Carian Al-Quran
Pergi ke Ayat
Tetapan Paparan Ayat
Surah Hud (هود)
123 ayat • Makkiyah
81
Share
Share
قَالُواْ
يَا لُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلُواْ إِلَيْكَ فَأَسْرِ بِأَهْلِكَ بِقِطْعٍ
مِّنَ اللَّيْلِ وَلاَ يَلْتَفِتْ مِنكُمْ أَحَدٌ إِلاَّ امْرَأَتَكَ إِنَّهُ مُصِيبُهَا
مَا أَصَابَهُمْ إِنَّ مَوْعِدَهُمُ الصُّبْحُ أَلَيْسَ الصُّبْحُ بِقَرِيبٍ
Melayu: (Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"
English: ( The messengers ) said : O Lot! Lo! we are messengers of thy Lord ; they shall not reach thee . So travel with thy people in a part of the night , and let not one of you turn round ( all ) save thy wife . Lo! that which smiteth them will smite her ( also ) . Lo! their tryst is ( for ) the morning . Is not the morning nigh?
中文: 他们说:“鲁特啊!我们确是你的主的使者,他们绝不能伤及你。你应当带著你的家属在五更出行--你们中的任何人都不要回头看--但你的妻子除外,她将与他们同遭毁灭。他们约定的时间是早晨,难道早晨不是临近的吗?”
82
Share
Share
فَلَمَّا جَاء أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا
حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ
Melayu: Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
English: So when Our commandment came to pass We overthrew ( that township ) and rained upon it stones of clay , one after another ,
中文: 当我的命令降临的时候,我使那个市镇天翻地覆,我使预定的连续的陶石像雨点般地降落在他们身上。
83
Share
Share
مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ
وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ
Melayu: Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.
English: Marked with fire in the providence of thy Lord ( for the destruction of the wicked ) . And they are never far from the wrong-doers .
中文: 那些陶石是在你的主那里打上标记的,它并非远离不义者的。
84
Share
Share
وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ
شُعَيْباً قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرُهُ
وَلاَ تَنقُصُواْ الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِنِّيَ أَرَاكُم بِخَيْرٍ
وَإِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ مُّحِيطٍ
Melayu: Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah).
English: And unto Midian ( We sent ) their brother Shueyb . He said : O my people! Serve Allah . Ye have no other God save Him! And give not short measure and short weight . Lo! I see you well to do , and lo! I fear for you the doom of a besetting Day .
中文: 我确已派遣麦德彦人的弟兄舒阿卜去教化他们,他说:“我的宗族啊!你们应当崇拜真主,除他外,绝无应受你们崇拜的。你们不要用小斗和小秤,我的确认为你们是昌盛的,我的确怕你们遭受围困日的惩罚。
85
Share
Share
وَيَا قَوْمِ
أَوْفُواْ الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ وَلاَ تَبْخَسُواْ
النَّاسَ أَشْيَاءهُمْ وَلاَ تَعْثَوْاْ فِي الأَرْضِ مُفْسِدِينَ
Melayu: Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.
English: O my people! Give full measure and full weight in justice , and wrong not people in respect of their goods . And do not evil in the earth , causing corruption .
中文: 我的宗族啊!你们应当使用充足的斗和公平的秤,你们不要克扣他人应得的财物,不要在地方上为非作歹。
86
Share
Share
بَقِيَّةُ اللّهِ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ وَمَا أَنَاْ عَلَيْكُم
بِحَفِيظٍ
Melayu: Limpah kurnia Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu (daripada yang kamu ambil secara haram itu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu".
English: That which Allah leaveth with you is better for you if ye are believers ; and I am not a keeper over you .
中文: 残存在真主那里的给养,对于你们是更好的,如果你们是信士。我绝不是你们的监护者。”
87
Share
Share
قَالُواْ يَا شُعَيْبُ أَصَلاَتُكَ تَأْمُرُكَ أَن
نَّتْرُكَ مَا يَعْبُدُ آبَاؤُنَا أَوْ أَن نَّفْعَلَ فِي أَمْوَالِنَا مَا نَشَاء
إِنَّكَ لَأَنتَ الْحَلِيمُ الرَّشِيدُ
Melayu: Mereka berkata: "Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu (yang banyak itu) menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?"
English: They said : O Shueyb! Doth thy way of prayer command thee that we should forsake that which our fathers ( used to ) worship , or that we ( should leave off ) doing what we will with our own property . Lo! thou are the mild , the guide to right behavior .
中文: 他们说:“舒阿卜啊!难道你的祈祷命令你让我们放弃我们祖先所崇拜的(偶像)并命令你教我们不要自由地支配我们的财产吗?你确是宽仁的,确是精神健全的!”
88
Share
Share
قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِن
كُنتُ عَلَىَ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّي وَرَزَقَنِي مِنْهُ رِزْقاً حَسَناً وَمَا أُرِيدُ أَنْ
أُخَالِفَكُمْ إِلَى مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ إِنْ أُرِيدُ إِلاَّ الإِصْلاَحَ
مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلاَّ بِاللّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
Melayu: Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.
English: He said : O my people! Bethink you : if I am ( acting ) on a clear proof from my Lord and He sustaineth me with fair sustenance from Him ( how can I concede aught to you ) ? I desire not to do behind your backs that which I ask you not to do . I desire naught save reform so far as I am able . My welfare is only in Allah . In Him I trust and unto Him I turn ( repentant ) .
中文: 他说:“我的宗族啊!你们告诉我吧,如果我是依据从我的主降示的明证的,而他曾将他的佳美的给养赏赐了我,(难道我肯违背他的命令吗?)我不愿和你们背道而驰,我禁止你们犯罪,我就不犯罪,我只愿尽我所能从事改革,我的成功全凭真主的援助,我只信赖他,我只归依他。
89
Share
Share
وَيَا قَوْمِ لاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شِقَاقِي أَن يُصِيبَكُم مِّثْلُ مَا أَصَابَ
قَوْمَ نُوحٍ أَوْ قَوْمَ هُودٍ أَوْ قَوْمَ صَالِحٍ وَمَا قَوْمُ لُوطٍ مِّنكُم
بِبَعِيدٍ
Melayu: Dan wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku menyebabkan kamu ditimpa bala bencana sebagaimana yang telah menimpa kaum Nabi Nuh, atau kaum Nabi Hud, atau kaum Nabi Soleh. Dan kaum Nabi Lut pun tidaklah jauh dari kamu (kamu sedia mengetahui apa yang telah menimpa mereka).
English: And , O my people! Let not the schism with me cause you to sin so that there befall you that which befell the folk of Noah and the folk of Hud , and the folk of Salih ; and the folk of Lot are not far off from you .
中文: 我的宗族啊!你们绝不要因为反对我而使你们遭受努哈的宗族,或呼德的宗族,或撒立哈的宗族所遭受的惩罚。鲁特的宗族(灭亡的时代)离你们是不远的。
90
Share
Share
وَاسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي
رَحِيمٌ وَدُودٌ
Melayu: Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih".
English: Ask pardon of your Lord and then turn unto Him ( repellent ) . Lo! my Lord is , Merciful , Loving .
中文: 你们应当向你们的主求饶,然后,向他悔过,我的主确是至慈的,确是至爱的。”