Awat jadi lagu ni?
Meletup lagi...

Dato' Seri.....Kopi panas ni kena dengan Karipap emmm best giler Cerita tentang kakitangan TV3 berhenti beramai-ramai, langsung tidak mendapat tempat di kalangan para pecacai Pakatan Rakyat. Ia sememangnya pelik memandangkan pada kebiasaannya, Pakatan Rakyat terutama sekali pemimpin dan para pecacai amat peka dan sensitif dengan sebarang perubahan negatif berkaitan UMNO-BN.

TV3 dan syarikat induknya, Media Prima adalah milik penuh UMNO yang dirintis dan ditubuhkan pada zaman Daim Zainuddin.

Seringkali, apabila mereka tidak berminat, atau mereka menyokong atau mereka mendiamkan diri, bermakna sebarang kejadian ada kena-mengena dengan Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim. Kegagalan pengurusan dan pentadbiran Media Prima di bawah Johan Jaafar, watak yang seringkali dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, langsung tidak disentuh, bahkan juga tidak diperkatakan.

Semalam, segala teori berhubung kait antara TV3, pengurusan Media Prima dengan Anwar Ibrahim seperti telah dibenarkan menerusi siaran Buletin Utama syarikat televisyen UMNO itu. Serangan yang cuba dibuat ke atas Daim Zainuddin pula dilihat didalangi oleh pihak tertentu yang sebenarnya bertujuan melaga-lagakan antara bekas pemimpin itu dengan Najib Abdul Razak.

Manakala di Facebook pula, 'perbalahan dalaman' menjadi terbuka apabila dua kumpulan besar terbentuk dengan satu kumpulan menyokong Najib menyerang kumpulan yang dikatakan pro-Daim-Mahathir.

Namun walau apa pun teori yang diberikan atau sebarang perkembangan 'perbalahan dalaman' antara dua kumpulan terbabit, JAUH LEBIH MENARIK LAGI pendedahan yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan, watak yang menyebabkan Anwar Ibrahim lari lintang pukang ke kediaman Duta Turki untuk mendapatkan suaka tetapi gagal, kemudian memulakan kempen Reformasi 2.0 yang juga gagal selain haru-biru negara selepas kegagalan drama 16 September 2008 selain menyaksikan perbicaraan jenayah paling panjang dalam sejarah Malaysia menerusi siri tangguh dan tempoh.

Ini yang ditulis oleh Saiful Bukhari Azlan:

 
Untuk makluman, isteri saya kini sudah tidak berkerja dengan TV3-Media Prima (last day kerja 15Dec). Ambil MSS( Mutual Separation Scheme) yang ditawarkan tempohari. 

Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan PC Shamsul Iskandar-PKR, untuk tikam Tokoh yg beliau sendiri hormati.


Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walau tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip. Rezeki ditangan Allah. - Saiful Bukhari Azlan.
Selamat tahun baru 2015 buat SPRM — Shamsul Iskandar KITA melangkah ke tahun baru 2015 dengan penuh keinsafan, mengambil kira beberapa insiden bencana yang menimpa khususnya masyarakat di Pantai Timur amnya dan Kelantan khususnya. Pasti ia bukan sekadar satu bencana alam, tetapi lebih kepada malapetaka buat kalangan mereka yang terjejas teruk, sehingga kehilangan tempat tinggal dan sehelai sepinggang.
Sempena Tahun Baru 2015, tatkala ramai di kalangan kita menanamkan azam baru untuk merencana kehidupan, adalah wajar dan molek kiranya kita menghimbau apa yang telah diisi dan dilaksana sepanjang tahun 2014 untuk kita insafi dan perbaiki menjelang tahun 2015.
Dalam konteks ini saya terpanggil untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 buat Suruhanjaya Pencegaham Rasuah Malaysia (SPRM), dengan harapan agar mereka tidak terlepas pandang akan beberapa laporan yang telah dikemukakan oleh KEADILAN dan Pakatan Rakyat amnya atau saya khususnya, yang mana sepanjang pengamatan yang telah dibuat masih kekal di takuk lama tanpa sebarang tindakan.
Pertama sekali ialah siri-siri laporan melibatkan mantan Menteri Kewangan iaitu Tun Daim Zainuddin. Tidak kurang daripada tiga laporan telah dibuat pada awal tahun 2014 dan gesaan agar tindakan lanjut SPRM diambil juga telah dibuat berkali-kali. Atas justifikasi yang kukuh melalui perincian maklumat di dalam laporan yang telah dikemukakan, seakan-akan dibakulsampahkan oleh SPRM. Sejujurnya tindakan SPRM ini nyata sekali mendukacitakan dalam keadaan Tun Daim langsung tidam diambil sebarang tindakan hatta dipanggil untuk memberi keterangan lanjut. Maka timbul persoalan apakah pendakwaan selektif yang dituding ke atas agensi penguatkuasaan undang-undang termasuklah SPRM ini, merupakan satu kenyataan hakiki yang sebenar-benar berlaku dan bukan satu tudingan liar.
Kedua ialah laporan saya dan Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka mengenai perbelanjaan perkahwinan anak mantan Ketua Menteri Melaka iaitu Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dicanang-canang sebagai rekod kehadiran mencecah 130,000 tetamu. Pelbagai keraguan termasuklah notis mesyuarat persiapan majlis tersebut yang melibatkan ketua-ketua agensi kerajaan Negeri Melaka dan juga pengakuan oleh Tan Sri Mohd Ali sendiri yang majlis itu sekadar menelan belanja RM600 ribu. Kedua-dua fakta ini jelas tidak munasabah dan telah dikemukakan ke SPRM untuk tindakan lanjut, namun nyata sekali harapan tinggal harapan.
Dua kes ini, yang pastinya hanyalah dua di kalangan puluhan malah ratusan kes rasuah yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat, merupakan satu bukti jelas betapa SPRM melaksanakan pendakwaan selektif. Alasan ketiadaan dan ketidakcukupan bukti hanya alasan yang dikitar semula untuk mengabsahkan tindakan mereka menyelimuti salahlaku pimpinan Umno-BN dengan kuasa yang mereka ada.
Maka menginsafi jejak langkah di tahun baru 2015, sewajarnya SPRM bertindak serius untuk mengembalikan keyakinan rakyat ke atas akauntabiliti mereka selaku agensi yang berwajib dalam hal-hal pembanterasan rasuah.
Di saat indeks persepsi rasuah menunjukkan Malaysia berada di kedudukan rendah malah lebih corot jika dibanding dengan negara-negara dunia ketiga, ini seharusnya menjadi tamparan buat SPRM di sebalik laungan mereka yang berkobar-kobar mahu membasmi rasuah, tetapi hanya berani memukat ikan bilis tanpa berani menangkap jerung yang bermaharajalela.
Komitmen saya dan Pakatan Rakyat adalah jelas: segala bentuk usaha penambahbaikan dan pemerkasaan SPRM dalam menangani isu rasuah akan senantiasa disokong tanpa gagal. Cuma seeloknya SPRM bermuhasabah agar mereka tidak dilihat condong kepada pihak tertentu demi menjaga periuk nasi sendiri.
Rasuah kekal musuh negara, maka SPRM harus menjadikan rasuah juga selaku musuh mereka yang dibidik dengan senjata yang ada. Moganya senjata yang ada tidak memakan tuannya sendiri, kerana dikhuatiri bukan sekadar rasuah menjadi musuh negara, sebaliknya SPRM juga kelak menanggung akibatnya dek persepsi rakyat yang kian hilang kepercayaan.
Selamat Tahun Baru 2015 buat SPRM. Berkhidmatlah dengan Bebas, laksanakan tugas dengan Telus, serta junjunglah amalan Profesional demi negara yang tercinta.
Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin Ahli Parlimen Bukit Katil Naib Presiden KEADILAN
2 Januari 2015   APAHAL TV3 SERANG DAIM GUNA ANWAR?
Kalau korang perasan sejak kebelakangan ini TV3 dok attack Tun Daim dengan begitu dasyat sekali. Bermula dai statement Shamsul kencing dalam seluar of PKR hingga le ke mamat rambut perang mana tah timbalan ketua cawangan PKR dok attack Daim dan defend PM!
Kemuncak paling dasyat sekali apabila TV3 mempergunakan si Anwar al jubs untuk hentam Tun Daim semalam. Thats it aku takleh terima beb. TV3 mempergunakan manusia lahanat yang layan TV3 macam sampah sebelum ini.
Dimana maruah TV3 ni? Apa berita TV3 boleh jadi macam ni sekali? Aku sedih sebab ramai yang dah mula meluat dengan mainan politik murahan TV3 ni beb. Apa benda meraka nak buktikan sebnarnya ni?
Ada arahan dari HANTU RAYA (HR) ke? Aku tak rasa ini arahan PM, confirm bukan tapi rasanya ada orang keliling yang dengan sengaja nak menangguk di air yang keruh dan mempergunakan TV3 sebagai perkakas (ayat favorite Anwar pada TV3) mereka?
Aku bukan nak menuduh tapi korang tak rasa pelik ke? Stesyen yang membelasah dan membongkarkan macam-macam salahlaku Anwar al jubs tiba-tiba nak jadikan dia hero pulak? Apa game bodoh yang HR nak main ni?


AMUKANMELAYU - Apa yang sedang di aturkan ini? Penyatuan atau KEHANCURAN?
Hit: 0 Laman Asal