Pencemaran cahaya dikenali sebagai pencahayaan berlebihan yang dihasilkan oleh manusia.

Punca utama pencemaran cahaya ialah pencahayaan bukan semula jadi seperti lampu jalan, lampu rumah, lampu papan tanda, lampu bangunan dan sebagainya.

Pencemaran cahaya boleh memberi impak kepada astronomi, ekosistem, ekonomi dan sebagainya.

Antara gangguan kesan pencemaran cahaya:
Langit yang cerah akan menyukarkan melihat keindahan langit. Generasi muda yang menetap di kawasan bandar tidak mengenali bintang, planet dan objek di langit. Menyebabkan haiwan hilang kawalan terhadap sistem navigasi. Pendebungaan tidak boleh berlaku secara semula jadi. Pembaziran bekalan elektrik. Sumber: Kosmo!
Hit: 0 Laman Asal