Arahan:
1.   Berdasarkan jadual di bawah, kenalpasti tingkah laku yang dianggap merupakan karekteristik yang “PALING HAMPIR” sehingga “PALING KURANG HAMPIR” dengan anda. Letakkan markah 1, 2, 3 atau 4 (pada kotak berwarna kuning) dalam setiap kotak kosong yang disediakan (Sila isi dari kiri ke kanan, bermula dari baris atas sekali).



2.   Jumlahkan setiap nombor dalam keempat-empat kolum. Letakkan jumlah nombor di ruangan Jumlah (Berwarna Biru).
3.   Periksa setiap nombor yang dijumlahkan. Untuk memastikan jumlah itu adalah betul, setelah keempat-empat jumlah kolum ditambah, jumlahnya adalah sebanyak 50.
Contoh : Jumlah (1) + Jumlah (2) + Jumlah (3) + Jumlah (4) = 50
Jadual



4.   Lihat pada kotak (berwarna biru) dan kenal pasti di kotak jumlah yang mana mencatatkan jumlah tertinggi, sebagaimana contoh di dalam kotak:
Contoh : Jumlah Tertinggi adalah No.4 (16), Kedua No.2 (14), Ketiga No.1 (11) Maka, personaliti dalaman saya (sejak lahir) adalah Burung Hantu; luaran adalah Merak dan personaliti yang diperolehi dari pengalaman / perubahan hidup adalah Helang.
Jadi, sesiapa yang mempunyai perkiraan bagi personaliti Helang, iaitu sama ada tempat ke-2 atau ke-3, selalunya akan ‘bertindak dahulu’ untuk mengetuai kumpulan, jika tiada ahli dalam kumpulannya yang berpersonaliti Helang.
Contoh : Dalam satu kumpulan (4 orang):                    A = 1 (Burung Hantu), 2 (Merak) dan 3 (Helang)                    B = 1 (Burung Hantu), 2 (Merpati) dan 3 (Merak)                    C = 1 (Merpati), 2 (Burung Hantu) dan 3 (Merak)                    D = 1 (Merak), 2 (Helang) dan 3 (Burung Hantu)
Maka, yang akan bangun dalam memberikan arahan mungkin adalah D atau A (bergantung pada keadaan)

SILA ISI MAKLUMAT UNTUK MENGIRA


SILA TEKAN DI SINI UNTUK MELIHAT SAMBUNGAN (JENIS PERSONALITI)
Jenis Personaliti

Kumpulan 1 : Helang (Pendorong)


Cara Mengenali : Penampilan : Lebih ke arah pekerjaan/cara kerja (selalunya berkaitan perniagaan) Cara Kerja : Berstruktur Kelajuan : Pantas / Berkebolehan membuat keputusan sendiri Perkara Yang Diutamakan : Tugasan / Kerjaya / Keputusan Mencari : Produktiviti yang terbaik Mendapat Kepuasan Dalam Kerjaya Dengan : Mengawal / Mengarah
Cara Berkomunikasi Dengan Mereka : Mahu Mengekalkan : Kejayaan Menyokong : Pencapaian yang ingin mereka capai dalam hidup Mahu Kamu Melakukan :  Terus kepada perkara utama (straight to the point) Mahu Untuk Sentiasa : Mengetuai / Mengawal sesuatu Kurang Senang Dengan : Tidak dapat membuat sebarang keputusan / Ragu-ragu dalam keputusan Keputusan yang diberikan : Muktamad / Tidak boleh diubah / Sangat Kuat
Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Secara Berkesan : Terus kepada urusan atau perkara utama, beri penerangan yang jelas, lebih terperinci dan menyeluruh serta memberi pilihan dan langkah yang sesuai kemudian minta mereka untuk berikan persetujuan.
Ingatan : Individu yang berpersonaliti Helang biasanya adalah cerewet, mudah marah dan kurang sabar dalam melaksanakan pekerjaan. Mereka selalu dikaitkan dengan keupayaan untuk mengawal melalui kebolehan untuk mengetuai sesuatu organisasi. Satu perkara yang paling mudah untuk mengesan seseorang yang berpersonaliti Helang adalah sikapnya yang agak suka mengarah berbanding membuat kerja. Mereka sangat mementingkan kerja dan mahu kerja itu disiapkan cepat berbanding dengan tarikh yang diberikan. Mereka juga kurang peka serta agak samar dengan perkara sampingan dan penting untuk berkomunikasi terus kepada perkara pokok (asal), sekiranya bercakap dengan mereka. Mereka yang berpersonaliti Helang tidak boleh dicabar keputusan atau dalam percakapannya kerana mereka adalah jenis yang akan menyerang anda terus sehingga anda mengalah, walaupun tanpa fakta dan maklumat yang kuat, semuanya kerana sikap mereka yang menekan dan pandai memanipulasi keadaan. Namun, mereka adalah orang yang akan mendorong semua orang untuk memberikan yang terbaik dalam tugasan serta memperoleh kejayaan melalui kawalan yang dijalankan dalam kumpulan yang diketuainya, melalui cara kerjanya yang pantas dan cepat.

Kumpulan 2 : Merak (Sentiasa Berekspresi)


Cara Mengenali : Penampilan : Mengikuti perkembangan fesyen semasa / Sentiasa bergaya Cara Kerja : Boleh beradaptasi dengan kerja Kelajuan : Spontan Perkara Yang Diutamakan : Berinteraksi dengan orang lain Mencari : Perhatian / Penghargaan / Dikenali orang sekeliling Mendapat Kepuasan Dalam Kerjaya Dengan : Fleksibititi
Cara Berkomunikasi Dengan Mereka : Mahu Mengekalkan : Status diri mereka Menyokong : Idea yang diberikan mereka Mahu Kamu Melakukan :  Boleh beradaptasi dengan keadaan sekeliling Mahu Untuk Sentiasa : Dikagumi dan disukai ramai Kurang Senang Dengan : Keadaan yang kurang fleksibel Keputusan yang diberikan : Spontan / Kurang Kuat
Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Secara Berkesan : Jadi seorang yang enthusiastik, peramah, mudah didekati dan peka serta mudah untuk memberikan penghargaan kepada mereka.
Ingatan : Individu yang berpersonaliti Merak biasanya seseorang yang sangat terkenal sama ada di dalam kumpulan, tempat kerja atau kelas kerana sikap mereka yang happy-go-lucky dan juga banyak bercakap dan bertanya. Mereka kurang gemar dengan keadaan yang tetap, yang mana mereka mampu untuk melaksanakan banyak kerja dalam satu masa, tetapi pada masa yang sama masih boleh berinteraksi dengan masyarakat serta meluangkan masa untuk diri sendiri. Sikap mereka yang ceria, hyperaktif dan juga spontan mendorong ramai orang untuk mendekati mereka, sekaligus menceritakan masalah atau kehidupan mereka, kerana di sebalik sikap mereka yang riuh rendah itu, mereka sangat berahsia dan mampu menjadi pendengar yang baik. Mereka yang berpersonaliti Merak sangat sukakan cabaran dan kesukaran dalam kerja kerana mampu untuk meningkatkan rasa ingin tahu dan pengetahuan mereka; yang mana sebahagian besarnya diperoleh menerusi pengalaman bukan bacaan semata-mata. Mereka juga boleh mencetuskan suasana yang positif dalam kumpulan, sekiranya berada dalam keadaan yang kurang memberangsangkan namun cepat bosan sekiranya perkara itu kurang menarik minatnya atau terlalu mudah untuk diperolehi. Mereka adalah individu yang boleh dibawa berunding, kerana sebahagian besar keputusannya dibuat secara spontan, tanpa dibuktikan oleh fakta dan sebagainya.

Kumpulan 3 : Merpati (Pendamai)


Cara Mengenali : Penampilan : Kasual (lebih kepada penampilan biasa) / Terlalu selesa Cara Kerja : Persendirian / Suka berkawan / Peramah Kelajuan : Perlahan / Memudahkan perkara / Melengahkan sesuatu kerja Perkara Yang Diutamakan : Menjalinkan hubungan Mencari : Rasa hormat Mendapat Kepuasan Dalam Kerjaya Dengan : 
Hubungan yang rapat dengan rakan sekerja / ahli  kumpulan
Cara Berkomunikasi Dengan Mereka : Mahu Mengekalkan : Perhubungan sesama rakan Menyokong : Perasaan mereka Mahu Kamu Melakukan :  Menyenangkan Mahu Untuk Sentiasa : Disukai oleh ramai Kurang Senang Dengan : Sikap kurang sabar Keputusan yang diberikan : Boleh dipertimbangkan, berpandu pada sesuatu / Lemah
Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Secara Berkesan : Membina kepercayaan antara anda dan mereka, berikan sokongan peribadi dan bertanya soalan untuk mengetuai mereka.
Ingatan : Individu yang berpersonaliti Merpati adalah golongan yang dilihat sentiasa dalam keadaan yang tenang, kurang proaktif dan kurang mempamerkan emosi yang berlebihan. Mereka adalah individu yang sangat menjaga perhubungan antara rakan / keluarga dan sensitif sekiranya perhubungan itu kurang memberangsangkan. Mereka sangat bergantung kepada kata hati berbanding pemikiran, menyebabkan mereka dapat memahami individu yang lain walaupun hanya bertemu sekali sahaja, disebabkan kesensitifan mereka dengan persekitaran. Mereka juga adalah individu yang perlu sentiasa dipacu atau didorong untuk melaksanakan pekerjaan mereka dengan sempurna, kerana mereka kurang motivasi dan agak perlahan dalam melaksanakan kerja mereka. Tindakan ini dilihat kurang bijak kerana sebahagian besar kerja selalunya diperlukan dalam masa yang singkat untuk disiapkan. Mereka juga selalunya terlalu bergantung harap dengan individu di sekeliling mereka untuk menjalankan kerja, menyebabkan banyak kerja yang terbengkalai disebabkan sikap mereka yang terlalu bergantung, memudahkan perkara dan melengahkan kerja. Namun, sekiranya di dalam kumpulan mereka adalah individu yang lebih sukakan perbincangan dilakukan dalam keadaan yang tenang dan membuahkan hasil yang diinginkan, berbanding dengan pertelingkahan dan pergaduhan. Oleh itu, mereka selalunya menjadi ‘orang tengah’ atau pendamai dalam sesebuah perbincangan, pertengkaran atau perselisihan faham di kalangan ahli kumpulan atau rakan sekerja.

Kumpulan 4 : Burung Hantu (Analitikal)


Cara Mengenali : Penampilan : Formal / Agak konservatif / Kurang ambil tahu perkembangan fesyen semasa Cara Kerja : Berstruktur / Sangat tersusun Kelajuan : Perlahan / Sistematik dalam pekerjaan Perkara Yang Diutamakan : Tugasan / Kerjaya / Proses kerja Mencari : Ketepatan maklumat yang diperolehi Mendapat Kepuasan Dalam Kerjaya Dengan : Persediaan yang rapi (hidup / pekerjaan)
Cara Berkomunikasi Dengan Mereka : Mahu Mengekalkan : Kredibiliti dalam kerjaya Menyokong : Pemikiran (ideologi) mereka Mahu Kamu Melakukan :  Mengikut peraturan / Ketetapan dalam pekerjaan Mahu Untuk Sentiasa : Betul dalam setiap perbincangan Kurang Senang Dengan : Kejutan yang tidak disangka Keputusan yang diberikan : Boleh diubah berdasarkan bukti / fakta yang diberikan / Sederhana Kuat
Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Secara Berkesan : Boleh memberikan fakta dan sokongan kepada mereka dengan baik, boleh memberikan sebab-sebab yang logik dan diterima oleh idealogi mereka dan peka pada masa.
Ingatan : Individu berpersonaliti Burung Hantu selalunya dianggap sebagai golongan ‘nerd’ atau ‘ketinggalan zaman’, baik dalam pemikiran atau penampilan mereka. Namun, mereka boleh menjadi sangat formal dan kemas, menjadikan mereka kelihatan sangat elit dan dipandang tinggi oleh rakan-rakan mereka. Mereka adalah individu yang sangat cerewet, teliti, berstruktur dan mengikut ketetapan yang telah diaturkan oleh dirinya sendiri dan sukar terpengaruh dengan individu yang lain. Mereka mempunyai jati diri dan pegangan yang kuat dan sukar digoyahkan, kerana mereka mempunyai sokongan daripada maklumat, fakta dan info yang kuat; diperolehi sama ada daripada bacaan atau maklumat ramai. Pemikiran mereka adalah ideologi mereka, dan mereka akan mempertahankannya dengan sangat aggresif, terutama ketika perbincangan atau mesyuarat yang diadakan. Sungguhpun cara kerja mereka adalah perlahan, mereka melakukannya dengan sangat teliti, berstruktur, bersistematik lalu memperlihatkan kematangan dan pengetahuan luas yang diperolehinya; menjadikan hasil tugasan yang selalu diserahkan padanya disempurnakan dengan jayanya dan berkemampuan memuaskan hati ramai pihak, terutama ketua mereka. Mereka tergolong dalam individu pemikir, yang mana mereka mampu untuk membahagikan tumpuan mereka kepada dua atau empat bahagian sekaligus, membolehkan mereka mengorek lebih dalam lagi akan persoalan tertentu, sekiranya diajukan atau didengari oleh mereka sambil melakukan kerja yang lain. Oleh itu, mereka seringkali dilihat sedang melakukan pekerjaan, tetapi pada masa yang sama seolah-olah bermonolog dengan dirinya sendiri bagi memperoleh jawapan kepada persoalan tersebut. Individu berpersonaliti Burung Hantu juga gemarkan ketenangan, dan sering dilihat memencilkan diri daripada bergaul dengan rakan sekeliling. Walaupun mereka berada di dalam kelompok orang ramai, mereka masih mampu untuk melakukan hal mereka sendiri, tanpa dipengaruhi dengan persekitaran hatta sebising mana sekalipun. Mereka amat mencari ketepatan dalam maklumat yang dicarinya dan sangat gemarkan persediaan sebelum melakukan sesuatu pembentangan/ ucapan/ perbincangan. Individu ini juga pantang dicabar atau diperlekehkan keputusan dan percakapannya, kerana mereka akan menyerang anda dengan sangat aggresif dengan menghujahkan segala fakta, maklumat dan info yang diperolehi berserta contoh dan bukti yang kukuh, yang mana mampu menyebabkan anda kehilangan kata-kata dan malu dengan diri sendiri. Tambahan, mereka mahir dalam mengutarakan atau membangkitkan pokok persoalan, lengkap dengan jawapan dan cara penyelesaian yang pelbagai serta memanipulasi perkataan dan maklumat supaya membuahkan idea yang bernas atau ‘panahan’ hujah untuk mematahkan buah bicara pihak yang bertentangan. Mereka adalah lawan yang berbahaya untuk diajak berhujah, terutama di hadapan umum; yang mana kamu perlu bersedia dengan hujah yang kukuh, beserta bukti dan maklumat yang tepat untuk berhadapan dengannya. 
Hit: 0 Laman Asal