Salam semua.. Huwaaa sedihnya bila fast food feveret saya dah tiada lagi di Malaysia! Siapa pernah makan di restoran segera Popeyes? Bukan kartun Popeyes the Sailorman tuuu... :p Antara KFC dan Popeyes lebih kurang sahaja tapi Popeyes terbaekkk bagi saya. Saya tahu makan kat Popeyes since bercinta dengan husband. Masa zaman couple dulu dia yang bawa saya makan kat sini. Katanya lagi sedap daripada KFC. Try punya try, yes memang betul sedap! Tapi Cheesy Wedges KFC tiada tandingan. heh tiba jek!
Husband introduce Popeyes ni sebab katanya masa study kat Canada dulu, inilah satu-satunya makanan segera yang Halal kat sana. Kat sana, Popeyes ni sangat-sangat popular kalah KFC mahupun McDonalds. And memang betul masa saya ke Hong Kong pun Popeyes ni banyak outlet dibuka. Yang paling best ianya Halal. ^_^ Kat Malaysia je dia baru masuk.
Ayam dia sedap dan kurang berminyak. Menyihatkan..
Kalau KFC, ada roti bun sebagai appetizer. Tapi Popeyes ni dihidangkan cookies lembut sebagai pembuka hidangan. Lemak cookies dia. Suka!

Mash Potato dia sangat-sangat sedap! Coleslow, wajib ada!


Cuma tak tahu la apa yang berlaku, bila kami nak makan Popeyes kat mana-mana dah takde dah! Midvalley, Mines, Wangsa Walk dan di mana-mana sahaja, tak kelihatan lagi restoran Popeyes. Aduhai sedihnya saya... Maybe sebab kurang laku kat Malaysia ni. Tak dapat makan Popeyes lagi lepas ni. My hubby kata kena pi oversea baru ada. Paling dekat Singapore. Sangat banyak kat sana. Alamak ai nak kena pi seberang tambak Johor nampak gayanya. Tapi wat masa sekarang takdelah ngidam teruk sangat nak makan Popeyes. Cuma rindu je.. Huhu..

Misya : Float A&W terbaik.
Hit: 7 Laman Asal