BAB 1 : TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN

Pengenalan ·         Perniagaan merujuk kepada aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan ·         antara penjual yang mendapat keuntungan  dan  pembeli untuk  memenuhi  keperluan dan  kehendak. ·         Konsep asas perniagaan melibatkan  enam  komponen, iaitu: 1.       barang dan perkhidmatan; 2.       memuaskan  keperluan  dan  kehendak  pengguna; 3.       pertukaran nilai; 4.       keuntungan  perniagaan; 5.       penjual dan pembeli; 6.       kontrak perniagaan .
Aktiviti  perniagaan  dapat  dibahagikan  kepada  dua, iaitu: 1    .       aktiviti berasaskan barang; 2    .       aktiviti berasaskan perkhidmatan.
1.       Organisasi  Bermotif  Untung (OBU)  ialah: o   organisasi yang   mengeluar kan   serta    menjual    barang   dan perkhidmatan  o   dengan bermotifkan  keuntungan.
2.       Organisasi Bukan Bermotif Untung (OBBU): o   merupakan organisasi seperti persatuan, kelab, dan  badan amal o   ditubuhkan untuk memenuhi keperluan awam o   seperti yatim piatu, golongan kurang  berkemampuan,  dan warga tua.
BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN
1.       MILIKAN TUNGGAL ·         sejenis    perniagaan    yang d1tubuhkan , dimiliki, dan dikawal  sepenuhnya  oleh  seorang individu.
Proses pe daftaran perniagaan milikan tunggal yang mempunyai premis tetap adalah seperti yang berikut:             (a)    mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan

 (b) mendapatkan   lesen   perniagaan   daripada   Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) .

Kelebihan milikan tunggal ialah: ·         memerlukan modal yang kecil; ·         mudah ditubuhkan, dikawal, dan diuruskan ; ·         pemilik bebas mentadbir perniagaan; ·         keuntungan  dikenakan  cukai  pen9apatan  individu; ·         mempunyai insentif untuk bekerja keras; ·         boleh meletakkan perniagaan berhampiran dengan rumah pelanggan; ·         mernpunyai hubungan rapat dengan pelanggan; ·         memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan.

Kekurangan milikan tunggal ialah: ·         pemilik menanggung liabiliti yang tidak terhad; ·         modal  yang  terhad   menyekat   perkembangan perniagaan ; ·         tiada  pembahagian  dan pengkhususan  kerja; ·         perniagaan  mungkin tidak  berterusan; ·         pemilik menanggung beban kerja yang banyak.

2.       PERKONGSIAN ·         Perkongsian ialah milikan yang ditubuhkan melalui kerja_sama antara dua  atau lebih individu ·         bagi menJalankan sesuatu perniagaan. ·         Perkongsian  ditubuhkan  di  bawah  peruntukan  Akta Perkongsian   1961  dan  didaftarkan  di  bawah  Akta Pendaftaran Perniagaan  1956. ·         Bilangan  rakan  kongsi  adalah  antara  2  hingga 20 orang. Namun, bagi perkongsian yang melibatkan profesion ·         seperti peguam, jumlah maksimum rakan kongsi tidak  boleh melebihi  50 orang.

Jenis  rakan  kongsi  yang  wujud  dalam  perniagaan perkongsian: ·         rakan kongsi berhad; ·         rakan kongsi lelap; ·         rakan kongsi biasa; ·         rakan kongsi aktif; ·         rakan kongsi nominal (namaan).

Jenis-jenis perkongsian : 1.       perkongsian  biasa 2.       perkongsian  berhad; 3.       perkongsian liabiliti terhad (PLT).

Ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT): ·         entiti berasingan; ·         liabiliti terhad; ·         hayat berterusan.

Kelebihan perniagaan perkongsian ialah: ·         mudah ditubuhkan; ·         dapat   mengumpul   modal  yang   lebih   banyak ·         berbanding perniagaan  milikan tunggal ·         Risiko perniagaan dapat disebarkan dalam kalangan rakan kongsi;

Saiz Perniagaan
Yang berikut adalah  klasifikasi  perniagaan  berdasarkan  saiz  di Malaysia  seperti yangditetapkan  oleh  Perbadanan Enterpris Kecil dan Sederhana  (Smecorp).


JUMLAH JUALAN TAHUNAN (RM):
Klasifikasi           : Perkilangan Jualan                   : RM 300k___________< RM15j____________< RM50j___________ Saiz                        :                        Kecil                               Sederhana                        Besar
Klasifikasi           : Perkhidmatan Jualan                   : RM300k____________< RM3j____________< RM20j___________ Saiz                        :                        Kecil                               sederhana                        besar



BILANGAN PEKERJA TETAP (ORANG):
Klasifikasi           : Perkilangan Pekerja                                : 5___________________< 75________________< 200___________ Saiz                        :                        Kecil                               sederhana                        besar
Klasifikasi           : Perkhidmatan Pekerja                                : 5___________________< 30________________< 75____________ Saiz                        :                        Kecil                               sederhana                        besar

Kelebihan perniagaan bersaiz kecil: ·         kos overhed yang rendah; ·         cepat  menyelesaikan  rungutan  pelanggan; ·         fleksibel dari segi membuat perubahan dan kos upah yang  rendah.
Kekurangan perniagaan bersaiz kecil: ·         menanggung kos pengeluaran yang tinggi; ·         kurang berdaya saing; ·         sukar   untuk  menarik  pekerja  yang  mahir  serta berpengalaman  dan masalah sumber  kewangan.
Cabaran  yang   dihadapi   oleh   perniagaan   bersaiz kecil: ·         pemilik  menanggung  bebanan  kerja yang berat; ·         strategi  untuk  mengekalkan  pelanggan  lama  dan mendapatkan  pelanggan  baharu; ·         cabaran untuk memastikan pekerja sentiasa bermotivasi dan mengawal kos overhed yang mungkin  menjadi  berlebihan.
Kelebihan perniagaan bersaiz sederhana: ·         mudah ditubuhkan  berbanding perniagaan bersaiz besar; ·         fleksibel  dari  segi  membuat  perubahan; ·         (c) semangat  bekerja dalam pasukan  kuat dan kedudukan kewangan dapat dirahsiakan.
Kekurangan perniagaan bersaiz sederhana: ·         sukar untuk melatih pekerja menghadapi cabaran ; ·         tidak dapat menawarkan peluang kerjaya yang menarik untuk pekerja dan wujud jurang hubungan antara majikan dengan pekerja. Cabaran   yang  dihadapi   oleh   perniagaan   bersaiz sederhana: ·         untuk  meningkatkan  hasil  berbanding  perniagaan bersaiz kecil dan besar; ·         persaingan  dengan  perniagaan  besar  untuk mendapatkan pekerja yang pakar dan berpengalaman; ·         menghadapi pelbagai peraturan dan perundangan kerajaan.
Kelebihan perniagaan bersaiz besar: ·         menikmati ekonomi bidangan di mana kos seunit keluaran dapat diminimumkan; ·         dapat menguasai  pasaran; ·         dapat mengamalkan pengkhususan dengan mengupah tenaga pekerja yang pakar dan berpengalaman.
Kekurangan perniagaan bersaiz besar: ·         komunikasi kurang berkesan kerana terdapat pelbagai hierarki dalam pengurusan; ·         birokrasi kerana wujud polisi dan pelbagai peraturan dalam organisasi; ·         risiko kerugian kerana pengaruh ekonomi dan politik.
Cabaran yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz besar: ·         ketidakpastian pasaran  kerana perubahan yang kerap dalam ekonomi global, politik, teknologi, dan perundangan; ·         menghadapi persaingan dalam mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman; ·         menghadapi cabaran dalam meningkatkan keuntungan serta perundangan; ·         peraturan kerajaan untuk melindungi hak pelbagai pihak.

Sektor Perniagaan ·         Sektor perniagaan dapat digolongkan seperti yang berikut: Skala Perniagaan
Skala perniagaan boleh digolongkan kepada : ·         pasaran  domestik  o   melibatkan penjualan  barang dan perkhidmatan  dalam  negara, o   iaitu secara  tempatan  yang melibatkan  penduduk tempatan. o   Ia melibatkan perniagaan  runcit dan borong. ·         pasaran  antarabangsa  o   melibatkan  penjualan  dan  pembelian  barang yang  merentasi  sempadan  negara, o   iaitu antara satu negara dengan negara lain. o   Ia melibatkan kegiatan import, eksport, dan entrepot.
Skala  perniagaan  domestik  dan  antarabangsa  adalah  seperti  yang  berikut:


Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi, dan Skala Perniagaan

·         Sesebuah perniagaan boleh menawarkan barang, perkhidmatan atau kedua-duanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. ·         Saiz serta jenis produk yang ditawarkan boleh mempengaruhi bentuk pemilikan perniagaan yang ditubuhkan oleh peniaga sama ada milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad, atau koperasi. ·         Peniaga  yang  ingin  menjalankan  perniagaan  secara kecil-kecilan biasanya memilih untuk menubuhkan milikan tunggal atau perkongsian. ·         Apabila perniagaan semakin berkembang dengan saiz pasaran yang semakin luas, pemilikan perniagaan tersebut boleh diubah kepada syarikat berhad. ·         Perniagaan boleh dikategorikan mengikut skala, iaitu: o   domestik  dan  antarabangsa.  ·         Dengan perkembangan teknologi o   seperti internet, skala perniagaan tidak lagi dipengaruhi oleh saiz perniagaan. o   Perniagaan yang bersaiz kecil juga boleh menembusi pasaran global dengan menjual produk melalui internet. o   Justeru, meningkatkan hasil dan keuntungan. ·         Terdapat  tiga  sektor  dalam  perniagaan,  iaitu  1.       Sektor utama (primer), 2.       sektor kedua (sekunder), 3.       sektor ketiga (tertier) .
Hasil   sektor   utama: o   seperti   bahan-bahan   mentah o   untuk memenuhi pasaran domestik, o   biasanya dijual kepada para pengilang tempatan o   untuk diproses menjadi barang siap dan separuh siap. Hasil sektor kedua dan ketiga, o   iaitu perkilangan dan perkhidmatan o   dapat memenuhi kedua-dua pasaran tempatan dan antarabangsa .
Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia o   Sektor perniagaan di Malaysia dapat dibahagikan kepada: o    sektor utama, sektor kedua, dan sektor  ketiga.

o   Corak perkembangan sektor perniagaan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang berikut.


info tambahan  SILA KLIK (MODUL MELETOP PDPC 2 PERNIAGAAN : EDISI 2018) UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT
MODUL MELETOP PDPC 2 PERNIAGAAN EDISI 2018  
Hit: 0 Laman Asal