1/2 kg tepung gandum 1 sudu garam2 sudu gula1 gelas air suam (lebih kurang 450 gm)1 biji telur ayam2 sudu susu pekat2 sudu marjerinCara-caraMasukan tepung gandum ke dalam bekas adunan, biar besar sedikit mudah untuk meng-uli adunan. ( Masukan garam, gula dan air dibancuh sekalisusu pekat, telur dan tepung serta marjerin digaul rata.. tambah air kedalam adunan yang telah rata..Gaulkan kesemua bahan hingga menjadi satu biji doh Bila sudah lembut dan licin bolehlah dibentuk menjadi doh-doh kecil lebih kurang 12 biji doh dengan ukuran besar yang sama.Kemudian lumurkan tiap-tiap satu doh dengan marjerin dan atur dalam bekas, tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 1 jam hingga 2 jam atau pun lebih. saya wat semalamanTips-Tips Teknik Menebar Roti Canai. - Kedua-dua belah tangan disapukan dengan minyak, doh yang dihasilkan kemudiannya dileperkan dengan tapak tangan di atas meja yang licin dan berminyak. Doh yang telah dileperkan, dengan tangan kiri memegang di sebelah atas doh sementara tangan kanan memegang bahagian bawah doh dan kemudian tebar hingga besar. Setelah ditebar, dilipat empat segi atau bulat dan diketepi seketika apabila hendak dimasak leperkan dengan jari untuk di masak. Kemudian masak di atas kuali leper sehingga masak.ma puji kate anak dia pandai da wat roti canai,... hek3.. xsangka gak tiba2 boleh wat.. boley tebar roti.. beees bila berjaya..! hooyeh.. :))

Hit: 0 Laman Asal

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/waktusolat/public_html/modules/mod_out/extract_main.php on line 66