gambar seksi miera liyana
Susulan kesilapan mengenakan pakaian yang terdedah dan seksi, Miera Liyana telah memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan cara pemakaiannya. Berikut ialah permohonan maaf Miera Liyana. Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang. Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama Kepada Miera Liyana, tahniah kerana mengakui kesilapan anda... 
Miera Liyana kemudiannya muncul kembali dengan kenyataan balas dari isu kontroversi pakaiannya di satu majlis baru-baru ni. “Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam”. “Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik,“ Perhalusi kenyataan Miera Liyana ni betul-betul...  entahlah. Mohon kerajaan keluarkan je garis panduan etika berpakaian untuk artis-artis ni. Mungkin dengan kewujudannya mampu membantu artis Malaysia dalam etika berpakaian yang sesuai dengan kehendak serta sensitiviti masyarakat. 


Almaklumlah artis ni selalunya sibuk sehinggakan tidak sempat nak mencuba baju... dapat je terus pakai untuk ke majlis. Dengan adanya garis panduan juga nanti memudahkan artis ni, yelah walau tahu hukum hakam tapi pasti dapat membantu karyawan kita.


Lagi satu ingatan buat Rakyat Malaysia, jangan lah kita menilai seseorang tu dari pakaiannya. Walau seksi mana sekalipun, kalau tidak mengetahui hati budi mereka serta perilaku mereka janganlah terus kita mengkritik.


........? 
 
Hit: 25 Laman Asal