Al-Quran Melaknat Pembacanya
“ dan tidak ada Yang lebih zalim daripada orang-orang Yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! orang-orang Yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): "Inilah orang-orang Yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka". ketahuilah (Sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang Yang zalim”  (Surah Hud:18)
Dalam tidak sedar sekiranya manusia yang zalim membaca ayat tersebut,mereka sedang melaknat diri sendiri.Oleh itu bagi tidak terjadi demikian,hendaklah mereka berusaha menghindarkan daripada menjadi orang zalim dan berusaha kembali semula menjadi orang Mukmin yang bertaqwa.
Jangan berlaku zalim kepada orang lain dengan menyakiti mereka atau mengguris perasaan mereka,dan jangan menzalimi diri sendiri dengan tidak melaksanakan segala perintah Allah berdalilkan hokum seperti yang ditegaskan dalam al-Quran.
Al-Quran adalah kitab wahyu daripada Allah,membacanya tidak serupa dengan membaca buku atau kitab biasa.Ada peraturan dan adab-adab sesuai dengan statusnya sebagai wahyu yang datang daripada Allah.
Sedangkan mendengar titah sultan mempunyai  tata cara tertentu,iaitu perlu duduk sama ada di dewan undangan negeri atau parlimen.Hendak masuk dewan tidak boleh berpakaian seperti hendak ke kedai,tetapi dengan pakaian rasmi.Duduk dengan penuh hormat cukup lengkap dengan adab adat diraja .
Inilah antara peraturan apabila mendengar titah diraja,peraturan yang dikarang dan digubal oleh manusia untuk untuk menghormati seorang raja dalam kalangan manusia.
Sedangkan al-Quran datang daripada Allah,lebih mustahak lagi untuk menghormatinya,adab yang pertama sayugia diingatkan kepada orang yang hendak membaca al-Quran adalah mesti mempunyai wuduk.
Boleh dan tidak berdosa al-Quran tanpa wuduk,tetapi di sisi Islam orang itu dianggap tidak beradab (biadab) dengan kitab al-Quran,wahyu Allah yang paling mulia.
Selain dalam keadaan berwuduk,antara adab membaca al-Quran adalah duduk mestilah dengan duduk yang sopan dan beradab.Al-Quran yang disanjung tinggi maka menghadapnya mesti dengan penuh kesopanan sama ada membaca dengan berdiri atau duduk bersimpuh.
Sebaiknya duduk dengan menghadap kiblat dengan keadaan kepala tunduk,tidak duduk dalam keadaan bersila (mutarabbi`) kerana duduk bersila dianggap duduk orang yang membesar diri (bagi masyarakat Arab).
Berbeza dengan masyarakat Nusantara duduk bersila dianggap cara duduk paling beradab,tidak mengapa jika hendak ditinggal cara budaya Nusantara dan kembali kepada”duduk sunnah” (duduk bersimpuh).
Bagi masyarakat Nusantara tidak menganggap duduk bersila sebagai duduk orang yang angkuh,hanya duduk “paut sila” (meletakkan betis kanan di atas sebahagian peha kiri) seperti duduknya seorang pendekar yang angkuh itu sahaja yang dianggap bangga diri.
Allah memuji hamba-Nya yang membaca Al-Quran dalam firmannya:
“Iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring,dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):`Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami daripada siksa neraka.` (Surah Ali-Imran: 191)
Pada ayat ini Allah memuji orang yang mengingati-Nya sambil berdiri,kerana membaca al-Quran sambil berdiri ialah ketika solat.Ertinya jika hendak mendapat pahala yang terbanyak kena ambil wuduk dahulu,kemudian diturutiibadah solat dengan tujuan supaya dapat membvaca Al-Quran ketika solat.Itulah ketikanya yang paling afdal Tuhan beri peluang mendapat pahala yang banyak.

Petikan : Mauidzah TGNANM
Hit: 0 Laman Asal

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/waktusolat/public_html/modules/mod_out/extract_main.php on line 66