik sebagai ganti kepada era yang dibawa
oleh
Arqam dulu. Cuma kekadang ada nasyid/lagu yang seolah tidak dapat
dibezakan
sama ada ia nasyid atau lagu. Cth. dari penggunaan rentak muzik dan
persembahan. SEkiranya ini boleh dijaga insyallah sekurang2 ia boleh
menjadi
wasilah dakwah walapun tidal besar.
Bolehkah Hiburan Islam dengan cara dia orang ni?
- Pada ana tiada masalah selagi mana mereka menjaga batas-batas yang
telah
ditetapkan kerana zaman ini artis menjadi idola...dan mereka membawa
alternatif islam..jika ada yang silap langkah akan dijadikan hujjah
untuk
dihentam alternatif ini.
Jawapannya disediakan oleh
Shahril Aidi
(setiausaha agung persatuan pelajar melayu mesir(PMRAM))
Jabatan Hadis University AL Azhar
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."