Kring...kring...kring.....

Mat Kain: Hello...Bama ka tu?

Bama: Ya...aku Bama. Tok Ketua baru kampung ni. Hang sapa?

Mat Kain: Aiseyman Bama...aku Mat Kain laa...jangan lah wat tak kenai aku pulak. mentang-mentang hang menang jadi Tok Ketua hang eksyen dengan aku noo....

Bama: Laa...Mat Kain ka? Sori...aku ingat sapa tadi.

Mat Kain: Awat hang tak cam sora aku ka?

Bama: Bukan macam tu Kain. Hang tau saja laa...la ni ramai yang dok menyamaq buat sora orang lain. Takkan hang lupa running mate hang Cik Sarah Paklin tu kan dah terkena dengan badut mana ntah.

Mat Kain: Betoi jugak no. Nih Bama, aku nak ucap tahniah kat hang pasai menang jadi Tok Ketua kampung kita.Tapi aku nak nasihat kat hang sama.Hang bukan takat Tok Ketua kampung kita tapi hang ni semua kampung di daerah ni anggap sebagai tok ketua depa jugak.

Bama: Ya ka? Tima kasih no hang bagi tau.

Mat Kain: Tapi hang kena ingat, ada jugak nanti Tok Ketua kampung lain yang buat ketegaq dengan hang. Depa akan marah kat hang pasai budak-budak prefect kita di pukul budak sekolah kampung lain.Atau bila prefect kita pi ajaq tok ketua kampung lain.Atau bila prefect kita buat kampung lain macam kampung kita.Hang kena jaga tu semua.

Bama: Okay...aku dengaq apa hang kata ni...

Mat Kain: Hang kena jaga pasai orang kampung lain semua nak tengok hang dengan bekas tok ketua si Mat Semak tu sama perangai ka dak. Hang tau aku kalah ngan hang ni pasai si Semak tu lah. Dia samseng tak memasai...org jadi meluat kat parti aku.

Bama: Aku tau tu...sama macam di Malaysia orang pakat meluat kat MNO pasai tok ketua MNO ngan JKKK dia semua tak senonoh.Aku dengaq kata JKKK MNO nak pilih pun kena huloq sana huloq sini.Aku pun heran jugak puak-puak MNO ni di Malaysia.

Mat Kain: Awatnya ngan depa?

Bama: Dak lah...depa kan Muslim.Yang aku paham, Muslim mana boleh rasuah hang tau ka? Tuhan depa ALLAH marah sapa dok rasuah ni.Masuk neraka hang tau ka?

Mat Kain: Alah...apa nak heran Bama oi. Puak JKKK MNO tu depa kira apa dosa pahala. Depan ahli depa ,depa tunjuk alim laa....belakang kalu semua depa sebat hang tau ka.Sebat sampai orang panggey depa musibat.

Bama: Okay....ni kalau aku ada apa-apa boleh dak aku tanya pendapat hang?

Mat Kain: Boleh sangat-sangat laa....tapi ni aku nak minta tulong sikit kat hang Bama:

Bama: Apa dia?

Mat Kain: Aku dok ingat nak juai helikopter kat Malaysia laa...pasai depa baru kensel Urokopta. Jadi aku nak juai laa...

Bama: Aik? Bukan selama ni hang dok juai kain ka? Ni awat nak juai helikopta pulak.

Mat Kain: Macam ni...JKKK Malaysia tu kalau dapat komisyen depa akan stim hang tau ka. jadi aku nak juai scrap kita di padang pasiaq Arizona kat depa.Aku nanti tunjuk la gambaq helikopta yang canggih.Depa mesti setuju.

Bama: Takkan tengok gambaq depa dah mau Mat Kain?

Mat Kain: Memang depa macam tu. Tengok gambaq dah cantik teroih nak beli. Kalu hat kita hantaq tu guna tin milo ka tin susu cap junjong ka bukan depa kira,Janji cantik...Masa ni la kita nak 'con' depa.

Bama: Okay...nanti aku tipon PM depa Palah.

Mat Kain: Apa pulak Palah....La ni hang kena telipon Najibus.
Hit: 0 Laman Asal