Bahagian A
Contoh Soalan (TP1) Nyatakan  lima  jenis pelepasan cukai yang berikan kepada perniagaan di Malaysia                        [5 markah]
Jawapan Lima jenis pelepasan cukai yang berikan ialah: 1.     Taraf Perintis 2.     Elaun Cukai Pelaburan 3.     Potongan Cukai 4.     Pengecualian Cukai
5.     Elaun pelaburan semula
Contoh Soalan (TP3) Nyatakan tiga jenis pasaran dalam trend persekitaran perniagaan.                                                    [3 markah]
Jawapan: jenis pasaran seperti berikut: 1.     pasaran untuk semua (mass market) 2.     pasaran produk 3.     pasaran kewangan
Contoh Soalan (TP4) Jelaskan kelebihan menggunakan sumber manusia dalaman dalam sesebuah organisasi.               [3 markah]
Jawapan: Kelebihan Sumber Manusia Dalaman ·         Memotivasikan pekerja ·         Pekerja lebih memahami budaya organisasi ·         Maklumat pekerja sedia ada

Bahagian B
Contoh Soalan (TP4) Terangkan tiga gaya pengurusan dalam faktor dalaman yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan.                                                                                                                                                         [9 markah] Jawapan Tiga gaya pengurusan dalam faktor dalaman ialah:
(i) Gaya pengurusan laissez-faire ·         menunjukkan majikan terlalu memberi ruang atau kebebasan kepada pekerja mereka. ·         mewujudkan masalah tingkah laku pekerja yang sukar dikawal. ·         menyebabkan organisasi gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
(ii) Gaya pengurusan autokratik ·         tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan . ·         berpotensi untuk menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan sesetengah pekerja.
 (iii)  Gaya pengurusan demokratik ·         mengamalkan toleransi dan menjalinkan hubungan baik dengan pekerja dalam semua aspek. ·         mempengaruhi pekerja terus berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Contoh Soalan (TP3) Jelaskan empat peranan kerajaan dalam mengatasi  masalah  berkaitan Deflasi.                          [8 markah]
Jawapan Empat peranan kerajaan dalam mengatasi  masalah  berkaitan Deflasi ·         menurunkan kadar cukai ·         mengurangkan kadar cukai -  dapat meningkatkan pendapatan boleh guna penduduk. ·         Kesannya, pengguna boleh berbelanja lebih bagi merangsangkan aktiviti perniagaan. ·         memberi khidmat nasihat dan perundangan §  mendidik para peniaga – menggunakan sumber secara optimum dalam aktiviti perniagaan §  meningkatkan jumlah aktiviti eksport ke negara serantau. ·         dasar kewangan negara ·         menurunkan kadar faedah – pengguna mengurangkan simpanan di bank dan meningkatkan perbelanjaan. ·         menurunkan cukai eksport - untuk menggalakkan aktiviti perniagaan pada peringkat antarabangsa. ·         dasar fiskal ·         menurunkan kadar cukai dan menaikkan perbelanjaan kerajaan ·         akan menggalakan aktiviti perniagaan - hasil pendapatan kerajaan akan meningkat melalui kutipan cukai korporat dan individu. 
Hit: 0 Laman Asal