Assalamualaikum wbt
Setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah. Masalah ada yang kecil, besar, ringan dan berat. Ini semua terpulang kepada individu yang melihat permasalahan ini. Jika tidak pandai menanganinya, anda boleh rasa tertekan. Tekanan yang melampau akan menjadikan seseorang itu hilang kawalan fikiran dan emosinya. Orang yang kurang imannya senang dihasut oleh syaitan untuk melakukan perbuatan yang sia-sia. Lebih malang lagi apabila masalah diri sendiri membabitkan orang lain ...
Assalamualaikum wbt
Setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah. Masalah ada yang kecil, besar, ringan dan berat. Ini semua terpulang kepada individu yang melihat permasalahan ini. Jika tidak pandai menanganinya, anda boleh rasa tertekan. Tekanan yang melampau akan menjadikan seseorang itu hilang kawalan fikiran dan emosinya. Orang yang kurang imannya senang dihasut oleh syaitan untuk melakukan perbuatan yang sia-sia. Lebih malang lagi apabila masalah diri sendiri membabitkan orang lain juga.
Untuk menikmati kehidupan yang lebih baik setelah merasakan kesengsaraan, tingkatkan diri anda dengan ilmu dan keterampilan seiring dengan pertambahan usia, tanggungjawab, keperluan, harapan dan cita-cita. Hidup ini penuh dengan dugaan dan jika kita mengalah dengan dugaan bermakna selama-lamanya kita akan gagal dalam kehidupan. Buat apa menyesali segala-gala yang telah berlaku? Sedangkan sebenarnya dugaan itu menjadikan anda lebih matang dan sentiasa memperbaiki serta berhati-hati dalam kehidupan anda dan menjadi lebih sempurna di pandangan Allah. Perlulah diingati bahawa
" Allah tidak memberatkan seseorang tetapi memberi dugaan yang termampu ditanggungi oleh seseorang hambaNya itu"
Sentiasa juga ingati bahawa ada insan yang lebih derita daripada anda. Yang lebih penting, jangan biarkan masalah hati menguasai pemikiran dan kehidupan anda.
Ulama terkenal: K.H Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali sebagai Aa Gym dari Bandung, Indonesia pernah berkata:
"Apa erti wang yang banyak tetapi hati miskin. Apa ertinya rumah besar tetapi hatinya sempit. Apa erti kedudukan tinggi tetapi hatinya hina. Apa gunanya wajah cantik tetapi hatinya kotor. Ketahuilah dalam tubuh ini ada sesuatu kalau baik, baiklah ia. Dan kalau buruk lalu buruklah ia. Itulah Kalbu"
Masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenranya bukan terletak pada permasalahan tetapi pada sikap individu dan cara individu itu terhadap masalah itu.
" Allah mempunyai bejana di bumi ini iaitu HATI. HATI yang palinh Allah kasihi ialah HATI yang paling cekal dalam agama, bersih dalam keyakinan dan lembut terhadap saudaranya"
Oleh itu, jangan takut terhadap masalah tetapi hadapilah masalah itu dengan hati yang cekal dalam agama dan yakin dengan segala janji Allah. sesungguhnya Allah itu tidak pernah memungkiri janji. Di sebalik kedukaan pasti ada kegembiraan. Carilah ketenangan hati dengan bersiap sedia, redha, tidak menyusahkan diri sendiri dan muhasabag diri, kerana hanya Allah satu-satunya Penolong yang tidak pernah mengabaikan hambaNya yang bertaqwa.
Bersiap-sedialah menghadapi dugaan di dalam kehidupan. sesungguhnya hidup ini tidak pernah lari dari kehidupan.
Redhalah atas segala-gala yang telah terjadi. sesungguhnya itu sudah ketentuan Ilahi.
Jangan menyusahkan diri sendiri kerana sengsara tetapi permudahkan segala-galanya.
Bermuhasabah diri, tentu kita dapat melihat kesilapan itu dan membaiki kehidupan akan datang.
sesungguhnya hanya ALLAH Penolong kita kerana kehidupan ini milikNya.
Hidup yang bersandarkan harta, penampilan, kedudukan tidak akan kekal tetapi jika disandarkan hidup kepada Allah, kitakan menjadi tenang.
Bertawaduqlah kepada ALlah. Lakukan solat sunat tahajud, berzikir, beristiqfar, membaca al-Quran dan bersedekah. Itulah kunci ketenagan hati.
Hidup ini hanyalah sementara dan terlalu singkat untuk disia-siakan begitu sahaja. Berikan yang terbaik setiap kali hari baru menjelang, kerana anda tadak tahu samada anda akan hidup atau mati pada keesokkan harinya. Hari ini perlu lebuh baik daripada hari semalam dan hari esok perlu lebih baik daripada hari ini.
Keluarlah daripada tirai besi hati yang telah anda cipta itu.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi; Yang telah menciptakan serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya; Dan Yang telah mengatur serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatan dan kesempurnaan)" - Surah Al-A'laa:1-3
" Tiada harapan selain ALLAH; Tiada idola selain NABI; Tiada kata seindah Al-Quran; Tiada jalan selurus As-Sunnah; Tiada perjuangan selain ISLAM"
ilalliqa' ma'a salamah
wassalamualaikum wbt.
`Izzati
Apa Khabar ?
Sesungguhnya tiap tiap kesukaran ada disertai kemudahan......