Tuhan ialah yang menyimpan pengetahuan mengenai setiap sesuatu. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas, semenjak penciptaan alam semesta, semua dedaun, dan peringkat berbeza yang dilaluinya sewaktu jangka hayatnya, diketahui oleh Tuhan. Sebagai contoh, pengetahuan mengenai sepohon pokok, tersimpan di dalam pandangan Tuhan. Bahkan, semua peringkat yang berkaitan dengan daun ini sejak dari gugurnya secara individu tersimpan di sisi Tuhan. Bersandar di sebatang pokok di Babylon, seoran...
Tuhan ialah yang menyimpan pengetahuan mengenai setiap sesuatu. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas, semenjak penciptaan alam semesta, semua dedaun, dan peringkat berbeza yang dilaluinya sewaktu jangka hayatnya, diketahui oleh Tuhan. Sebagai contoh, pengetahuan mengenai sepohon pokok, tersimpan di dalam pandangan Tuhan. Bahkan, semua peringkat yang berkaitan dengan daun ini sejak dari gugurnya secara individu tersimpan di sisi Tuhan. Bersandar di sebatang pokok di Babylon, seorang lelaki yang memerhatikan dedaun yang gugur, juga masih kekal di sana. Tiada sesaat pun masa yang diluangkan memerhatikan guguran dedaun itu lenyap atau pudar berlalu.
Biasanya, daun yang gugur dari pokok itu akan dianggap sebagai peristiwa yang tidak penting. Akan tetapi, dedaun yang pernah gugur sepanjang masa berlalu adalah tersimpan di sisi Tuhan.
Dalam sepotong ayat, hal ini dinyatakan seperti berikut;
Dan pada sisi Allah kunci-kunci semua yang ghaib, tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tiada jatuh sebutir biji benih dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata. (Surah al-An'aam;59)
Satu-satunya hal bagi orang yang benar memahami fakta ini ialah tunduk patuh kepada Penciptanya.
Seperti yang dinyatakan dalam ayat, Dia mentadbir urusan dari langit ke bumi. surah Sajadah.5, semua binatang, tumbuhan, manusia, ringkasnya semua makhluk hidupan dan peristiwa yang diciptakan oleh Tuhan dan segala yang berkaitan dengannya kekal tersimpan di pandangan Tuhan.
Begitu juga halnya bagi debunga. Bertentangan dengan anggapan manusia umumnya, sekuntum bunga tidak hilang apabila ia layu; ia bahkan terus wujud di sisi Tuhan. Seperti yang dijelaskan di dalam ayat, Dia maha mengetahui tentang segala makhluk. Surah Yasin 79, semua fasa kehidupan bunga itu; ketika berkembang, menguntum bersama dengan ketika ia layu, masih wujud. Bahkan, seperti yang dinyatakan, perubahan berterusan yang dialami oleh bunga itu, sekalipun kelihatan terpisah-pisah, sebenarnya adalah fasa-fasa yang berlaku secara serentak. Di sisi Tuhan, semua kaitan yang berhubung dengan bunga ini terjaga dan Tuhan menjadikan hal ini dapat diketahui kepada siapa yang Dia kehendaki. Di dalam pandangan orang yang melihat bunga itu, semua imej-imej yang berkaitan dengannya adalah layu. Tetapi, setiap imej itu kekal wujud di sisi Tuhan.
Tuhan, al-Muhsi (penghitung), yang mengetahui bilangan segala semuanya sekalipun yang tidak dapat dihitung, mengetahui bilangan setiap daun yang gugur. Bahkan, semua tumbuhan, dedaun dan bebunga, setiap saat sejak bertunas hingga layu, tumbesaran, layu dan gugur, begitu juga titisan hujan yang menitis ke atasnya berada di dalam pengetahuan Tuhan. Semua ini, beserta dengan saat-saat makhluk hidupan lain, diciptakan di dalam suatu ketika dan dalam suatu ruang (plane). Secara keseluruhannya, semuanya itu wujud ketika ini. Kesimpulannya, apabila sehelai daun layu dan gugur, ini tidaklah bermakna ianya telah hapus; ia hanya terpadam dari pandangan (memori) kita. Bagaimanapun, ianya masih lagi hidup di pandangan orang lain. Sekiranya Tuhan menunjukkan imej ini kepada penglihatan orang lain, ia akan terus melihat daun ini.
Begitu juga halnya bagi sekuntum bunga yang sedang kembang di pasu bunga kamu. Ketika bunga ini berkembang, ketika ianya mulai pudar dan gugur ke tanah semuanya adalah di dalam pandangan Tuhan. Dalam perkataan lain, bunga itu masih berkembang di saat ini. Dan bunga itu juga masih pudar di saat ini. Di sana tidak ada ruang masa di antara kembang dan layu. Konsep masa hanya wujud bagi kita; memori Tuhan adalah lebih tinggi dari konsep masa yang ada. Dengan mengingat fakta ini, seseorang akan sedar bahawa semua bebunga, yang pernah tumbuh di dunia ini, sedang mengembang secara serentak, sama seperti ianya sedang layu pada masa yang sama. Semua saat-saat masa hidup sekuntum bunga kecil di hutan Afrika yang hidup 1500 tahun lalu juga telah dicatatkan di dalam 'Lauhun Mahfuz'. Hal yang sama, 14 abad lalu, pokok di mana orang yang beriman memberikan sumpah taat setia (perjanjian Aqabah) kepada Nabi Muhammad, penghasilan biji benih dari pokok ini, pembesaran tunasnya, sama seperti pokok ini ketika mengering, semuanya berlaku pada ketika ini. Saat-saat rumput lalang yang tumbuh di mana-mana gunung di seluruh dunia, sepohon kaktus di padang pasir, semak yang tumbuh di kawasan terpencil di dunia, titisan salji di kawasan tundra atau bunga daisi yang tumbun berhampiran sebatang jalan raya adalah tersimpan rapi di sisi Tuhan. Sudah pasti, tiada seorang di dunia ini yang menyedari tumbuhan-tumbuhan ini dan sejak dari sekarang, tiada seorang yang mengetahui mereka. Akan tetapi semuanya itu tetap diketahui oleh Tuhan;
Tiada yang tersembunyi dari padaNya seberat zarah yang ada di langit dan di bumi dan tidak ada pula yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam kitab yang jelas (lauhun Mahfuz). (Surah Saba; 3)
KepadaNya dikembalkan pengetahuan tentang hari kiamat. Dan tidak ada buah-buahan keluar dari kelopaknya dan tidak seorang perempuan pun yang mengandung dan tidak melahirkan melainkan dengan pengetahuanNya. (Surah Fussilat; 47)
Dalam ayat lain, fakta yang sama dijelaskan sebagai berikut;
Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar dari padanya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya dan Dialah yang maha penyayang lagi maha pengampun. (Surah Saba; 2)
Untuk mendapat pemahaman yang baik tentang keterangan ini, seseorang boleh memikirkan mengenai buah-buahan. Rasa, bau, warna dan keranuman sebiji pisang yang tumbuh di Afrika tersimpan di pandangan Tuhan. Bahkan sebelum biji benih pisang ini di tanam di tanah, di saat pisang ini di petik dari pohonnya, di saat orang yang memetiknya dan ketika ia di makan semuanya telah diketahui oleh Tuhan. Allah menerangkan kepada kita mengenai hal ini di dalam ayat berikut.
Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauhun Mahfuz). (Surah Hud; 6)
Setiap peristiwa yang dilalui oleh pisang ini bermula dari saat ia dipetik sehingga ia dimakan, tersimpan di sisi Tuhan. Ia mungkin kelihatan satu jangka masa yang panjang di antara saat bunga pisang itu tumbuh di dahannya sehingga saat ketika ia di makan. Dalam perkataan lain, seseorang akan menganggap bahawa pisang itu hanya wujud untuk suatu masa yang tertentu. Buah ini menjadi masak, kemudian dipetik dari dahannya. Kemudian ia akan melalui beberapa peringkat seperti pembungkusan, pengangkutan, penyimpanan, pengedaran penghantaran dan kemudian dibeli. Sudah pasti orang yang membeli pisang ini dalam sebuah keluarga yang akan memakannya atau seorang tetamu yang mengunjungi keluarga ini. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, turutan peristiwa yang dirasakan oleh manusia seolah-olah diselangi dengan masa dan ruang. Dalam pandangan Tuhan, bagaimanapun, keseluruhan hidup pisang ini berlaku dalam suatu ketika cuma. Pisang itu tumbuh di saat ini dan juga di makan di saat ini. Begitu juga, pisang itu dipetik dari dahannya dan dimuatkan di sebuah lori berlaku di saat ini.
Untuk mengulangnya, seluruh hidup pisang itu, atau kehidupan kamu, sama seperti kehidupan Julius Caesar, Iskandar Agung atau Edison, adalah 'dihidupkan' pada ketika yang sama. Pengetahuan mengenai buah-buahan yang ada, tumbuhan, manusia dan binatang, yang penah hidup sepanjang masa ini sebenarnya berada di dalam pandangan Tuhan. Kenyataan ini sudah pasti akan dapat difahami bagi orang yang menghayati sedalam-dalamnya dan dengan penuh keikhlasan.
Satu lagi hal yang penting ialah bahawa tiada suatu pun dari buah-buahan ini yang reput, lenyap atau punah. Bayangkan sebiji oren yang tumbuh di sebuah negara Mediteranean 50 tahun lalu. Keadaan-keadaan yang berkaitan dengan oren ini telah ditakdirkan; seperti masa ia akan tumbuh dan di pohon mana, samada ia akan masam atau manis, bentuknya, warnanya, tempat di mana ia disimpan, lori yang memunggahnya, mini market di mana ia di jual, pelanggan yang membelinya... . kemungkinan ia akan mula dilupakan apabila dibuang di bakul sampah. Dalam kes ini, ketika buah ini melalui proses berkulat, saat ketika ia ditemui oleh seseorang dan ketika ia dibuang ke dalam tong sampah semuanya telah ditakdirkan. Seperti yang telah kita lihat, setiap saat kehidupan biji oren itu, detik pertama ia tumbuh, masak ranum atau reput wujud di dalam pandangan Tuhan selama-lamanya. Oleh hal demikian, buah oren itu tidak musnah di sisi Tuhan. Ini adalah kerana, Tuhan Al-Hayy. Dalam perkataan lain, Dia adalah Maha Hidup. Setiap sesuatu di dalam MemoriNya hidup apabila hanya dengan berkata "Jadilah".
Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak, dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang berdekatan dan lagi (Kami tumbuhkan) kebun-kebun dari pokok-pokok anggur, zaitun dan delima, yang serupa dan tiada yang serupa. Kamu perhatikanlah buahnya, bila ia berbuah dan buahnya yang telah masak. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi kaum yang mau beriman. Surah Al-An'aam;99
"Segala puji bagi Allah yang kerana nikmatnya sempurnalah segala yang baik" ....