Carian Al-Quran
Pergi ke Ayat
Tetapan Paparan Ayat
Surah Al-Baqarah (البقرة)
286 ayat • Madaniyah
41
Share
Share
وَآمِنُواْ بِمَا أَنزَلْتُ
مُصَدِّقاً لِّمَا مَعَكُمْ وَلاَ تَكُونُواْ أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي
ثَمَناً قَلِيلاً وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ
Melayu: Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
English: And believe in that which I reveal , confirming that which ye possess already ( of the Scripture ) , and be not first to disbelieve therein , and part not with My revelations for a trifling price , and keep your duty unto Me .
中文: 你们当信我所降示的,这能证实你们所有的经典,你们不要做首先不信的人,不要以廉价出卖我的迹象,你们应当只敬畏我。
42
Share
Share
وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ
وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Melayu: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
English: Confound not truth with falsehood , nor knowingly conceal the truth .
中文: 你们不要明知故犯地以伪乱真,隐讳真理。
43
Share
Share
وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ
الزَّكَاةَ وَارْكَعُواْ مَعَ الرَّاكِعِينَ
Melayu: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
English: Establish worship , pay the poor-due , and bow your heads with those who bow ( in worship ) .
中文: 你们当谨守拜功,完纳天课,与鞠躬者同齐鞠躬。§
44
Share
Share
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ
وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
Melayu: Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
English: Enjoin ye righteousness upon mankind while ye yourselves forget ( to practise it ) ? And ye are readers of the Scripture! Have ye then no sense?
中文: 你们是读经的人,怎麽劝人为善,而忘却自身呢?难道你们不了解吗?
45
Share
Share
وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
Melayu: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
English: Seek help in patience and prayer ; and truly it is hard save for the humble-minded ,
中文: 你们当借坚忍和礼拜而求佑助。礼拜确是一件难事,但对恭敬的人却不难。
46
Share
Share
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاَقُوا رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Melayu: (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
English: Who know that they will have to meet their Lord , and that unto Him they are returning .
中文: 他们确信自己必定见主,必定归主。
47
Share
Share
يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُواْ نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ
عَلَى الْعَالَمِينَ
Melayu: Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).
English: O Children of Israel! Remember My favor wherewith I favored you and how I preferred you to ( all ) creatures .
中文: 以色列的後裔啊!你们当铭记我所赐你们的恩典,并铭记我曾使你们超越世人。
48
Share
Share
وَاتَّقُواْ يَوْماً لاَّ تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئاً وَلاَ
يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلاَ يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلاَ هُمْ يُنصَرُونَ
Melayu: Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
English: And guard yourselves against a day when no soul will in aught avail another , nor will intercession be accepted from it , nor will compensation be received from it , nor will they he helped .
中文: 你们当防备将来有这样的一日:任何人不能替任何人帮一点忙,任何人的说情,都不蒙接受,任何人的赎金,都不蒙采纳,他们也不获援助。
49
Share
Share
وَإِذْ نَجَّيْنَاكُم مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوَءَ الْعَذَابِ
يُذَبِّحُونَ أَبْنَاءكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءكُمْ وَفِي ذَلِكُم بَلاءٌ
مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ
Melayu: Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
English: And ( remember ) when We did deliver you from Pharaoh ' s folk , who were afflicting you with dreadful torment , slaying your sons and sparing your women : That was a tremendous trial from your Lord .
中文: 当时,我拯救你们脱离了法老的百姓。他们使你们遭受酷刑;屠杀你们的儿子,留存你们的女子;这是从你们的主降下的大难。
50
Share
Share
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ
وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ
Melayu: Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
English: And when We brought you through the sea and rescued you , and drowned the folk of Pharaoh in your sight .
中文: 我为你们分开海水,拯救了你们,并溺杀了法老的百姓,这是你们看著的。