Pergi ke Ayat
Sedang

Surah Hud (هود)

123 ayat • Makkiyah

أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ خَسِرُواْ أَنفُسَهُمْ وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُواْ يَفْتَرُونَ
Melayu: Merekalah orang-orang yang merugikan diri sendiri, dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.
English: Such are they who have lost their souls , and that which they used to invent hath failed them .
中文: 这等人是自亏的。他们所捏造的,已回避他们了。
لاَ جَرَمَ أَنَّهُمْ فِي الآخِرَةِ هُمُ الأَخْسَرُونَ
Melayu: Tidak syak lagi, bahawa sesungguhnya merekalah yang paling rugi, pada hari akhirat kelak.
English: Assuredly in the Hereafter they will be the greatest losers .
中文: 毫无疑义,他们在后世是最亏折的。
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ وَأَخْبَتُواْ إِلَى رَبِّهِمْ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ الجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Melayu: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
English: Lo! those who believe and do good works and humble themselves before their Lord : such are rightful owners of the Garden ; they will abide therein .
中文: 信道而且行善,并对真主表示谦逊的人,他们确是乐园的居民,将永居其中。§
مَثَلُ الْفَرِيقَيْنِ كَالأَعْمَى وَالأَصَمِّ وَالْبَصِيرِ وَالسَّمِيعِ هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلاً أَفَلاَ تَذَكَّرُونَ
Melayu: Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?
English: The similitude of the two parties is as the blind and the deaf and the seer and the hearer . Are they equal in similitude? Will ye not then be admonished?
中文: 有两派人,这一派譬如是又瞎又聋的人,那-派譬如是又明又聪的人,难道这两派彼此的情况是一样的吗?你们怎么不觉悟呢?
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحاً إِلَى قَوْمِهِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
Melayu: Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yang nyata kepada kamu.
English: And We sent Noah unto his folk ( and he said ) : I am a plain warner unto you .
中文: 我确已派遣努哈去教化他的宗族说:“我对你们确是一个坦率的警告者。
أَن لاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ اللّهَ إِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ أَلِيمٍ
Melayu: "Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan".
English: That ye serve none , save Allah . Lo! I fear for you the retribution of a painful Day .
中文: 除真主外,你们不要崇拜任何物。我的确怕你们遭受痛苦日的惩罚。”
فَقَالَ الْمَلأُ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قِوْمِهِ مَا نَرَاكَ إِلاَّ بَشَراً مِّثْلَنَا وَمَا نَرَاكَ اتَّبَعَكَ إِلاَّ الَّذِينَ هُمْ أَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِ وَمَا نَرَى لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ بَلْ نَظُنُّكُمْ كَاذِبِينَ
Melayu: Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta".
English: The chieftains of his folk , who disbelieved , said : We see thee but a mortal like us , and we see not that any follow thee save the most abject among us , without reflection . We behold in you no merit above us nay , we deem you liars .
中文: 但他的宗族中不信道的贵族说:“我们认为你只是像我们一样的一个凡人,我们认为只有我们中那些最卑贱的人们才轻率地顺从你,我们认为你们不比我们优越。我们甚至相信你们是说谎的。”
قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَى بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّيَ وَآتَانِي رَحْمَةً مِّنْ عِندِهِ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمْ لَهَا كَارِهُونَ
Melayu: Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?
English: He said : O my people! Bethink you , if I rely on a clear proof from my Lord and there hath come unto me a mercy from His presence , and it hath been made obscure to you , can we compel you to accept it when ye are averse thereto?
中文: 他说:“我的宗族啊!你们告诉我吧,如果我是依据从我的主降示的明证的,并且曾受过从他那里发出的慈恩,但那个明证对于你们是模糊的,难道你们憎恶它,而我们强迫你们接受它吗?
وَيَا قَوْمِ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مَالاً إِنْ أَجْرِيَ إِلاَّ عَلَى اللّهِ وَمَا أَنَاْ بِطَارِدِ الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّهُم مُّلاَقُو رَبِّهِمْ وَلَـكِنِّيَ أَرَاكُمْ قَوْماً تَجْهَلُونَ
Melayu: Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan ugama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata; dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (sebagaimana yang kamu minta itu), kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi aku nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui.
English: And O my people! I ask of you no wealth therefor . My reward is the concern only of Allah , and I am not going to thrust away those who believe Lo! they have to meet their Lord but I see you a folk that are ignorant .
中文: 我的宗族啊!我不为传达使命而向你们索取钱财,我的报酬只归真主负担。我不驱逐信道的人们。他们必定要|见他们的主,但我认为你们是无知的民众。
وَيَا قَوْمِ مَن يَنصُرُنِي مِنَ اللّهِ إِن طَرَدتُّهُمْ أَفَلاَ تَذَكَّرُونَ
Melayu: Dan lagi wahai kaumku! Siapakah yang akan menolongku dari azab Allah jika aku menghalau mereka? Maka mengapa kamu tidak mahu ingatkan kekuasaan Allah?
English: And , O my people! who would deliver me from Allah if I thrust them away? Will ye not then reflect?
中文: 我的宗族啊!如果我驱逐他们,那末,谁能保护我不受真主的惩罚?你们怎么不觉悟呢?