??? ???? ????? ????? 
 Assalamualaikum wbt.
Saya nak berkongsi sedikit tips macam mana saya sebagai seorg wanita yang bekerjaya dan berkeluarga dapat masak sendiri untuk keluarga saya.. Saya dah agak lama buat benda ni dulu masa time xde maid dulu.. Tp bila maid ada xbuat dah... sekarang bila maid xde balik, saya mula buat semula. Caranya ialah menyediakan frozen lauk yang dimasak sendiri. Penat sekali je seminggu.. :) :) :)
Tips ni mungkin sesuai dan mungkin jugak tak sesuai untuk anda. Apa yang saya buat ni bermula masa saya kena pergi ke Bali dan terpaksa tinggalkan keluarga dalam tempoh yg agak lama (4hari). Apa yang saya buat ialah masak lauk yang menjadi pilihan ahli keluarga dalam kuantiti yg banyak.
Oklah, mari ikuti cara-caranya:
1. Rancang dulu apa nak makan untuk tempoh seminggu contohnya. Tak kan la hari2 lauk yang sama mau menangis anak2 n suami.. huhu.. apa yang saya buat ialah tanya selera family... Buat anggaran berapa jumlah lauk yang diperlukan sekali makan.. tak payah tepat sangat.. agak2 je.. Sebagai contoh
Kuantiti Lauk: Sekali makan 5-6 ketul ayam sefamily (family saya kecil).. seekor ayam potong kecil 20-24ketul.. seekor ayam dpt makan untuk 4 kali.
Contoh jenis masakan: yang saya buat ialah sup ayam, Ayam masak kicap dan Gulai ayam. Jadi saya perlukan 3 ekor ayam untuk ketiga-tiga masakan saya.
sekali saya masak boleh makan untuk 3x4 = 12 kali. 5 kali untuk dinner weekdays. selebihnya untuk dinner n lunch time weekend.
2. Dah siap rancang. Pegi la shopping keperluan berdasarkan apa yang nak dimasak tu.. Jangan lupa pastikan anda ada cukup ruang dan bekas untuk menyimpan. Demi menjimatkan ruang anda juga boleh mencuba "plastic bag". Tak payah yg ada sealer, cuma pakai getah pengikat mcm dikedai itu lebih murah dan praktikal. - bahan masakan - bekas menyimpan - tempat penyimpanan yang mencukupi(freezer) jangan lps masak byk2 takde tempat nak simpan pulak... hehe~
Saya belum pernah cuba buat lauk berasaskan ikan.. inshaAllah saya akan cuba buat dan update hasilnya. Tapi hasil lauk ayam ni memang ok.. walaupun sudah dimasak banyak hari apabila dipanaskan semula rasa lauk2 tersebut memang tak lari.
3. Masaklah dengan penuh kasih dan sayang...(berlambak2 resepi masakan dok ada.. just google je..) masak lama sikit xpe.. dengan api yang perlahan.. itu petua tok saya supaya masakan tahan lama. 
4. Dah siap masak, biarkan lauk2 tu tadi sejuk dulu.. sampai suhu bilik
5. Sediakan bekas2 penyimpanan. Pastikan ianya bersih, kering dan berpenutup. (Kalau guna plastik senang pastikan ada getah). 
6. Masukkan lauk2 dalam bekas dan tutup rapat.. (kalau rajin bleh label nama lauk dan tarikh penyediaan)
7. Simpankan dalam peti ais bahagian sejukbeku (freezer).
Dah siap penyediaan.. Sekarang tiba masa nak makan pulak.. just keluarkan lauk pilihan anda.. kalau guna bekas yg boleh masuk microwave, bleh terus masukkan ke dalam microwave. Kalau guna plastic bag pulak lagi best, masukkan sekali dlm periuk nasi time masak nasi.. (pastikan luaran dia bersih dr bendasing hehe~).. Cara biasa yg saya buat, masukkan dlm periuk corningware, panaskan atas api dan hidangkan sekali periuk tu.. pun boleh...
oklah.. sekian dulu perkongsian saya tetang Frozen Lauk kali ni.. Maybe next time kita bleh cuba sesuatu yang lebih mencabar lagi.. Saya akan cuba update bila saya sendiri dah cuba... iaitu "Food Canning"... Frozen food ni just boleh buat kalau ada freezer.. klu yg xde freezer mcm mana pulak kan? inshaAllah boleh dengan "Food Canning".. Dalam Bahasa Melayu makna dia Makanan dalam Tin. Tapi method yg digunakan ni tak pakai Tin pun, pakai balang kaca.. Tunggu saya rajin nanti saya buat dan update..
sekian, Wsalam...






Hit: 0 Laman Asal