Prasekolah adalah tunjang utama dalam sistem pendidikan kerana memberi persediaan awal kepada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun untuk menghadapi alam persekolahan. Sebagai guru Prasekolah saya berbangga untuk mendidik dan mengasuh anak-anak kecil yang pelbagai ragam dan kerenah. Walaupun demikian, saya menganggap mereka seperti anak saya sendiri yang ingin meneroka persekitaran mereka. Bimbingan dan tunjuk ajar yang saya berikan di peringkat awal adalah sangat penting kerana di sinilah bermulanya perkembangan potensi murid itu sendiri bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
       Prasekolah juga merupakan salah satu daripada komponen utama NKRA. Ini menunjukkan bahawa Prasekolah amatlah penting dalam sistem pendidikan. Tidak dapat dinafikan bahawa, guru memainkan peranan yang penting dalam Prasekolah. Kebijaksanaan guru menguruskan kelas Prasekolah dapat melancarkan perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
     Aspek-aspek yang ditekankan dalam Prasekolah adalah untuk membentuk model insan yang cemerlang. Jadi pelbagai program dijalanakan kepada murid Prasekolah supaya mereka dapat bersedia apabila mereka memasuki alam persekolahan yang sebenar pada tahun 1. Ibu bapa juga penting untuk memainkan pernanan mereka bagi merealisasikan pendidikan Prasekolah. Hubungan yang erat antara pihak Ibu Bapa dengan Sekolah menjadi tunjang kejayaan murid-murid di sekolah.
Sekian, Terima kasih.
Hit: 12 Laman Asal