TENGKOLOK/Destar Raja-Raja ISLAMELAYU TENGKOLOK DIRAJA Di antara pakaian-pakaian kebesaran Raja-raja Melayu ialah Tengkolok lamanya, semenjak beberapa kurun lamanya, Raja-raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang di ikat dengan pelbagai solek di ulunya, sebagai pakaian kebesaran. Bentuk ikatan (solek) dan warnanya adalah berlainan dari sebuah negeri ke sebuah negerri. Kain ulu itu dinamakan Tengkolok dan Tengkolok yang dipakai oleh D.Y.M.M seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Hari Pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan Dendam Tak Sudah yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini di pasangkan (JATA) anak bulan dengan bintang pecah empat belas yang perbuat dari emas putih dan di tengah-tengah bintak terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.


TENGKOLOK SULTAN KEDAH Pakaian hulu D.Y.M.M. Sultan Kedah Darul Aman ini adalah ikatan baru yang berasakan kepada ikatan Dendam Tak Sudah dari Negeri Sembilan. Ikatan ini dicipta setelah terjalin perkahwinan diraja antara Negeri Kedah dan Negeri Sembilan. Destar daripada kain songket berwarna hitam ini adalah pakain hulu rasmi baginda. Daun lambaian kasihnya menghala ke kanan manakala pucuk destar yang melambangkan kuasa terletak sebelah kiri, yang menunjukkan pemakainya adalah raja yang memerintah.


SETANJAK BALUNG RAJA
Destar daripada jenis kain songket berwarna kuning ini adalah pakian hulu rasmi D.Y.M.M. Sultan selangor. Ia dipakai oleh Sultan Selangor dalam majlis adat istiadat Diraja Negeri Selangor seperti istiadat Pertabalan, Hari Keputeraan dan lain-lain. Reka bentuk destar ini diambil daripada Tengkolok Balung Ayam dari Negeri Perak, setelah terjalin perkahwinan diraja di antara Negeri Selangor dan Negeri Perak.


DESTAR KETAM BUDU
Destar jenis ini merupakan ikatan hulu yang dipakai oleh Sultan Kelantan dan pembesar di Negeri kelantan, perbezaanya hanya pada warna natar kain destar dan sedikit bentuk bunga pucuk dibahagian atas depan kepala yang menyerupai bunga mekar. Ikat kepala ini dapat dikenali dengan mudah kerana ikatannya menutup seluruh bahagian kepala pamakai, tidak seperti jenis-jenis destar lain yang terdapat Semenajung Malaysia.


DESTAR DENDAM TAK SUDAHDi Negeri Sembilan istiolah destar disebut DETA sahaja. Destar daripada songket berwarna kuning ini adalah pakain hulu rasmi D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sewaktu memakainya, kedudukan pucuknya yang dipanggil tunas kasih harus diletakkan tepat dia atas mata kiri dan daun lambaian kasihnya pula dihalakan ke arah kanan. Cara ini menunjukan pemakainya adalah raja yang memerintah negerinya.


TANJAK LANG MENYONGSONG ANGIN PAHANG
Di Negeri Pahang Darul Makmur terdapat beberapa jenis detsar yang pernah dipakai oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Tanjak Lang Menyongsong Angin yang diperbuat daripada kain songket yang berwarna natarnya biru kundang bersulam benang kencana ini adalah pakain hulu rasmi yang dipakai oleh D.Y.M.M. Sultan Pahang pada masa sekarang. dari segi nama, ia sama dengan Tengkolok Lang menyongsong Agin dari Perak, tetapi destar Pahang berbeza dari segi reka bentuknya yang melonjong ke atas.


TENGKOLOK AYAM PATAH KEPAK
Destar berwarna putih bersulam benang perak yang diberi nama Ayam Patah Kepak ini adalah pakaian hulu rasmi khusus untuk D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan masa kini. Dalam etika berpakaian adat istiadat Melayu, warna menggambarkan kedudukan atau status sosial seseorang. Putih adalah warna khusus untuk Raja Perak manakala kuning adalah untuk D.Y.A.M. Raja Muda dan warna hitam untuyk D.Y A.M. Raja Hilir Perak


TENGKOLOK DENDAM TAK SUDAH
Tengkolok Dendam Tak Sudah digunakan sebagai pakaian hulu rasmi D.Y.M.M. Raja Perlis, Warna natarnya hujau, manakala lipatannya sebanyak lima takuk bernama lipatan daun palas.


TANJAK BELALAI GAJAH Destar Belalai Gajah adalah pakaian rasmi bagi D.Y.M.M. Sultan Terengganu. Destar ini diperbuat daripada kain songket bunga penuh berwarna kuning.Daun pada bahagian atas depan destar ini dibentuk secara menggulung ke atas, seakan-akan seekor gajah sedang melambung belalainya. Bahagian bawahnya pula terdapat tiga takuk lipatan dan pucuk destar yang disebut sula diletakkan pada sebelah kanan, melambangkan pemakainya adalah seorang raja.
Destar Persilatan Melayu DESTAR BULANG HULU Setiap perguruan silat mempunyai ciri-ciri perbezaan dari sudut ikatan kepala. Bulang Hulu merupakan salah satu ikatan destar yang kerap dipakai oleh pesilat di Negeri Kelantan. Bentuk asasnya amat ringkas dan bersesuaian dengan kelincahan dan ketangkasan pesilat.


DESTAR SUDU ITIK Destar jenis ini lazimnya dipakai oleh perguruan silat. Ia popular sewaktu zaman pemerintahan Sultan Tajuddin di Kedah. Adalah difahamkan, jenis destar jenis ini diadaptasikan daripada ikat kepala masyarakat Jawa sewaktu lawatan Baginda ke sana.

Destar Sarawak Dan Sabah SARAWAK
DESTAR BUGIS TAK BALIK Terdapat sejenis ikatan yang dikenali dengan nama Bugis Tak Balik banyak dipakai pada masa dahulu di neger-negeri yang mempunyai pengaruh Bugis seperti Terengganu, Johor, Selangor dan Perak. Destar berwarna merah ini merupakan ikatan hulu masyarakat Bugis di Sarawak.

SABAH
DESTAR SIGA Negeri Sabah yang terkenal dengan pelbagai kumpulan etnik pribumi dengan seni budaya yang amat unik, antaranya seni ikatan kepala yang diguna pakai oleh suku kaum kadazan di Penampang daripada kain tenunan. Ikat kepala ini dikenali panggilan Siga
Destar Perlis Indera Kayangan TENGKOLOK PUTERA KAYANGAN Destar ini pernah dipakai oleh Al-Marhum D.Y.M.M. Tunku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, Raja Perlis pada tahun 1957 sewaktu menandatangani pengistiharaan kemerdekaan Tanah Melayu. Seperti destar diraja yang lain warna natarnya adalah kuning diraja. Lipatan asasnya sebanyak tiga lipatan dan daun destarnya pula menghala ke atas   Destar Kedah Darul Aman DESTAR LAKSAMANA KEDAH
Destar berwarna hitam daripada kain songket dengan ikatan asas susun sirih ini adalah contoh ikatan Negeri Kedah Darul Aman yang dipakai oleh laksamana. Bentuknya yang unik dengan segagah namanya adalah pakaian hulu kerabat diraja Kedah pada masa dahulu. Sekali imbas ia seakan-akan ikatan Dendam Tak Sudah, namun jika diteliti dengan rapi perbezaannya, daunnya dinaikkan ke atas, manakala dua pucuk yang disebut kuasa, berkedudukan sebelah menyebelah di bahagian kiri pemakai


DESTAR TEMENGGUNG KEDAH
Ikatan destar ini dipakai oleh kerabat diraja Negeri Kedah. Pasa masa sekarang ikatan yang sama dipakai oleh golongan bukan istana dengan daun kuasa terletak di sebelah kiri   Destar Perak Darul Ridzuan
TENGKOLOK BALUNG AYAM Destar Balung Ayam dengan warna natarnya putih bersulam benang kuning kencana ini pernah di pakai oleh D.Y.M.M. Sultan Perak pada tahun 1950-an.


TENGKOLOK MUMBANG BELAH DUA Tengkolok ini pernah dipakai oleh al-Marhum Sulatn Abdul Aziz, Perak pada suatu dahulu. Ia berasaskan solek Belah Mumbang.


DESTAR PUCUK PISANG PATAH Tengkolok jenis ini pernah dipakai oleh salah seorang sultan di Negeri Perak, Kedudukan pucuk rebungnya agak terjuntai ke bawah, seolah-olah melambangkan pucuk pisang yang patah.


TENGKOLOK ALANG ISKANDAR Ikatan hulu jenis ini merupakan antara tengkolok yang amat DESTAR PATAHdan sering dipakai oleh Al-Marhum Sultan Alang Iskandar, Negeri Perak sewaktu pemerintahan baginda.


DESTAR PATAH KEPAK Destar yang bernama Patah Kepak ini adalah bulang hulu bagi D.Y.T.M Raja Muda Perak. Warna latarnya kuning dan kuning kencana. Biasanya pakaian sampingan yang lain seperti baju, samp[ing, seluar dan bengkung mempunyai warna yang sama dengan destar. Destar ini pernah dipakai oleh Al-Marhum Sultan Iskandar.


TENGKOLOK LANG MENYONGSONG ANGIN Destar Lang Menyongsong Angin adalah satu reka bentuk yang amat unik yang mengambarkan seekor helang yang sedang terbang melawan angin. Bentuk tengkolok ini yang diperbuat dengan songket berwarnma hitam bersulam benang perak pernah dipakai oleh D.Y.T.M. Raja Di Hilir Perak.


DESTAR LANG SIOH Y.A.M. Raja Kecil Sulung adalah termasuk Empat Raja Bergelar di Negeri Perak Destar yang dipakainya dipangguil Lang Sioh. Ungu tua ialah warna latarnya dengan bunga berwarna perak. Demikian juga warna latar pakaianya dengan bunga-bunga perak.


DESTAR AYAM PATAH KEPAK Destar Ayam Patah Kepak yang diperbuat daripada songket bunga penuh berwarna merah adalah pakaian Panglima Perang bagi Negeri Perak.


DESTAR GETAM PEKASAM Di Negeri Perak, destar jenis ini dipakai oleh Orang Besar Empat dan pegawai-pegawai kanan istana. Juak-juak di Negeri Selangor dan Pahang juga memakai tengkolok jenis yang sama.
  Destar Selangor Darul Ehsan
TENGKOLOK ALANG Bentuk destar ini diambil daripada contoh yang dipakai oleh Al-Marhum Sultan Abdul Samad, Selangor. Baginda dikatakan amat pandai mengikat destar baginda sendiri.


SETANJAK LANG PATAH SAYAPDestra khas ini adalah pakaian hulu rasmi Y.A.M. Panglima Diraja Selangor. Ia diperbuat daripada songket berwarna merah, iaitu warna yang melambangkan kuasa, kegagahan dan kepahlawanan panglima Melayu. Reka bentuk destar ini walaupun nampak ringkas, namun kedudukan pucuk destar yang dipanggil pucuk sirih diletakkan disebelah kanan manakala daun tajuknya pula disebelah kiri. Ini menunjukkan pemakainya adalah daripada kerabat Diraja.


SETANJAK PARI MUDIK Terdapat beberapa jenis destar yang digunakan oleh Orang-orang Besar Negeri pada suatu ketika dahulu. Setanjak Pari Mudik misalnya dipakai oleh Dato' Abu Bakar Baginda, mantan Menteri Besar Selangor ke-7 (1959-1964). Kedua-dua pucuk sirih destar ini meletakkan disebelah telinga kiri pemakai.


SETANJAK SEBANG SELAT Ikatan jenis ini pernah dipakai oleh pembesar Negeri Selangor pada tahun 1950-an hingga 1960-an.

  Destar Negeri Sembilan Darul Khusus
DESTAR SARANG KERENGGA
Destar ini agak berbeza dengan bentuk Dendam Tak Sudah. Destar unik yang amat menarik ini menggunakan lima lipatan yang disebut takuk dan daun lambaian kasihny tergantung seperti sarang kerengga di sebelah kanan pemakainya. Destar jenis ini pernah dipakai dalam majlis adat istiadat diraja oleh al-Marhum Tunku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1898-1933)


DESTAR DENDAM TAK SUDAH Deta Dendam Tak Sudah yang berwarna ungu dengan lipatan lima takuk ini merupakan ikat kepala yang dikhaskan penggunannya kepada Undang atau Penghulu Luak di Negeri Sembilan.

DESTAR KACANG DUA DAUN Destar jenis ini pernah dipakai oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada awal tahun 1950-an. Ia diilhamkan daripada daun kacang yang subur.


DESTAR KACANG SEHELAI DAUN Y.A.M. Undang Rembau ke -20, Allahyarham Datuk Haji Adnan bin Haji Maah yang memerintah dari tahun 1963-1998 adalah waris Seia Raja, Kampung Bukit yang pernah memakai destar jenis ini manakala warna kegemaranya adalah hijau. Penciptaan idea destar ini berdasarkan daun kacang yang melambangkan kesuburan dan kesatuan.


DESTAR DENDAM TAK SUDAH Destar ini banyak dipakai oleh masyarakat di situ. Ikatan asas destar ini adalah sama, hanya perbezaan pada arah lambaian kasih dan bilangan takuknya. Destar ini yang mempunyai tiga lipatan takuk merupakan destar yang dipakai oleh Datuk-Datuk Adat di Negeri Sembilan dan corak kakinya beragi atau berpetak dan lazimnya warna natarnya adalah hitam.


DESTAR HELANG MENYAMBAR Destar ini merupakan pakaian hulu untuk Datuk-Datuk Lembaga Adat di Luak Rembau pada zaman dahulu. Pada sekitar 1950-an, destar jenis ini juga pakaian hulu yang popular kepada pengantin lelaki. Biasanya warna merah bersulam benang emas menjadi pilihan mereka.


DESTAR DENDAM BERAHI
Destar Dendam Berahi yang diperbuat daripada kain songket berwarna biru laut bersulam benang perak adalah salah satu yang dipakai oleh Undang Luak di Negeri Sembilan pada suatu ketika dahulu. Destar jenis ini mudah dekenali kerana ciri bentuk lambaian kasihnya yang sama lebarnya dan menebal selari tepat pada bahagian hadapan pemakainya.

Destar Johor Darul Takzim DESTAR BELAH MUMBANG
Ikatan jenis ini adalah asa kepada semua jenis ikatan destar Alam melayu sejak beratusan dahulu. Bentuknya berupa layar sebuah perahu masyarakat Melayu.,

DESTAR LUBANG LAYAR Lubang Layar merupakan destar yang dipakai oleh anak-anak raja atau datuk-datuk di Negeri Johor pada masa dahulu. Bentuk destar ini menirus ke atas dan ia diasaskan daripada solek Mumbang Belah. Di bahagian pucunknya terbentuk dua daun yang trerbuka yang melambangkan kain layar sebuah perahu sedang mengembang.


DESTAR TEBING RUNTUH Ikatan jenis ini adalah pakaian hulu anak-anak raja pada masa lampau di Johor. Mempunyai lipatan tiga tingkat yang dikenali sebagai lipatan susun sirih dan daun tajuknya melambai kesebelah kanan.


DESTAR LAKSAMANA JOHOR-RIAU Destar ini adalah pakaian Laksamana pada zaman dahulu dan berasaskan kepada destar Belah Mumbang. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab di laut, maka songket berwarna biru berbenang perak digunakan. Destar ini mempunyai tiga lipatan berombak-ombak pada bahagian hadapan manakala bahagian asasnya terdapat tiga lipatan daun sirih.


DESTAR TEBING LAKSAMANA Tebing Laksamana sesuai dengan namanya, adalah pakaian rasmi bagi jawatan Laksamana sejak zaman Empayer Melayu Melaka lagi. Ikatan destar ini berasal dari zaman pemerintah Johor-Riau. Bahagian depan destar mempunyai tiga lipatan berombak yang amat menarik.

Destar Johor Darul Takzim DESTAR BELAH MUMBANG
Ikatan jenis ini adalah asa kepada semua jenis ikatan destar Alam melayu sejak beratusan dahulu. Bentuknya berupa layar sebuah perahu masyarakat Melayu.,

DESTAR LUBANG LAYAR Lubang Layar merupakan destar yang dipakai oleh anak-anak raja atau datuk-datuk di Negeri Johor pada masa dahulu. Bentuk destar ini menirus ke atas dan ia diasaskan daripada solek Mumbang Belah. Di bahagian pucunknya terbentuk dua daun yang trerbuka yang melambangkan kain layar sebuah perahu sedang mengembang.


DESTAR TEBING RUNTUH Ikatan jenis ini adalah pakaian hulu anak-anak raja pada masa lampau di Johor. Mempunyai lipatan tiga tingkat yang dikenali sebagai lipatan susun sirih dan daun tajuknya melambai kesebelah kanan.


DESTAR LAKSAMANA JOHOR-RIAU Destar ini adalah pakaian Laksamana pada zaman dahulu dan berasaskan kepada destar Belah Mumbang. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab di laut, maka songket berwarna biru berbenang perak digunakan. Destar ini mempunyai tiga lipatan berombak-ombak pada bahagian hadapan manakala bahagian asasnya terdapat tiga lipatan daun sirih.


DESTAR TEBING LAKSAMANA Tebing Laksamana sesuai dengan namanya, adalah pakaian rasmi bagi jawatan Laksamana sejak zaman Empayer Melayu Melaka lagi. Ikatan destar ini berasal dari zaman pemerintah Johor-Riau. Bahagian depan destar mempunyai tiga lipatan berombak yang amat menarik.

Destar Pahang Darul Makmur TANJAK RAJA NAIK BERSIRAM Destar yang diperbuat daripada kain songket berwarna putih ini diberi nama Raja Naik bersiram. Ia dipakai sebaik sahaja raja berangkat naik daripada istiadat bersiram, sama ada sesudah selesai istiadat perkahwinan diraja ataupun pertabalan. Ia nandakan raja selamat bersiram. Destar jenis ini hanya dipakai oleh raja yang memerintah. Putera atau cucunda baginda tidak boleh memakai destar jenis ini. bentuk daunnya melonjong kehadapan dan memakai dua pucuk destar yang disebut gading.


DESTAR COGAN DAUN KOPI Cogan Daun Kopi ialah nama khas bagi bentuk destar yang dipakai oleh D.Y.M.M. Sultan Pahang. Warna rasminya adalah kuning muda tetapi baginda selalunya memakai warna-warna latar yang gelap. Bentuk destar Pahang mudah dikenali daripada bentuknya yang segi tiga dan diikat secara menegak di atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang lain terdedah. Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu terletak disebelah depan destar tersebut.


TANJAK SEKELONGSONG BUNGA Ikatan hulu jenis ini di pakai oelh kerabat diRaja dan Orang besar Empat Negeri Pahang. Walaupun bentuknya ini agak ringkas dan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah sekelongsong bunga, tetapi terdapat perbezaan antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil sula.


TANJAK GETAM BUDU Destar ini adalah pakaian hulu untuk Orang-Orang Besar di istana Negeri Pahang pada satu masa dahulu. Bentuk destar ini menutup seluruh bahagian kepada pemakai yang membawa maksud makna menyimpan segala rahsia raja. Warna hijau adalah warna yang dikhaskan untuk Datu-Datuk dsan Orang-Orang Besar Bergelar.     Destar Terengganu Darul Iman
TANJAK LAKSAMANA TERENGGANU Destar yang di perbuat daripada kain songket berwarna hitam berbenang emas ini berasal dari Terengganu. Pada mas dahulu, ia menjadi pakaian hulu rasmi Laksamana Terengganu. Warna rasminya adalah biru yang melambangkan laut selaras dengan tanggungjawab Laksamana mengawal laut. Pada masa sekarang ikatan jenis ini dipakai oleh Menteri Besar Terengganu sebagai pakaian rasmi di majlis adat istiadat di istana Terengganu.


TANJAK LANG MELAYANG Destar ini dipakai oleh pembesar-pembesar Negeri Terengganu yang bergelar Datuk. Destar ini terkenal sebagai solek Lang Melayang dan hanya dipakai pada majlis tertentu sahaja.


DESTAR DATUK BIJA DIRAJA Orang Besar Lapan Negeri Terengganu memakai destar yang digelar ikat lilit Datuk Bija Diraja. Kain yang digunakan berwarna hitam dan perak.


TANJAK TEMALONG BUDU Destar jenis ini biasanya dipakai oleh pegawai-pegawai kerajaan pangkat rendah dan orang biasa di Negeri Terenganu apabila mengadap D.Y.M.M. Sultan Terengganu untuk menerima anugerah pingat atau kurniaan negeri.


DESTAR DAGANG SAKIT DI RANTAU Ada juga Datuk-datuk di Negeri Terengganu yang memakai destar yang diberi nama Dagang Sakit Di Rantau berwarna kelabu dan perak.
    Destar Kelantan Darul Naim
DESTAR KETAM BUDU Destar ini digunakan oleh pembesar Negeri Kelantan. Warna destarnya hitam dengan bersulam benang emas. Destar ini dan destar lain seperti Destar Panglima Raja dan Paduka Raja menutupi seluruh bahagian kepala.


DESTAR KETAM BUDU Ikatan jenis ini adalah asas kepada semua jenis ikatan destar di Alam Melayu sejak beratus tahun dahulu. bentuknya berupa layar sebuah perahu masyarakat melayu.


DESTAR SETANGAN ISIH Kelantan Darul Naim adalah sebuah negeri yang kaya dengan budaya termasuk seni lipatan destar yang dinamakan Setangan Isih dan banyak dipakai oleh rakyat biasa dan juga dalam persembahan Mak Yong. Iaitu sejenis persembahan tradisional merangkum penceritaan, nyanyian dan tarian.
      Destar Dan Pemakainya


    Cara Memakai Destar Cara memakai mengikut pangkat atau status sosial seseorang, menandakan darjat,taraf, jawatan dan keturunan seseorang. Perbezaannya ialah dari segi bilangan lipatan, semakin tinggi tarafnya semakin banyak bilangan lipatan pada destar yang dipakai.

Keturunan Raja/kerabat DiRaja - meletakkan hujung destarnya tepat pada bahagian telingan sebelah kanan

Rakyat Biasa - meletakkan hujung destarnya tepat pada bahagian telinga sebelah kiri

Di kalangan raja destar dipakai semasa upacara formal;
istiadat keputeraan pengurniaan bintang dan darjah kebesaran kemahkotaan istiadat perkahwinan istiadat mengadap raja/sultan istiadat permakaman dan seumpamanya

    Seni Gerus/Peraturan Membuat Destar/Cara Mengikat Destar Dendam Tak Sudah Seni Gerus
Seni Gerus Melayu merupakan satu teknik tradisi untuk melicinkan dan memadatkan benang-benang tenunan di permukaan kain. Seni ini dikatakan dibawa masuk ke semenanjung malaysia oleh pedagang-pedagang Bugis dari Sulawesi dalam kurun ke-17. Amat popular suatu ketika dulu di negeri Pahang, Terengganu, Perak, Selanmgor, Kedah, Melaka dan Johor.
Biasanya kain yang akan digerus di cuci terlebih dahulu dengan menggunakan abu sekam padi dan di bilas dengan air bersih dari buah relak kemudian dikanji.
Terdapat beberapa jenis gerus antaranya;
gerus mentah gerus masak gerus belang gerus laying Setelah kanji kering, kain tersebut disapu dengan serdikit lilin sambang dan digosok dengan sejenis cengkerang laut yang di panggil siput gerus sehingga permukaan tersebut licin dan berkilat.

Selain melicinkan permukaan kain, gerus juga bertujuan untuk kerja-kerja tahap pertama sebelum kain di telepuk dengan perada atau air emas atau perak. Biasanya gerus dilakukan pada kain sarung, samping, kain destar, seluar dan baju.

Cara Mengikat Destar Dendam Tak Sudah


Peraturan Membuat Destar
Sebelum kerja-kerja mengikat destar dimulakan, seseorang itu harus mengambil tahu individu yang bakal memakai destar tersebut. hal ini penting bukan sahaja kerana saiz kepalanya perlu tepat. Yang penting ialas status sosial seseorang pula menentukan bentuk, maljis dan warna yang layak dipakainya.

Bahan dan alatan mengikat destar;
kain yang dikhaskan kertas keras (Kertas putih, kertas minyak,kertas perang) jarum peniti jarum benang guinting lidi acuan u
Jenis Kain Dan Ragam Hias (Motif Dan Corak Warna)

Kain yang digunakan untuk mencipta destar berbentuk segi empat yang secara umumnya terbagahi kepada tiga jenis kain iaitu kain songket, telepuk dan batik.
Kain Songket berukuran 72sm x 77sm hingga 81sm x 85sm Telepuk/batik berukuran 82sm x 82sm Biasanya kain destar di perbuat dari kain songket yang ditenun dengan benang emas atau perak. Ia ditempah khas untuk destar. Di Terengganu dan Kelantan biasanya ditenun lengkap dengan persalinan, Sehelai kain yang khas mempunyai ragamhias, motif dan corak warna yang pelbagai.

Jenis Kain Dan Pemakaianya
Kain Batik (anak Bugis) Kain Batik Jawa (Juak-juak Negeri Pahang) Kain Benang Halus (Kain tenunan sutera) Kain Berjalur (Pernah dipakai oleh Imam Perang Indera Gajah, Pahang, Imam Rasul, ayah kepada Mat Kilau dan Undang Luak, Negeri 9) Kain Broket (Dato' Lembaga Luak, Negeri 9) Kain Bugis Kain kelingkam (Sultan) Kain Limart Bersongket (Raja/Sultan) Kain Songket Hitam Beragi/petak (Datuk-datuk Adat) Kain Pelangi Kain Pis (Kaum Suluk/Rungus/Binadan-Sabah) Kain Polos Hitam (Hulubalang/Panglima/Pendekar/Juak-juak) Kain Polos Putih (Kerabat diraja di waktu berkabung) Kain Songket Raja (Raja/Sultan/Kerabat diraja) Kain Telepuk (Perada/kain bercalak) Kain tubau (Kaum Banjar/Iranun/Dusun-Sabah)

Warna Tanah/Natar/Badan Kain Destar

Mengikut situsai dan suasana majlis:
Putih (Sultan) Kuning (Raja/Sultan) Ungu (Anak Raja/Undang Luak) Merah (Panglima Perang) Hijau (Datuk-datuk) Biru (Laksamana) Hitam (Raja/Sultan semasa adat) Hitam (Datuk Adat/Datuk Bergelar) Hitam Polos (Pendekar/Juak-juak) Biasanya Kuning di pakai oleh Raja/Sultan. Warna untuk majlis adat istihadat masih mematuhi tiga warna asas iaitu Putih, Hitam dan Kuning. Begitu juga warna tanah kain.Warna tanah yang tua adalah untuk orng dituakan seterusnya warna muda menunjukkan status sosial pemakainya yang masih muda.


Corak Dan Ragam Hiasan
Corak Bunga Jong Sarat (Raja) Corak Bunga Penuh (Raja) Corak Teluk Berantai (Raja) Corak Bunga Bertabur (Datuk-datuk) Corak Berjalur (Datuk-datuk/Undang Luak)











Lambang dan Simbol dalam Warna, Corak dan Jenis Kain Destar Sesuai dengan destar sebagai unsur pakaian melayu yang penting dan di pandnag tinggi, kehadiirannya tidak sahaja mempunyai fungsi sebagai penutup kepala. Lebih daripada itu ia sebenarnya membawa lambang dan simbol tertentu sama ada segi bentuk, warna, corak dan jenis kainnya. Nama-nama destar yang pelbagai membawa maksud dan penegrtian tertentun kepada pemakaianya dan kepada majlis serta masyarakat yang menerimanya.

Dariu segi bentuk sahaj jelas bahawa raja-raja memakai destar dalam bentuk tertentu unmtuk majlis dan suasana tertentu. Begitu juga jenis kain dan warnanya. Kain tertentu hanya sesuai dan boleh dipakai oleh individu tertentu bagi majlis tertentu. Malahan seorang raja ataui sultan tidak bebas memakai destar secara suka hati. Ada warna dan kain tertentu dan bentuk2 khusus yang hanya sesuai utk majlis. Warna kuning Raja misalnya adalah warna yang sesuai bagi pertabalan raja. Begitu juga dengan hiasan atau jata negeri yang diperintahnya. Rakyat biasa tidak layak memakai jata negeri dipercayai boleh menimbulkan kemalangan atau malapertaka yang disebutkan sebagai ketulahan.


Hiasan Destar (JATA)

Tengkolok DiRaja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong mempunyai hiasan yang melambangkan Malaysia. Dihadapan tengklolok itu dipasangkan anak bulan dan bintang pecah 14 yang diperbuat daripada emas outih, bertahtakan berlian dan ditengha-tengahnya terletak lambang kerajaan Malaysia yang berwarna-warni. Bulan dan bintang adalah lambang agama islam. Bintang kebesaran yang mempunyai 14 cahayanya mencerminkan 14 buah negeri di bawah kebesarannya. Dua sinaran tambahan menunjukan percantuman dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak.


Raja dan pemimpin negara biasanya mengunakan lambang negeri atau mahkota negeri masing-masing. Sultan Kelantan memakai lambang kerajaan negeri Kelantan Darul Naim, begitu juga dengan Pahang, Kedah dan lain-lain.

Destar yang dipakai oleh pengantin lelaki juga mempunyai hiasan tertentu. Hiasannya bukanlah bulan dan bintang tetapi sesuatu yang bernilai tinggi seperti kerongsang intan permata dan sebagainya.
  Istilah Posisi Gunung

Jenis-jenis Lipatan


Kedudukan Pucuk Dalam Ikatan Destar


Koleksi Gambar Lama - Destar Jejawat- pembawa alat-alat kebesaran di Raja Terengganu lengkap berpakaian istiadat istana, bersamping, berkain tetapan dan bertengkolok sebagai tradisi yang terus dipertahan dan diamalkan hingga sekarang Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Pertama, Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong bersama Persuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray
Majlis Penyerahan Cogan Agama kepada Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
Pasukan Keselamatan yang ditubuhkan untuk menjaga keselamatan negara pada awal 1890-an dilengkapkan dengan pakaian seragam beserta destar
Pengistiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 Bergambar ramai sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Pertama di Dewan Undangan Persekutuan, Kuala Lumpur pada 18 Febuari 1948
Bergambar ramai selepas Upacara Menandatangani Perjanjian Persekutuan dan Negeri, di King's House, Kuala Lumpur pada 21 Januari 1948
Bergambar Ramai sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-25 dan sebagai tanda selamat jalan kepada Jeneral Sir Gerald Walter Robert Templer (Persuruhjaya Tinggi British ke Persekutuan Tanah Melayu pada 23 Febuari 1954 Bergambar ramai selepas Upacara Menandatangai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 di King's House, Kuala Lumpur
Bergambar ramai bagai memperingati Mesyuarat Durbar ke-9 yang terakhir pada 25 November 1939 di Klang, Selangor Bergambar ramai bagi memperingati Mesyuarat Durbar ke-2 di Kuala Lumpur pada 20 Julai 1903     Posted by KhairulAnnuarZainuddin at 9:22 PM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Hit: 0 Laman Asal