Pada kali ini Guru Besar, setiausaha peperiksaan dan beberapa orang guru telah memberi kata-kata nasihat sebelum menduduki peperiksaan UPSR yang akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Antara yang disentuh ialah kehadiran calon, persiapan akhir, kebersihan calon dan beberapa hal yang berkaitan. Diharap para calon UPSR akan mengambil kata-kata nasihat ini sebagai peringatan yang dapat digunakan dalam menyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan ini. UBK mengucapkan selamat menjawab dan mudah-mudahan beroleh kejayaan yang cemerlang kelak. Amin.
Hit: 1 Laman Asal