Pada 25 September hingga 17 Oktober 2009, Pameran bertajuk 'Imagenation' oleh dua pelukis iaitu saudara Mohd Jamil Mat Isa dan saudara Alias Yussof telah menarik perhatian saya untuk membuat sedikit ulasan. Saya akan mengulas beberapa karya sahabat saya saudara Mohd Jamil Mat Isa yang lebih dikenali sebagai seorang 'printmaker' yang telah banyak menghasilkan karya-karya cetakan. Namun kali ini karya yang beliau pamerkan adalah menggunakan media campuran.
Biarlah saya ambil petikan komentar dalam buku katelog pameran itu yang ditulis oleh Prof Madya Mohamad Khalil Amran, 'Almost all work by Jamil employ the dripping technique to establish a vertical a vertical strutute for the painting. It form novel lines and which brings to mind the element spontaneity and agility. It also help create interesting visual texture and contrast to the flat areas in the painting".
Sebenarnya Jamil yang lebih mesra dengan karya mengunakan medium cetakan, namun kali ini beliau mempamerkan karyanya dengan gaya tersendiri dalam penggunaan media campuran. Karya bertajuk Suvival 5 lebih menonjolkan bentuk organik merah sebagai penegasan dalam karya. pengolahan bentuk-bentuk biomorpik dan organik menjadi lebih menarik apabila unsur perulangan dengan warna natural digunakan sebagai penyokong latar karya. Renjisan spontan denga lelehan warna memberi kesan dramatik karya tersebut.
Sementara karya yang bertajuk 'The King And The Queen', menggambarkan bentuk dua rama-rama yang menonjol diatas dengan diikuti bentuk rama-rama kecil, warna panas digunakan dengen bentuk organik digunakan sebagi latar belakang. Karya ini berjaya mengambarkan suatu komentar sosial yang menarik dengan suatu gambaran keharmonian. pengolahan catan yang menggunakan media campuran ini digambarkan dalam penggunaan warna yang harmoni namun palitan warna gelap pada bahagian tertentu memberi kesan misteri pada permukaan satah gambar.
Pada umumnya karya-karya Jamil berjaya membawa kita kepada suatu suasana komentar sosial yang menarik di mana kesan objek organik dan biomorfik menampakkan karyanya lebih dramatik dan dinamik.

Hit: 0 Laman Asal