Peluang meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam di sekolah-sekolah menengah di Malaysia adalah terbuka luas kepada pemegang Sijil Pelajaran Malaysia dengan kelulusan yang telah ditetapkan.Sekolah Tinggi Segamat saban tahun menerima kemasukan pelajar Tingkatan Enam dari beberapa sekolah di daerah ini.  Kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang Sains dan Kemanusiaan.
          Oleh yang demikian Program Orientasi ini diadakan supaya dapat  memberi pendedahan dan persediaan diri kepada setiap pelajar agar boleh menyesuaikan diri dalam suasana persekitaran sekolah dan alam  pengajaran serta pembelajaran prauniversiti .Pelajar yang melangkah ke Tingkatan Enam, perlu disemai dan dipupuk dengan sikap-sikap yang positif agar pelajar dapat mengenali keadaan dalam sistem peperiksaan yang berbeza dengan menengah atas.  Situasi persekitaran yang berbeza menuntut pelajar agar dapat berdikari, bertanggungjawab, sedia menghadapi cabaran, boleh berdaya saing, menyemai kepimpinan,  bersikap bekerjasama, aktif dan kreatif.
Program orientasi pelajar baru pra u rendah telah diadakan bermula pada 4 hingga 12 Mei 2016. Pada tahun ini pengambilan pelajar baru meningkat dibandingkan pada tahun - tahun yang lepas. Hal ini demikian kerana Sekolah Tinggi Segamat telah diarahkan oleh pihak kementerian untuk dijadikan sebagai pusat kepada tingkatan 6 atau lebih dikenali sebagai Pra U.
Program orientasi pelajar Pra U rendah ini telah mendapat kerjasama yang baik dalam kalangan warga Sekolah Tinggi Segamat. Antara pihak yang memainkan peranan penting ialah pihak pengurusan sekolah bersama unit bimbingan dan kaunseling sekolah , guru penasihat MPPPU dan guru - guru tingkatan 6 . tidak dilupakan juga kepada ahli MPPPU yang membantu sedikit sebanyak dalam menjayakan minggu orientasi ini .
Setelah mengadakan mesyuarat antara pihak pengurusan sekolah, pihak pentadbir Pra U dan pihak MPPPU terdapat pelbagai aktivi yang dilaksanakan sepanjang minggu orientasi .
Aktiviti - aktivii yang dijalakan adalah seperti berikut :- Jadual orientasi 2016


Antara ahli MPPPU yang terlibat :-






                                           
                                                                               

 Nama - nama ahli kumpulan                                                  
                                Perbincangan ahli MPPPU untuk slot yang berikutnya                                        
                                Sesi suaikenal dan ramah mesra bersama ahli MPPPU 











                                 Sesi taklimat disiplin dari Tn Hj Mohd Sharif Ibrahim



                                       

                                                                               
                                          Antara gambar - gambar semasa Explorace










Ikrar pelajar Pra U
Antara persembahan kumpulan pada majlis penutupan minggu orientasi 


Hit: 0 Laman Asal