Assalammualaikum dan salam sejahtera...
 
Selamat menyambut Hari Wilayah 1.2.2019. Selamat bercuti... Ok hari ni lyza nak share resepi Kek Coklat Moist yang baru lyza buat sebentar tadi. Memang Favourite anak2. Kalau raya tak de Kek Coklat Moist ni mmg tak lengkap. Kek coklat moist ni kalau jual memang mahal sikit tapi kalau buat sendiri memang berbaloi2. Wajib ada di hari raya ye...kalau tak buat kek 'berhantu' ni nanti 'hero2' lyza merajuk lak. 

Mula2 tadi... mmg rancang nak letak topping atas kek coklat ni tapi anak2 dah x sabar tgk kek coklat dah siap dibakar...terus suruh potongkan... sedap makan panas2..👍

Ok.. sebenarnya resepi Kek Coklat Moist ni lyza dapat dari seorang kawan sepejabat masa lyza kerja kat JB dulu... rasanya dah lebih 10 tahun resepi ni... mmg sedap. Kepada kawan lyza (Kak Ani)... lyza doakan semoga diberikan kesihatan yg baik dan terima kasih sudi kongsikan resepi Kek Coklat moist yang sedap sgt ni. Walaupon simple tapi kesedapannya mmg terasa...hihi.. Kalau nak sedap gunalah Mentega yg harganya mahal sikit dan serbuk koko yg bermutu Van Houten tu ye... Jangan kedekut... hasilnya mmg x mengecewakan.. 

Oklah.. sila rujuk resepi yang lyza kongsikan di bawah ni ye.



  Kek Coklat Moist Simple  Bahan-bahan resepi kek coklat  8 oz Mentaga (1 buku Mentega SCS) 300g gula kastor / halus 6 biji Telor A (disejukkan)
1/2 sudu teh esen vanilla
250g tepung naik sendiri (Blue key)
1 sudu kecil ovelette 
Bahan B
1 cawan koko
1/2 cawan gula kastor
1 cawan Air masak (Satukan semua bahan B dan blenderkan. Ketepikan).
Cara2 Membuatnya :

Mentega dipukul bersama gula kastor dipukul sehingga putih. Masukkan telur satu per satu sambil dipukul. Kemudian masukkan esen vanilla dan ovelette. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri diselang-selikan dengan bahan B (yg telah diblender tadi) hingga habis. Masukkan adunan ke dalam loyang 9 x 9 (yg telah digris dengan Mentega dan tepung gandum). Bakar di dalam oven 160C selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak. Apabila masak biarkan sejuk barulah diletak topping dan diparut cooking chocolate diatasnya.
Resepi topping
150g - 200g Cooking chocolate 1/4 cawan    Susu segar Dutch lady  sedikit mentega  
 Cara2 Membuatnya :

Cooking chocolate dan Susu segar dimasak di atas api kecil (double boiler).  Masukkan Mentega sedikit untuk mengilatkan. Biarkan sebentar dan barulah disapukan di atas kek. Akhir sekali hiaskan Cooking chocolate yg sudah diparut di atas kek.
Hit: 0 Laman Asal