Mat Yo dapat anugerah..???! 

Pemain favorite aq Mat Yo atau nama sebenarnya Norshahrul Idlan Talaha dah merangkul dua kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2012 pada 30 Oktober 2012. Cayala Mat Yo!
 Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bersama anugerah yang dimenangi.
Mat Yo dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik bagi tahun ini. Menariknya, Anugerah Penyerang Terhebat tu dah dimenangi tiga kali berturut-turut.. Huhuhu.. Kau ada..??

 Kehebatan Mat Yo juga telah mengalahkan Mohd Badri Radzi atau Piya (Kelantan) dan Hairuddin Omar (ATM). Gile tak hebat! Hahaha
Antara anugerah Piala Malaysia bagi tahun ini ;
Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pertahanan Terbaik - Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (ATM)

Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim (Selangor)

Penyerang Terbaik - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Harapan Terbaik - Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)

Jurulatih Terbaik -  B Sathiananthan (ATM)

Pemain Paling Bernilai - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James (ATM)

Pengadil Terbaik - Nafeez Abd. Wahab

Anugerah Khas Program Pembagunan Bola Sepak Kebangsaan - Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pembagunan Sukan)

Anugerah Khas Bola Sepak Kebangsaan - Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Mihat
# Jangan bersorak ketika mereka menang, andai tak mampu menyokong mereka ketika kalah! 
Hit: 0 Laman Asal