Che Bong Nga, Matahari Terakhir Kerajaan Melayu Champa  
Tetapi malang setelah jadi permaisuri
Suaminya di tawan oleh ketujuh puteri
Siti Zubaidah menangis siang dan malam
Memikir suaminya yang di dalam tawanan

Kepada peminat kesusasteraan Melayu klasik,anda mesti pernah terdengar bait syair ini.Ya,bait ini berasal dari satu syair Melayu klasik terkenal iatu Syair Siti Zubaidah Perang Cina yang dikarang sekitar abad ke 19.

Syair Siti Zubaidah menceritakan mengenai pengorbanan Siti Zubaidah,permaisuri kepada Sultan Zainal Abdin yang menjadi pemerintah Kembayat Negara.Apabila suaminya diculik oleh tujuh orang puteri China(pada masa itu Kembayat Negara sedang berperang dengan China),Siti Zubaidah yang sedang sarat mengandung sanggup meredah rimba dan menyamar sebagai lelaki untuk menyelamatkan suaminya yang ditawan dan diletakkan di dalam sebuah perigi beracun.

  Kisah berakhir apabila berlakunya peperangan antara tentera Kembayat Negara dan China di mana kemenangan berpihak kepada tentera Kembayat Negara.Maharaja China berjaya dibunuh dan tujuh orang puteri tersebut berjaya ditawan.Tujuh orang puteri tersebut memeluk Islam dan dibebaskan.

Puteri tertua,Kilan Chahaya akhirnya dikahwinkan dengan Sultan Zainal Abidin dan baginda berjaya bertemu dengan permaisurinya semula yang selama ini menyamar dirinya sebagai lelaki.

Apa yang menariknya,syair klasik Melayu ini menceritakan mengenai kisah konflik politik yang berlaku di Asia Tenggara sekitar abad ke 14 dahulu.Para sejarahwan dan pengkaji kesusaasteraan Melayu sebulat suara berpendapat bahawa watak Sultan Zainal Abidin yang merupakan suami Siti Zubaidah adalah merujuk pada seorang raja kerajaan Champa iatu raja Che Bong Nga.Negara Kembayat Negara yang diperintah oleh Sultan Zainal Abidin merujuk pada kerajaan Champa,salah satu kerajaan rumpun Melayu paling masyhur di tanah besar Asia Tenggara.

[Latar Belakang Ringkas Champa] 

Champa merupakan kerajaan yang diasaskan oleh kaum Melayu Cham,salah satu etnik besar dalam rumpun Austronesia,yang bersaudara dengan Melayu dan Jawa.

Kerajaan Champa paling awal dikatakan ditubuhkan sekitar tahun 192 Masihi dan mencapai puncak zaman kegemilangannya pada abad ke7 hinnga ke 10.Pada masa itu,kerajaan Champa mengawal dan memonopoli perdagangan rempah ratus dan sutera antara China,Kepulauan Melayu,India serta Empayar Islam Abbasiyah di Timur Tengah(berpusat di Baghdad).

Champa juga pernah mengekang serangan dari kerajaan China di utara pada masa Dinasti Sui.Champa juga adalah antara kerajaan yang berjaya mengekang serangan Empayar Mongol di bawah Dinasti Yuan.Di kala kerajaan kerajaan di Eropah dan kerajaan Islam di Timur Tengah musnah diserang oleh tentera Mongol,di alam Melayu pula,dua kerajaan rumpun Melayu berjaya mengekang perluasan kuasa Mongol dengan jayanya di tanah mereka,iatu Majapahit dan CHAMPA.

Pada mulanya,kerajaan ini menganut agama Hindu ajaran Shivaisma,namun menurut pakar sejarah,Champa telah memeluk agama Islam sekitar abad ke 10 yang dibawa oleh pedagang Arab ke Champa berdasarkan bukti arkeologi. Champa boleh dikatakan antara kerajaan paling awal menerima Islam di Asia Tenggara.

Namun,kerajaan ini mulai lemah apabila muncul entiti politik asing di sekitarnya.Champa pernah menghadapi serangan Khmer dan Srivijaya namun musuh politik paling hebat memberi tentangan buat Champa ialah kerajaan Annam yang muncul di utara Vietnam dan selatan China.

Kerajaan Annam diasaskan oleh etnik Dai Viet,satu etnik rumpun Austroasiatik yang bersifat kecinaan yang berhijrah dari China Selatan.Orang Dai Viet meneruskan penaklukan dan perluasan kuasa mereka ke selatan,di mana Champa selalu menjadi mangsa mereka.

Semenjak abad ke 9,Champa sering menghadapi serangan dari tentera Dai Viet dan kadangkala Champa sendiri menyerang wilayah Dai Viet.Namun,Champa selalu kalah dalam peperangan dan akhirnya ditolak jauh sehingga ke selatan,akibat perluasan kuasa orang Viet.

Namun,Champa kembali bangkit menentang perluasan kuasa Dai Viet apabila seorang raja menaiki takhta Champa sekitar akhir kurun ke 14.Raja tersebut bernama Po Binasaur atau Raja Che Bong Nga(Che Bunga).

Pangkat “Che” dalam masyarakat Champa pada masa itu selalunya merujuk kepada jeneral tentera.Dalam catatan Dai Viet,baginda digelar sebagai Raja Merah.Dalam catatan Dinasti Ming China,nama baginda dicatat sebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho.

[Permulaan Sebuah Tamadun] 

Raja Che Bong Nga menaiki takhta Champa (atau Kembayat Negara menurut syair tersebut) pada tahun 1335 apabila bapanya,Raja Tra Hoa Bo De menyerahkan kuasa pada baginda.Dalam syair tersebut,jelas bahawa watak Sultan Darman Syah iatu ayahanda Sultan Z.Abidin adalah Raja Tra Hoa sendiri,iatu ayahanda kepada Che Bong Nga.

Baginda merupakan seorang raja yang berpengetahuan luas dalam peperangan. Baginda memperkuatkan pasukan tentera darat dan laut baginda dengan menambahkan bilangan askar serta memperbaiki kelengkapan tentera Champa pada masa itu.

Baginda juga merupakan seorang raja yang sangat prihatin terhadap hal-hal keadilan sambil memberi keutamaan kepada keamanan dan kestabilan dalam kerajaannya. Hukuman yang keras dikenakan kepada lanun-lanun yang menjalankan aktiviti mereka di persisiran pantai Campa. Baginda juga mengadakan hubungan yang baik dengan China.

Kekuasaan politik China pada masa itu telah bertukar tangan kepada sebuah dinasti iatu Dinasti Ming di bawah maharaja pertamanya,Zhu Yuanzhang atau lebih dikenali sebagai Maharaja Hongwu (1368~1398).Dikatakan Raja Che Bong Nga menghadiahkan gajah,harimau dan hasil-hasil hasil pengeluaran Champa yang berharga ketika Zhu Yuanzhang mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja China pada tahun 1369.

KULIT KITAB Syair Siti Zubaidah Perang Cina KITAB - Syair Siti Zubaidah
Diceritakan Raja Che Bong Nga(beragama Islam) berkahwin dengan Dewi Nareswari(Siti Zubaidah) iatu anak perempuan Raja Bharubhasa yang memerintah Kerajaan Jembal di Kelantan pada masa itu.Raja Bharubhasa menurut sejarah Kelantan dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah Sultan Jidah.

Memikirkan nasib bangsa Cham dan kerajaan Champa yang asyik kalah dalam perjuangan mengekang kemaraan Dai Viet,baginda memutuskan untuk membalas dendam terhadap Dai Viet.Sebelum itu,baginda berjaya menyatukan seluruh rakyat Champa untuk bergabung menentang Dai Viet.

[Serangan Balas] 

Pada tahun 1361,baginda bersama tentera-tenteranya melancarkan serangan pertama ke atas Dai Viet dan berjaya menakluk wilayah Nghe An pada tahun 1363.

Hal ini menimbulkan kemurkaan Maharaja Dai Viet iatu Maharaja Dhuong Nhut Le (1369~1371) kerana banyak wilayah Dai Viet yang dirampas dari Champa akhirnya kembali dituntut semula.Maharaja Dai Viet cuba menyerang balas tetapi gagal.Sehingga Maharaja Dhuong meninggal dunia,berlaku konflik istana apabila permaisuri raja,Duong Khuong mahu menabalkan anakandanya sebagai raja baru tetapi ditentang oleh saudara raja sendiri,Tran Nghe Tong.

Tran Nghe Tong menabalkan dirinya sebagai raja dan Duong Khuong dipenjarakan namun berjaya melepaskan diri dari penjara dan lari ke kota Bal-Ngwe,ibu kota Champa pada masa itu.Di sana,beliau meminta Raja Che Bong Nga untuk menyerang Dai Viet.

[Penaklukan Dan Pendamaian] 

Mengambil kesempatan dari keadaan politik yang tidak stabil di negara jirannya dan bantuan dari Empayar Ming yang baru berkuasa di China pada masa itu,Raja Che Bong Nga lalu mengarahkan serangan ke wilayah Dai Viet dan berjaya menakluk Hanoi,ibu kota Dai Viet pada tahun 1370.Di sana,baginda menaikkan Permaisuri Duong Khuong sebagai pemerintah Dai Viet.

Champa dan Dai Viet masing masing berada dalam keadaan aman dan tiada perang sehingga berlakunya insiden kapal dagang milik saudagar Dai Viet dibakar di pelabuhan Bal-Ngwe akibat perbuatan sabotaj oleh seorang pembesar Viet yang tidak sukakan perdamaian dengan Champa.

[Sebuah Pengorbanan] 

Kerajaan Dai Viet akhirnya meniup semboyan perang mereka ke atas Champa.Duong Khuong menabalkan ayahandanya,Tran Due Thong sebagai maharaja Dai Viet pada tahun 1372.Duong Khuong bersama enam orang saudara perempuannya berada di barisan hadapan tentera untuk menentang tentera Champa.

Berlaku satu peperangan antara Dai Viet dengan Champa di mana Raja Che Bong Nga keluar dari istana secara senyap tanpa pengetahuan permaisurinya,Siti Zubaidah(Dewi Nareswari),namun akhirnya Raja Che Bong Nga dan empat orang pengawal setianya ditangkap dan ditawan oleh Duong Khuong dan enam orang puteri Viet.

Che Bong Nga dan empat pengawalnya ditawan dan dibawa ke Hanoi lalu dimasukkan ke dalam satu perigi beracun seperti yang tertulis dalam syair Siti Zubaidah tersebut.

Syair ini sekali lagi menceritakan mengenai pengorbanan dan kepayahan permaisuri Siti Zubaidah yang sedang hamil,keluar mengembara merentasi hutan rimba untuk ke kota Hanoi mencari suaminya.Beliau menyamar sebagai seorang pahlawan lelaki yang gagah.Dengan menggunakan tipu muslihat,beliau berjaya membebaskan Che Bong Nga(Sultan Zainal Abidin) dan pengikutya dari perigi beracun.

Che Bong Nga dan pengikutnya yang lemah akibat racun di dalam perigi itu dibawa oleh Dewi Nareswari menaiki empat ekor kuda,melepaskan diri keluar dari Hanoi menuju ke kota Bal-Ngwe dan dirawat di sana sehingga sembuh.
Marah akibat Raja Che Bong Nga berjaya melepaskan diri,Raja Tran Due Thong dan Duong Khuong menyiapkan tentera besar untuk melanggar Champa.

[Taktikal Champa Menjerat Viet]

Pada tahun 1377,Raja Tran Due Thong dan jeneralnya Le Qui Ly mengetuai tentera seramai 120,000 orang untuk menyerang kota Bal-Ngwe.Sesampainya tentera Dai Viet ke kota tersebut,baginda melihat seorang askar Cham menyembah baginda sambil berkata bahawa raja Champa sudah berundur bersama pengikutnya.Kota Indrapura kini kosong dan raja Dai Viet boleh masuk kedalam kota itu.

Dengan penuh yakinnya,Raja Dai Viet itu masuk ke dalam kota Bal-Ngwe bersama tenteranya.Namun apabila tiba di pintu utama kota,rombongan tentera diraja dai Viet diserang secara hendap oleh tentera Champa.Tentera Dai Viet tidak bersedia untuk menyerang balas kerana terkepung dengan asakan tentera Champa.

Dalam pertempuran itu,raja Viet,Raja Tran Due Thong meninggal dunia dibunuh bersama para pengikutnya dan pembesarnya.Hanya sebahagian kecil sahaja yang terselamat dari kepungan itu lalu pulang ke Hanoi.

[Puteri Viet Membalas Dendam] 

Duong Khuong yang marah atas kematian ayahandanya menggerakan tenteranya ke Bal-Ngwe.Berlaku peperangan antara tentera Champa diketuai Che Bong Nga dan tentera Viet diketuai Duong Khuong.

Image result for siti zubaidah
Che Bong Nga turut disokong olehb bantuan tentera Melayu dari Segenting Kra.Permaisurinya,Zubaidah turut menyertai peperangan tersebut dengan menyamar sebagai lelaki tanpa diketahui suaminya.Dalam perang ini,tentera Champa mencapai kemenangan dan Duong Khuong dan enam orang puteri Viet berjaya ditawan.

Duong Khuong dibebaskan setelah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Che Bong Nga.Pada masa itu,permaisuri Siti Zubaidah turut membongkarkan identitinya di hadapan suaminya yang selama ini menyamar sebagai seorang lelaki walaupun ada di sisi suaminya.Che Bong Nga akhirnya bertemu semula dengan permaisurinya.

Di Hanoi pula Tran Da Hien ditabalkan sebagai raja Dai Viet menggantikan Tran Due Thong yang mati dibunuh di Champa.

Berdasarkan Syair Siti Zubaidah,watak Kilan Chahaya,puteri sulung di kalangan enam puteri China mempunyai kepersisan dengan perwatakan Duong Khuong.

[Hanoi Ditaluki Oleh Champa] 

Hanoi,ibu kota Dai Viet sekali lagi ditawan oleh tentera Che Bong Nga pada tahun 1388.raja Dai Viet terpaksa berundur ke pedalaman dan tentera Champa berjaya merampas banyak harta rampasan perang dan sebahagiannya dijadikan hadiah persahabatan kepada Maharaja Ming China,Maharaja Hongwu.

Champa mulai bangkit bukan sahaja mengekang perluasan kuasa Dai Viet,malahan berjaya menawan ibu kota mereka sebanyak dua kali.Che Bong Nga,raja Champa berjaya membangkitkan Champa menjadi sebuah kerajaan yang disegani pada masa itu.Ancaman Dai Viet berjaya dipatahkan.
Namun sayang seribu kali sayang,kemunculan Che Bong Nga dalam sejarah Champa disifatkan sebagai

”….sinar matahari yang penghabisan dan terakhir sebelum terbenam selamanya”.

[Pengkhianatan] 

Pada bulan Februari 1390,Raja Che Bong Nga membawa tenteranya berkawal di Sungai Hoang Giang.Kesempatan ini digunakan oleh Raja Tran De Hien untuk menghantar anakandanya,Tran Khat Chan untuk menghalang tentera Champa di Sungai Hoa Trieu.Tentera Champa menyedari kemunculan tentera Dai Viet lalu mengejar mereka.

Dalam kebimbangan,terbit satu harapan pada Tran Khat Chan untuk menghapuskan Che Bong Nga.Seorang laksamana Champa,La Khai telah berbuat khianat kepada Champa dengan memberitahu lokasi perahu Che Bong Nga kepada tentera Dai Viet.

Tran Khat Chan yang gembira dengan maklumat yang diberikan La Khai,terus menghantar tenteranya menuju ke tempat Che Bong Nga melabuhkan perahunya secara senyap senyap.Seorang tentera Viet menembak perahu raja menggunakan senapang China(menurut riwayat lain,menggunakan meriam).Tembakan mengenai Raja Che Bong Nga dan akhirnya terbunuh.

Terbunuhnya Che Bong Nga menyebabkan pertahanan tentera Champa kucar kacir,namun La Khai pandai mengambil kesempatan mengumpan tentera Champa supaya pulang ke Bal-Ngwe.Jenazah Che Bong Nga turut dibawa dan dikebumikan di sana.

Sementara itu,Laksamana La Khai berjaya merebut takhta kerajaan dengan gelaran Jaya Simhavarman.Dalam riwayat Vietnam,La Khai (Jaya Simhavarman) turut digelar sebagai Ko Cheng.

Selepas kemangkatan raja Che Bong Nga,kerajaan Champa akhirnya jatuh merosot dan mula menunjukkan kelemahan.Banyak tanah jajahan Champa yang ditakluk oleh Che Bong Nga terlepas ke tangan Dai Viet.Kelemahan pemerintahan La Khai menyebabkan dia dibunuh oleh panglimanya sendiri pada tahun 1400.

Sementara itu,Dai Viet meneruskan semula perluasan kuasa mereka ke selatan setelah raja Che Bong Nga sudah tiada lagi mahu mengekang gerakan mereka.Pemerintah seterusnya adalah lemah dan tidak mampu mempertahankan kedaulatan Champa.Ibu kota Champa akhirnya ditakluk oleh Dai Viet pada tahun 1471.

Orang Champa yang kini ditekan teruk oleh Dai Viet akhirnya menjadi pelarian.Ada antara mereka yang berhijrah ke wilayah Kemboja,terutamanya di Siem Reap dan Kompong Thom.Ada di antara mereka berhijrah ke Kelantan dan Melaka,dijadikan pembesar di sana.Kesultanan Acheh pula diasaskan oleh seorang putera diraja Champa,Syah Po Ling anak Raja Syah Po Kubah.

[Iktibar] 

Kebangkitan Che Bong Nga sepatutnya dijadikan iktibar oleh masyarakat negara kita supaya bersungguh-sungguh mempertahankan negara kita dari anasir luar yang mencurigakan kita.Selain itu,pengorbanan Siti Zubaidah(Dewi Nareswari) juga perlu menjadi contoh kepada generasi Muslimah zaman kini.

Pengkhianatan La Khai juga perlu dielakkan oleh kita kerana perbuatan khianat semestinya buruk akibatnya pada masyarakat dan negara.Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan pengkhianatan sahaja mampu menjatuhkan sebuah kerajaan yang agung.

Sekilas Tragedi Sejarah Bangsa Champa Urang Campa adalah sebutan bagi komunitas Campa dalam bahasa mereka sendiri. Sedangkan di Malaysia mereka disebut sebagai Melayu Champa. Pada awalnya mereka adalah penganut Hindu Shiwa dan kemudian beralih ke Islam sejak abad ke 13, sezaman dengan perkembangan Islam di Nusantara. Asal muasal orang Champa menurut penelitian adalah masyarakat Melayu-Polinesia yang mendiami Kepulauan Nusantara pada abad sebelum Masehi.
Sepanjang sejarahnya yang selama 1.5 Millennium (192 M – 1832 M), bangsa ini telah menempuh kejayaan dan kehancuran. Dan sekarang bisa dikatakan punah, karena sudah tidak memiliki tanah air lagi dan anak cucunya yang sekira 500,000 an orang tersebar di delapan negara (Kamboja, Vietnam, Malaysia, Indonesia, USA, Thailand, Laos dan Perancis).

Kaitan Dengan Minangkabau Tokoh Harimau Campa dalam Tambo Alam Minangkabau Tempat asal leluhur Suku Jambak Kerajaan Inderapura yang bernama sama dengan Kota Inderapura di Champa Sistem Matrilineal yang diamalkan.
Dari Awal Sampai Puncak Kejayaan Catatan sejarah Cina mencatat kemunculan Kerajaan Champa pada tahun 192 M, yang pada saat itu mereka sebut sebagai Lin Yi. Sejatinya Champa adalah sebentuk Konfederasi Kota yang terdiri dari: Inderapura (ibukota Champa dari 875 M -1000 M) Amaravati Vijaya (ibukota Champa dari 1000 M – 1471 M) Kauthara, dan Panduranga Beberapa ahli sejarah berpendapat, kebudayaan Champa setidaknya dipengaruhi oleh unsur-unsur Cina, India, Khmer dan Jawa. Pada masa pra 1471 M, Hindu Shiwa adalah agama resmi negara, dan Sansekerta adalah tulisan resmi yang diwujudkan dalam prasasti-prasasti dan maklumat negara. Walaupun beraksara Sansekerta, bahasa yang digunakan tidak melulu Sansekerta, karena banyak ditemukan prasasti dengan dua bahasa, yaitu Sansekerta dan Champa. Agama Buddha Mahayana pernah juga menjadi agama resmi negara pada masa pemerintahan Raja Indrawarman II pada tahun 875 M. Saat itu ibukota berada di Inderapura.

Bangsa Champa adalah bangsa pedagang yang pada masa kejayaannya menguasai jalur perdagangan sutera dan rempah-rempah antara Cina, Nusantara, India dan Persia. Umumnya mereka adalah pedagang perantara.
Bangsa Khmer secara tradisional adalah pesaing Bangsa Champa, walaupun demikian kedua kerajaan ternyata saling mempengaruhi dan keluarga bangsawannya sering pula kawin mawin. Champa juga menjalin hubungan yang cukup dekat dengan dinasti raja-raja yang berkuasa di Nusantara, seperti Sriwijaya dan Majapahit. Dalam salah satu keterangan disebut Kertanegara, Raja Majapahit memperistri Putri Champa.
Bangsa Champa juga tersebar sampai ke Acheh dan Minangkabau. Bahkan bahasa Champa mempengaruhi Bahasa Aceh yang dituturkan di Pesisir Utara dan Pesisir Timur Aceh. Bangsa Champa juga merupakan bangsa yang menganut adat matrilineal, sama seperti yang diamalkan orang Minangkabau saat ini.
Puncak kejayaan Champa berlangsung dari abad ketujuh sampai abad kesepuluh. Era ini meninggalkan bangunan-bangunan bersejarah seperti komplek percandian My Son (abad ke 7) dan Po Klong Garai (abad ke 13).

Serangan Serangan Menuju Kehancuran Bangsa Khmer dan Bangsa Vietnam adalah musuh tradisional dari Bangsa Champa. Selama lebih seribu tahun perjalanan sejarah mereka, kedua bangsa ini silih berganti menyerang Champa.

Berikut ringkasan serangan-serangan tersebut: Invasi Khmer ke Kauthara, pada tahun 944-945 M Invasi Dai Viet ke Inderapura pada tahun 982 M, yang menyebabkan kota ini ditinggalkan dan ibukota pindah ke Vijaya di selatan Invasi Dai Viet ke Vijaya pada tahun 1021, 1026 dan 1044 M, yang menyebabkan tewasnya Raja Sa Dau dan ditawannya Permaisuri Mi E. Permaisuri kemudian bunuh diri dengan menceburkan diri ke lautan. Sejumlah 30,000 rakyat Champa juga tewas dalam penyerbuan ini. Tahun 1069, Dai Viet kembali menyerang Vijaya, membakar seisi kota dan menawan 50,000 warganya untuk dijadikan budak. Invasi Khmer ke Vijaya pada tahun 1080 M. Candi-candi dan Istana dihancurkan dan dirampok. Invasi Khmer pada tahun 1145 M, ibukota dipindahkan ke Panduranga. Komplek percandian My Son dihancurkan oleh Khmer. Namun pada tahun 1177 M, Champa melakukan serangan balasan ke ibukota Khmer dan membunuh Raja Khmer. Invasi Bangsa Mongol pada tahun 1283 M Invasi Dai Viet pada tahun 1471, pada saat ini komunitas Champa sudah menganut agama Islam. Invasi ini merupakan awal kehancuran Champa secara massif yang berujung pada terhapusnya negara Champa dari peta dunia. Kota Vijaya dihancurkan sehancur hancurnya, 60,000 rakyat tewas dan 60,000 lainnya ditawan sebagai budak. Raja Pau Kubah juga ditangkap dan dibunuh. Kaisar Lê Thánh Tông menganeksasi wilayah Amaravati dan Vijaya kedalam Vietnam. Peristiwa ini memicu emigrasi besar-besaran dari rakyat Champa yang tersisa ke Kamboja (Khmer), Malaka, Aceh dan wilayah lain di Sumatera. Penindasan dan Genosida Sisa-sisa rakyat Champa sekarang paling banyak terdapat di Propinsi Kampong Cham, Kamboja dan Provinsi Phan Rang-Thap Cham, Vietnam. Phan Rang diambil dari kata Panduranga, kota terakhir dan paling selatan dari peradaban Champa.

Kehidupan Urang Campa di Kamboja juga sangat tragis dan menyedihkan. Agama Islam yang mereka anut belakangan menyebabkan mereka memperoleh penindasan dari penguasa Khmer yang menginginkan tidak ada perbedaan. Orang-orang Champa tidak mau kawin dengan non-Muslim sehingga menyebabkan kemarahan para raja Khmer. Bahkan penguasa Khmer Merah, membunuh lebih dari 500,000 orang Champa dalam tindakan genosidanya.

Penghancuran Terakhir oleh Amerika Meskipun masyarakat Champa sudah hampir musnah pada awal tahun 1960an, namun mereka masih menyisakan bukti-bukti peradaban mereka yang gemilang dalam bentuk candi-candi di komplek percandian My Son dan Po Klong Garai, arca-arca dan patung-patung perunggu yang disimpan di museum.
Namun ini tidak bertahan lama, karena selama Perang Vietnam, Amerika memborbardir komplek percandian My Son. Menghancurkannya dengan karpet bom hanya dalam satu minggu, sehingga tersisa hanya 20 bangunan dari 70 bangunan yang ada semula. Beruntung sebelum perang ada beberapa arkeolog Perancis yang memotret dan membuat sketsa dari bangunan-bangunan candi tersebut.

Pemerintah Vietnam sendiri tampak seperti memiliki dendam sejarah terhadap Bangsa Champa. Mereka membiarkan bangunan-bangunan ini tidak terawat dan ditumbuhi alang-alang. Mereka masih menganggap Urang Campa sebagai musuh abadinya. Selama pemerintahan Dinasti Nguyen di Vietnam Selatan, mereka membuat sebuah arena pertarungan gajah dengan harimau. 
Gajah selalu menang dan harimau pasti mati. Harimau yang merupakan simbol Bangsa Champa bagi mereka adalah simbol pemberontakan terhadap raja dan simbol kejahatan serta ketidakamanan dalam negeri. Gajah adalah simbol bagi raja.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Champa http://www.viettouch.com/champa/champa_history.html http://www.phnompenhpost.com/index.php/Special-Reports/the-long-tragedy-of-cham-history.html http://en.wikipedia.org/wiki/Cham_people_(Asia) http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-254917.html http://wanderlustandlipstick.com/blogs/dimsumdiary/2009/04/28/my-son-and-vietnams-war-tourism/ http://en.wikipedia.org/wiki/M%E1%BB%B9_S%C6%A1n http://blog.travelpod.com/travel-photo/jesstellstales/1/1262734976/tiger-and-elephant-fighting-arena.jpg/tpod.html

AMUKANMelayu - Bersama sama kita belajar dari sejarah masa lampau untuk menjadi orang yang lebih baik pada hari esok................



Hit: 0 Laman Asal