BAB 3: PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN
Maksud Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan ·         Setiap   organisasi    perniagaan    perlu    mempunyai visi, misi, dan objektif yang selari dengan jenis perniagaan. ·         Visi, misi, dan objektif (VMO) o   merupakan unsur utama perancangan  strategik  yang  menetapkan  hala tuju organisasi o   untuk mencapai  kejayaan  dan  memacukan kelangsungan perniagaan dalam jangka panjang. o   Ketiga-tiga unsur perancangan (VMO): §   ini dijadikan  panduan dalam   pengurusan   organisasi   dalam   membuat keputusan dan tindakan perniagaan. o   Unsur perancangan strategik :

UNSUR PERANCANGAN STRATEGIK KETERANGAN (a)

Visi

•   Merupakan falsafah  pengwujudan organisasi •   Melibatkan fokus  masa hadapan dan perancangan jangka  panjang Penting  untuk  membuat   keputusan   dan  tindakan   bagi   memastikan   hala  tuju perniagaan berada dalam landasan yang tepat •   Contoh : visi  sebuah  suatu  syarikat  pengeluar  buku  ialah  'Kami beraspirasi untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi' (b) Misi •   Merupakan satu pernyataan ringkas tentang matlamat utama penubuhan organisasi •   Dibentuk  sebagai  ketetapan  dalam  melakukan  aktiviti  perniagaan  untuk  mencapai matlamat Contoh : misi bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan berusaha secara berterusan   untuk  menjadi  penerbit   buku  terulung   dalam  negara  dan  memenuhi permintaan semua lapisan masyarakat di Malaysia ' (c)

Objektif

•   Merupakan  pernyataan khusus tentang  bagaimana visi dan misi akan dicapai •   Membantu organisasi mencapai matlamat dalam jangka  masa pendek dan juga jangka  masa panjang •   Contoh : objektif bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan menerbitkan sekurang-kurangnya 75 judul buku ilmiah dan 720 judul buku bukan ilmiah setiap tahun untuk lima tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2027 '


Perbandingan Visi,  Misi, dan Objektif  Perniagaan yang  Berbeza ·         Visi, misi, dan objektif (VMO) organisasi bermotif untung (OBU) o   adalah berbeza daripada VMO organisasi bukan bermotif untung (OBBU) dan pertubuhan sukarela . ·         OBU o   biasanya ditubuh dan dikawal oleh pihak swasta o   untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan o   untuk memenuhi keperluan dan kehendak  pengguna. o   VMO organisasi jenis ini bertujuan memaksimumkan keuntungan bagi pemilik. o   OBU didaftarkan  di bawah Pendaftar  Perniagaan dan Suruhanjaya  Syarikat  Malaysia  (SSM). ·         OBBU o   terdiri daripada persatuan, kelab, pertubuhan,dan yayasan o   yang menjalankan perniagaan dengan matlamat utama o   untuk menjaga  kebajikan ahli, masyarakat, dan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai. o   OBBU  didaftarkan   dengan   Pendaftaran   Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah berbeza dengan pertubuhan sukarela. o   Pertubuhan sukarela merupakan organisasi yang menjalankan aktiviti secara sukarela dengan masyarakat menjadi pelanggan utama.
·         Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan o   Objektif sesebuah organisasi sama ada berbentuk perniagaan atau  bukan perniagaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:                       · 1.       objektif jangka  pendek; 2.       objektif jangka panjang. o   Setiap   objektif   ini  perlu  memenuhi seperti yang berikut.
UNSUR KETERANGAN (a) Spesifik (Specific) (S) ·      Pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus dan ·      boleh diukur secara kuantitatif, ·      iaitu dalarn bentuk angka, nombor, masa, dan wang ringgit. (b) Boleh diukur (Measurable) (M) ·      Objektif yang ditetapkan boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif ·      serta boleh dibandingkan dengan pencapaian pada sebelum dan selepas sesuatu aktiviti perniagaan dilaksanakan .
(c) Boleh dicapai (Attainable)  (A) ·      Sesuatu objektif yang ditetapkan hendaklah berdasarkan sasaran yang boleh dicapai. (d) Munasabah (Realistic) (R) ·      Sesuatu objektif yang ditetapkan haruslah munasabah dan ·      perlu mengambil kira beberapa faktor ·      seperti sumber manusia dan kewangan dalam organisasi. ·      Justeru, objektif yang ditetapkan itu tidak mustahil  untuk  dicapai. (e) Jangka  masa (Time frame) (T) ·      Penentuan objektif perlu ada penetapan jangka masa yang perlu dicapai. ·      Contohnya, setahun, tiga tahun, atau lima tahun.
Tujuan  Penetapan Visi,  Misi, dan Objektif Perniagaan  sebagai  Panduan  Perniagaan ·         Visi dan misi o   dapat membantu sesebuah organisasi mencapai matlamat penubuhannya o   dalam jangka panjang. ·         penetapan objektif o   jangka pendek dan jangka panjang o   yang selari dengan visi dan misi o   membantu dalam mencapai perancangan strategik organisasi. ·         Visi o   merupakan komponen pengurusan  strategik dan untuk mencapainya o   mengambil masa sekurang­kurangnya lima tahun. o   Hal ini boleh mendorong semua pihak yang terlibat memahami dan bekerjasama o   serta bertindak berdasarkan tanggungjawab dan peranan  masing-masing. ·         Misi o   pula dibentuk selepas penetapan visi  o   merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh organisasi perniagaan pada masa ini. o   bertujuan memudahkan pihak pengurusan mengagihkan sumber o   seperti bahan mentah, sumber manusia, dan kewangan secara cekap dan berkesan kepada bahagian  dan unit perniagaan o   agar mencapai matlamat yang ditetapkan.
·         Pernyataan objektif o   akan menjelaskan perkara yang perlu dicapai dan o   ia perlu selaras dengan  pembentukan visi dan misi organisasi . ·         Objektif o   merupakan asas kepada pencapaian visi dan misi. o   Sesuatu objektif mestilah - SMART: §  spesifik, §  boleh diukur, §  boleh dicapai, munasabah, §  ada jangka masa. o   lndikator yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi perniagaan
(a) Titik Pulang Modal (TPM) ·         Merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung.  ·         Pada titik ini, perniagaan balik modal, iaitu tidak mendapat untung dan juga tidak rugi. ·         TPM penting  kerana  dapat  membantu perniagaan  mengetahui  sama  ada  perniagaan dapat   terus   beroperasi    atau   tidak   serta kebolehan perniagaan untuk terus kekal dalam pasaran.
Formula TPM:  TPM =  ___________Kos tetap (KT)____________                                          Harga juaIan seunit (H) - Kos berubah seunit (KB)
Contoh 1: ·         Syarikat Pasu Bunga Sendirian Berhad mengeluarkan pasu bunga untuk pasaran seluruh negara. ·         Kos tetap (KT) yang ditanggung syarikat ialah RM300 000. ·         Harga jualan (H) setiap pasu ialah RM5 dan kos berubah seunit (KB) ialah RM3.
Berapakah kuantiti yang  perlu  dikeluarkan  oleh syarikat  agar  balik  modal?
TPM       =             __________Kos tetap____________                                                                 Harga juaIan seunit - Kos berubah seunit                                 TPM       =             RM300 000                                                                 RM5 – RM3 =             150 000 unit
Contoh 2: Fahmi merupakan pemilik Z’F Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain) untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Fahmi telah memperoleh satu kontrak syarikat taman tema terkenal di Malaysia untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah sebanyak 1000 unit. Syarat utama kontrak ialah Fahmi perlu menyewa sebuah lot gerai di taman tema berkenaan  dengan sewa tahunan RM6000. Fahmi tidak memerlukan sebarang  alatan tetapi beliau perlu membeli bahan-bahan seperti gegelung plastic berharga 20 sen  seunit, klip berharga 10 sen seunit dan kertas photo berharga 10 sen seunit. Fahmi bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM8 seunit dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit setahun.
Hitungkan: a)     Titik Pulang Modal b)    Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci c)     Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci        
a. Titik pulang modal (TPM)

Titik pulang modal : =               Kos tetap                                           harga - kos berubah
Kos tetap ·         sewa kedai                    : RM6 000 Kos berubah ·         Gegelung plastik           : RM 0.20 ·         Klip                              : RM 0.10 ·         Kertas foto                   : RM 0.10 : RM 0.40 Harga jualan seunit                  : RM 8.00

Titik pulang modal (TPM)     =          RM 6000_____                                                      RM 8.00 – RM 0.40                                                 =  789.47 atau 789 unit
b. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci
            Keuntungan   = Jumlah Hasil - Jumlah Kos                                     = (QxH) – (KT+KB)                                        (1000 X RM 8.00) – RM 6 000 + (1000 X RM0.40)                                     = RM1 600
c. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci                                             (2 500 X RM 8.00) - (RM 6 000 + 2 500 X RM 0.40)                                     = RM13 000 Contoh 3:   Kos tetap •        Sewa sebulan : rm15,000 •        Gaji tetap        : rm50,000 Kos berubah: •        bagi sepasang kasut : RM50 Harga jualan : •        bagi sepasang kasut : RM100
i.                     TPM             = ___RM15000 + RM50000___                                        RM100 – RM50                         = __RM65000___                                                                                      RM50                         = 1300 pasang
Jumlah kasut yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun 2017 ialah:                              = 1300 pasang x 12 bulan = 15,600 pasang
ii.                  Peningkatan 20% kos berubah pengeluaran kasut: Kos berubah bagi - sepasang kasut                = (20 % x RM50) + RM50                 = RM 60
TPM       = __RM65000__                    RM100-RM60                 = __RM65000                                              RM40                     = 1625 pasang   
Contoh 4:
Formula TPM = _______kos tetap_________             Harga – kos berubah seunit    Kos tetap •        Sewa sebulan : rm10,000 •        Gaji tetap        : rm24,000 Kos berubah: •        bagi sepasang kasut : RM50 Harga jualan : •        bagi sepasang kasut : RM100
i.                     TPM = ___RM10,000 + RM24000___                                            RM100 – RM50                         = __RM34000___                  = 680 pasang                                      RM50
     Contoh 5: •         Kos tetap: RM50 000 •         Kos berubah: RM60 seunit •         Harga seunit: RM100



Hitungkan:
i.         Titik pulang modal                                    TPM    =  ______Kos tetap____                             Harga – kos berubah                              =  ___RM50 000__             = 1250 unit                                RM100 - RM60
** Kalau dalam bentuk nilai, jawapannya RM12,5000  (1250 x RM100)
ii.         Jumlah kos pada titik pulang modal (TPM)
            Jumlah kos (JK)   =          Kos tetap (KT) + kos berubah (KB)                                            =          RM50 000 + (1250 x RM60)                                            =          RM125 000

Iii          Keuntungan atau kerugian yang diperoleh jika menjual 3 000 unit
            Untung  =  Jumlah Hasil – Jumlah Kos                           = (Harga x Kuantiti) - (Kos Tetap + Kos Berubah)                           = (RM100 x 3 000) - (RM50,000 + (3000 x RM60)                           = 300,000 - RM230 000                         = RM70,000.00

Pertumbuhan perniagaan •   merujuk kepada hasil yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan •   seterusnya mendatangkan keuntungan perniagaan . •   Untung ini boleh digunakan untuk membuka cawangan baharu dan •   membesarkan perniagaan sedia ada.
Pemaksimuman keuntungan organisasi •   berupaya mengunakan sumber-sumber perniagaan •   seperti bahan mentah, modal, modal insan, dan teknologi dengan cekap. •   Penggunaan sumber dengan cekap dapat meminimumkan pembaziran serta kos pengeluaran  dan •   hal  ini dapat memaksimumkan keuntungan dalam jangka panjang.
(d) Daya saing •   merujuk kepada kemampuan perniagaan terus kekal dalam industri berbanding dengan para saing. •   Antara faktor yang menentukan daya saing dan kemampuan bertahan organisasi perniagaan dalam sesuatu industri ialah: •                    kewangan; •                    jaringan; •                    sumber  manusia; •                    pemasaran; •                    teknologi.
(e) Syer pasaran ·         merujuk kepada bahagian atau peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran berbanding dengan pesaing dalam industri yang sama, ·         contohnya industri kereta. o   Jika menguasai syer pasaran, o   maka perniagaan berkenaan boleh menjadi pemimpin dan berkemampuan o   untuk terus kekal dan  meraih keuntungan yang lebih besar dalam jangka masa panjang.
(f) Jualan ·         melalui urus niaga jual beli antara penjual dengan  pembeli,  penjual  akan  memperoleh keuntungan ·         sementara pembeli mendapat kepuasan daripada penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan. ·         Penjual boleh menggunakan pelbagai campuran promosi seperti jualan murah, diskaun harga, sampel, dan peraduan untuk menarik dan memujuk pengguna membeli barang dan perkhidmatannya .
(g) Penyediaan perkhidmatan ·         untuk menarik minat pengguna agar membeli barang dan perkhidmatan, ·         perniagaan pada masa kini menawarkan pelbagai perkhidmatan  seperti: 1.       pembelian atas talian; 2.       penghantaran barang ke rumah; 3.       kemudahan   pembayaran; 4.       membaik pulih barang rosak.
Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif ·         Keadaan persekitaran dalaman dan luaran perniagaan yang sentiasa berubah boleh mempengaruhi pencapaian matlamat dan objektif perniagaan.
1. Kegagalan mencapai matlamat dan objektif boleh memberi kesan negatif kepada perniagaan, iaitu: ·         jualan merosot ; ·         tidak  mampu membayar  kos perniagaan; ·         gagal dalam persaingan; ·         imej perniagaan terjejas; ·         tidak mampu mengembangkan perniagaan.
2. Antara  langkah-langkah yang boleh digunakan oleh sesebuah perniagaan untuk mengatasi masalah   kegagalan mencapai matlamat dan objektif ini ialah: ·         mengurangkan  kos; ·         menurunkan harga produk; ·         mempelbagaikan produk yang ditawarkan; ·         mengurangkan     pembayaran     dividen     kepada pemegang saham; ·         menggunakan    kaedah   atau   teknologi    baharu dalam pengeluaran; ·         menyemak semula  matlamat perniagaan.
Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan
1. Faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan terdiri daripada: (a) faktor  dalaman (GSTPPPK); (b) faktor luaran (USEPET).
2.  Jadual   yang   berikut   menunjukkan dalaman dan faktor luaran.




perkara Faktor Dalaman Faktor Luaran Maksud ·         Merupakan sumber  unik ·         yang  dimiliki oleh perniagaan ·         Merupakan persekitaran luaran ·         yang merangkumi persekitaran umum perniagaan Aplikasi SWOT ·         Kekuatan (S) (+) ·         Kelemahan (W) (-) ·         Peluang (O) (+) ·         Ancaman (T) (-) Ringkasan / hafalan G,S,T,P,P,P,K U,S,E,P,E,T

Unsur-unsur ·         Gaya pengurusan ·         Sumber  manusia ·         Teknologi maklumat ·         Pemasaran ·         Pengeluaran ·         Penyelidikan dan pembangunan ·         Kewangan ·         Undang-undang ·         Sosiobudaya ·         Ekologi ·         Politik ·         Ekonomi ·         Teknologi

Faktor Positif / kelebihan Faktor Negatif / kekurangan Faktor Dalaman (GSTPPPK) Kekuatan (S) Kelemahan (W) Faktor luaran (USEPET) Peluang (O) Ancaman (T)

info tambahan  SILA KLIK (MODUL MELETOP PDPC 2 PERNIAGAAN : EDISI 2018) UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT
MODUL MELETOP PDPC 2 PERNIAGAAN EDISI 2018  
Hit: 0 Laman Asal