Pergi ke Ayat
Sedang

Surah Ghafir (غافر)

85 ayat • Makkiyah

مِثْلَ دَأْبِ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَالَّذِينَ مِن بَعْدِهِمْ وَمَا اللَّهُ يُرِيدُ ظُلْماً لِّلْعِبَادِ
Melayu: "(Iaitu) seperti keadaan kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), dan Thamud (kaum Nabi Soleh), serta orang-orang yang datang kemudian daripada mereka (seperti kaum Nabi Lut). Dan (ingatlah) Allah tidak menghendaki berbuat kezaliman kepada hamba-hambaNya.
English: A plight like that of Noah ' s folk , and Aad and Thamud , and those after them , and Allah willeth no injustice for ( His ) slaves .
中文: 如努哈的宗族、阿德人、赛莫德人、以及在他们之后的人所遭受的灾祸一样。真主是不欲亏枉众仆的。
وَيَا قَوْمِ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ يَوْمَ التَّنَادِ
Melayu: "Dan, wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab seksa hari (kiamat) yang padanya masing-masing menjerit-jerit memanggil (memohon pertolongan),
English: And , O my people! Lo! I fear for a Day of Summoning ,
中文: 我的宗族啊!我的确为你们担心互相呼叫之日;
يَوْمَ تُوَلُّونَ مُدْبِرِينَ مَا لَكُم مِّنَ اللَّهِ مِنْ عَاصِمٍ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
Melayu: "(Iaitu) hari kamu berpaling undur melarikan diri; padahal semasa itu tidak ada sesiapapun yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
English: A day when ye will turn to flee , having no preserver from Allah : and he whom Allah sendeth astray , for him there is no guide .
中文: 在那日,你们将转身退后,而没有任何保护者能使你们不受真主的惩罚。真主使谁迷误,谁没有向导。
وَلَقَدْ جَاءكُمْ يُوسُفُ مِن قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِّمَّا جَاءكُم بِهِ حَتَّى إِذَا هَلَكَ قُلْتُمْ لَن يَبْعَثَ اللَّهُ مِن بَعْدِهِ رَسُولاً كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ مُّرْتَابٌ
Melayu: "Dan demi sesungguhnya! Nabi Yusuf telah datang kepada kamu dahulu dengan membawa keterangan-keterangan (yang membuktikan kerasulannya), maka kamu tetap juga dalam keraguan mengenai apa yang disampaikannya kepada kamu sehingga apabila ia mati, kamu berkata: Allah tidak akan mengutuskan lagi Rasul sesudahnya; demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang melampau kederhakaannya, lagi yang ragu-ragu kepercayaannya (terhadap balasan Tuhannya), -
English: And verily Joseph brought you of old clear proofs , yet ye ceased not to be in doubt concerning what be brought you till , when he died , he said : Allah will not send any messenger after him . Thus Allah deceiveth him who is a prodigal , a doubter .
中文: 以前,优素福确已将许多明证昭示你们,但你们对他所昭示你们的明证,依然在疑惑中,直到他死去的时候,你们还说:‘在他之后,真主绝不会再派遣任何使者了。'真主这样使过分的怀疑者迷误。”
الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ وَعِندَ الَّذِينَ آمَنُوا كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
Melayu: "(Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). (Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah meteraikan atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!"
English: Those who wrangle concerning the revelations of Allah without any warrant that hath come unto them , it is greatly hateful in the sight of Allah and in the sight of those who believe . Thus doth Allah print on every arrogant , disdainful heart .
中文: 没有真凭实据,而争论真主的迹象者,据真主和信士看来,是很讨厌的。真主这样封闭一切自大的高傲者的心。
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحاً لَّعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ
Melayu: Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya)
English: And Pharaoh said : O Haman! Build for me a tower that haply I may reach the roads ,
中文: 法老说:“哈曼啊!你为我建造一座高楼,或许我能找到若干线索--
أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِباً وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ
Melayu: "(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.
English: The roads of the heavens , and may look upon the God of Moses , though verily I think him a liar . Thus was the evil that he did made fair seeming unto Pharaoh , and he was debarred from the ( right ) way . The plot of Pharaoh ended but in ruin .
中文: 天上的线索,因而能窥见穆萨的神灵;我确信他是一个说谎者。”法老的恶行,这样迷惑了自己,妨碍了他走上正道。法老的计策,只归于毁灭。
وَقَالَ الَّذِي آمَنَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُونِ أَهْدِكُمْ سَبِيلَ الرَّشَادِ
Melayu: Dan berkatalah pula orang beriman itu: "Wahai kaumku! Turutlah (nasihatku), aku akan menunjukkan kepada kamu jalan yang benar.
English: And he who believed said : O my people! Follow , me . I will show you the way of right conduct .
中文: 那个归信者又说:“我的宗族啊!你们顺从我,我就把你们引上正道。
يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ
Melayu: "Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.
English: O my people! Lo! this life of the world is but a passing comfort , and lo! the Hereafter , that is the enduring home .
中文: 我的宗族啊!今世的生活,只是一种享受,后世才是安宅。
مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَمَنْ عَمِلَ صَالِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ
Melayu: "Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.
English: Whoso doeth an ill deed , he will be repaid the like thereof , while whoso doeth right , whether male or female , and is a believer , ( all ) such will enter the Garden , where they will be nourished without stint .
中文: 作恶者只受同样的恶报;行善而且信道的男子和女子,将入乐园,受无量的供给。 §