Artikal pada kali ini, admin akan berkongsi satu tips yang agak menarik juga untuk di kongsikan bersama. Pernah nampak belon terapung?? Korang pun boleh mencubanya tanpa perlu isi gas lagi. 
Bahan-bahan yang diperlukan: 

Baking soda
Cuka
Botol plastik (mineral)
Belon
Corong 2pcs


Caranya:
1. Gunakan corong untuk menuangkan cuka ke dalam botol plastik, cukup isi 1/3 dari botol.

2. Gunakan corong yang satu lagi untuk tuang baking soda ke dalam belon sekurang-kurangnya 1/2.

3. Tutup hujung botol dengan belon, pastikan tidak ada baking soda yang terjatuh ke dalam botol.

4. Apabila siap, angkat belon yang berisi baking soda sehingga serbuk jatuh semua sama ke dalam cuka.

5. Perhatikan campuran tersebut bertindak, nampak gelembung-gelembung dan belon akan kembang.

Selamat mencuba ;)
Kredit : minggu wanita
Hit: 0 Laman Asal