Bahan
300 gm isi ayam [potong nipis]
1 s/k lada hitam
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang kacang panjang [potong pendek]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

Bahan mayang/hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara

Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, kacau sehingga layu.
Masukkan isi ayam, dan lada hitam kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
Masukkan carrot, kacang panjang dan garam . Kacau rata dan biarkan sehingga lembut. Tambah sedikit air.
Tutup api dan daun ketumbar. Kacau rata.
Hidangkan dengan nasi atau roti.
Hit: 0 Laman Asal