Carian Al-Quran
Pergi ke Ayat
Tetapan Paparan Ayat
Surah Al-Ahzab (الأحزاب)
73 ayat • Madaniyah
71
Share
Share
يُصْلِحْ
لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً
Melayu: Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
English: He will adjust your works for you and will forgive you your sins . Whosoever obeyeth Allah and His messenger , he verily hath gained a signal victory .
中文: 他就改善你们的行为,就赦宥你们的罪过。服从真主及其使者的人,确已获得伟大的成功。
72
Share
Share
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا
الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً
Melayu: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
English: Lo! We offered the trust unto the heavens and the earth and the hills , but they shrank from bearing it and were afraid of it . And man assumed it . Lo! he hath proved a tyrant and a fool .
中文: 我确已将重任信托天地和山岳,但它们不肯承担它,它们畏惧它,而人却承担了--人确是不义的,确是无知的,
73
Share
Share
لِيُعَذِّبَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ
وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ وَيَتُوبَ اللَّهُ
عَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Melayu: (Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
English: Allah punisheth hypocritical men and hypocritical women , and idolatrous men and idolatrous women . But Allah pardoneth believing men and believing women , and Allah is Forgiving , Merciful .
中文: 以致真主惩罚伪信的男女和以物配主的男女,而赦宥信道的男女!真主是至赦的,是至慈的。