Pergi ke Ayat
Sedang

Surah Al-Qasas (القصص)

88 ayat • Makkiyah

وَأَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَلَمَّا رَآهَا تَهْتَزُّ كَأَنَّهَا جَانٌّ وَلَّى مُدْبِراً وَلَمْ يُعَقِّبْ يَا مُوسَى أَقْبِلْ وَلَا تَخَفْ إِنَّكَ مِنَ الْآمِنِينَ
Melayu: "Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu". (Ia pun mencampaknya), maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah ia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu ia diseru): "Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman.
English: Throw down thy staff . And when he saw it writhing as it had been a demon , he turned to flee headlong , ( and it was said unto him ) : O Moses! Draw nigh and fear not . Lo! thou art of those who are secure .
中文: 你抛下你的手杖吧。”他看见那条手杖蜿蜒如蛇,就转脸退避,不敢转回去。“穆萨,你走向前来,不要畏惧,你确是安全的,
اسْلُكْ يَدَكَ فِي جَيْبِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاء مِنْ غَيْرِ سُوءٍ وَاضْمُمْ إِلَيْكَ جَنَاحَكَ مِنَ الرَّهْبِ فَذَانِكَ بُرْهَانَانِ مِن رَّبِّكَ إِلَى فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْماً فَاسِقِينَ
Melayu: "Masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tiada cacat; dan kepitlah tanganmu di celah ketiakmu ketika merasa takut (nescaya hilanglah takutmu). Yang demikian adalah dua bukti dari Tuhanmu (untuk engkau menunjukkannya) kepada Firaun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka"
English: Thrust thy hand into the bosom of thy robe , it will come forth white without hurt . And guard thy heart from fear . Then these shall be two proofs from your Lord unto Pharaoh and his chiefs : Lo! they are evil living folk .
中文: 你把你的手插入怀中,它将白亮亮地抽出来,却无恶疾。你为恐怖而把你的手缩回去吧。这两件是你的主所降示法老和他的臣仆们的证据,他们确是放荡的民众。”
قَالَ رَبِّ إِنِّي قَتَلْتُ مِنْهُمْ نَفْساً فَأَخَافُ أَن يَقْتُلُونِ
Melayu: Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, bahawa aku telah membunuh seorang dari kalangan mereka; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku "
English: He said : My Lord! Lo! I killed a man among them and I fear that they will kill me .
中文: 他说:“我的主啊!我确已杀过他们中的一个人,所以我怕他们杀我。
وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفْصَحُ مِنِّي لِسَاناً فَأَرْسِلْهُ مَعِيَ رِدْءاً يُصَدِّقُنِي إِنِّي أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ
Melayu: "Dan saudaraku - Harun, ia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku; sesungguhnya aku bimbang bahawa mereka akan mendustakan daku".
English: My brother Aaron is more eloquent then me in speech . Therefor send him with me as a helper to confirm me . Lo! 1 fear that they will give the lie to me .
中文: 我的哥哥哈伦,口才比我好,求你派他同我去,做我的助手,证实我的使命;我的确怕他们否认我。”
قَالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ وَنَجْعَلُ لَكُمَا سُلْطَاناً فَلَا يَصِلُونَ إِلَيْكُمَا بِآيَاتِنَا أَنتُمَا وَمَنِ اتَّبَعَكُمَا الْغَالِبُونَ
Melayu: Allah berfirman: "Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu dengan saudaramu (Harun), dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang".
English: He said : We will strengthen thine arm with thy brother , and We will give unto you both power so that they cannot reach you for Our portents . Ye twain , and those who follow you , will be the winners .
中文: 真主说:“我将以你的哥哥助你一臂之力,我要给你们俩一种权力,所以他们不能伤害你们俩。你们俩和顺从你们俩的,将借我的迹象而为胜利者。”
فَلَمَّا جَاءهُم مُّوسَى بِآيَاتِنَا بَيِّنَاتٍ قَالُوا مَا هَذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّفْتَرًى وَمَا سَمِعْنَا بِهَذَا فِي آبَائِنَا الْأَوَّلِينَ
Melayu: Setelah Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami yang terang nyata, mereka berkata: "Apa yang engkau bawa ini hanyalah sihir yang dibuat-buat, dan kami tidak pernah mendengar tentang perkara ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu".
English: But when Moses came unto them with Our clear tokens , they said : This is naught but invented magic . We never heard of this among our fathers of old .
中文: 当穆萨已带着我的许多明显的迹象来到他们面前的时候,他们说:“这个只是捏造的魔术,我们没有听见在我们的祖先(的时代)有这件东西。”
وَقَالَ مُوسَى رَبِّي أَعْلَمُ بِمَن جَاء بِالْهُدَى مِنْ عِندِهِ وَمَن تَكُونُ لَهُ عَاقِبَةُ الدَّارِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ
Melayu: Dan (bagi menjawabnya) Nabi Musa berkata: "Tuhanku lebih mengetahui siapakah yang membawa hidayah petunjuk dari sisiNya dan siapa yang akan beroleh kesudahan yang baik di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".
English: And Moses said : My Lord is best aware of him who bringeth guidance from His presence , and whose will be the sequel of the Home ( of bliss ) . Lo! wrong doers will not be successful .
中文: 穆萨说:“我的主知道谁带来了从他那里降临的正道,谁得享受后世的善果。不义的人必定不会成功。”
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُم مِّنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَل لِّي صَرْحاً لَّعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
Melayu: Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".
English: And Pharaoh said : O chiefs! I know not that ye have a god other than me , so kindle for me ( a fire ) , O Haman , to bake the mud ; and set up for me a lofty tower in order that I may survey the god of Moses ; and lo! I deem him of the liars .
中文: 法老说:“臣仆们啊!我不知道除我外还有别的神灵。哈曼啊!你应当替我烧砖,然后替我建筑一座高楼,也许我得窥见穆萨的主宰。我的确猜想他是一个说谎者。”
وَاسْتَكْبَرَ هُوَ وَجُنُودُهُ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ إِلَيْنَا لَا يُرْجَعُونَ
Melayu: Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.
English: And he and his hosts were haughty in the land without right , and deemed that they would never be brought back to Us .
中文: 他和他的军队,在国中妄自尊大,他们猜想自己不被召归于我。
فَأَخَذْنَاهُ وَجُنُودَهُ فَنَبَذْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الظَّالِمِينَ
Melayu: Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim.
English: Therefor We seized him and his hosts , and abandoned them unto the sea . Behold the nature of the consequence for evil doers!
中文: 我就惩治他和他的军队,把他们投入海中。你看看不义者的结局是怎样的。