Nombor Abjab

Surah Kisah-Kisah (القصص)

88 ayat • Makkiyah

وَقَالَتْ لِأُخْتِهِ قُصِّيهِ فَبَصُرَتْ بِهِ عَن جُنُبٍ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
Melayu: Dan berkatalah ia kepada kakak Musa: "Pergilah cari khabar beritanya". (Maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.
English: And she said unto his sister : Trace him . So she observed him from afar , and they perceived not .
中文: 她对他的姐姐说:“你追着他去吧。”她就远远地窥测他,他们毫不知觉。§
وَحَرَّمْنَا عَلَيْهِ الْمَرَاضِعَ مِن قَبْلُ فَقَالَتْ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَهْلِ بَيْتٍ يَكْفُلُونَهُ لَكُمْ وَهُمْ لَهُ نَاصِحُونَ
Melayu: Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: "Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?"
English: And We had before forbidden foster-mothers for him , so she said : Shall I show you a household who will rear him for you and take care of him?
中文: 以前,我禁止他吃任何人的奶,他的姐姐就说:“我介绍你们一家人,替你们养育他,他们是忠于他,好吗?”
فَرَدَدْنَاهُ إِلَى أُمِّهِ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ وَلِتَعْلَمَ أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Melayu: Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu).
English: So We restored him to his mother that she might be comforted and not grieve , and that she might know that the promise of Allah is true . But most of them know not .
中文: 于是,我把他送还他的母亲,以便她获得慰藉,不再忧愁,而且知道真主的应许是真实的,但他们大半不知道。
وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَاسْتَوَى آتَيْنَاهُ حُكْماً وَعِلْماً وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
Melayu: Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
English: And when he reached his full strength and was ripe , We gave him wisdom and knowledge . Thus do We reward the good .
中文: 当他体格强壮,智力健全的时候,我赏赐他智慧和学识。我要这样报酬善人。
وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِّنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَذَا مِن شِيعَتِهِ وَهَذَا مِنْ عَدُوِّهِ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِن شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ قَالَ هَذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ عَدُوٌّ مُّضِلٌّ مُّبِينٌ
Melayu: Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: "Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya) ".
English: And he entered the city at a time of carelessness of its folk , and he found therein two men fighting , one of his own caste , and the other of his enemies ; and he who was of his caste asked him for help against him who was of his enemies . So Moses struck him with his fist and killed him . He said : This is of the devil ' s doing . Lo! he is an enemy , a mere misleader .
中文: 乘城里的人疏忽的时候,他走进城来,并在城里发现了两个人正在争斗,这个是属于他的宗族,那个是属于他的敌人,属于同族的人要求他帮着对付他的敌人,穆萨就把那敌人一拳打死。他说:“这是由于恶魔的诱惑,恶魔确是迷人的明敌。”
قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Melayu: Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
English: He said : My Lord! Lo! I have wronged my soul , so forgive me . Then He forgave him . Lo! He is the Forgiving , the Merciful .
中文: 他说:“我的主啊!我确已自欺了,求你饶恕我吧。”真主就饶恕了他,他确是至赦的,确是至慈的。
قَالَ رَبِّ بِمَا أَنْعَمْتَ عَلَيَّ فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيراً لِّلْمُجْرِمِينَ
Melayu: Ia merayu lagi: "Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah".
English: He said : My Lord! Forasmuch as Thou hast favored me , I will nevermore be a supporter of the guilty .
中文: 他说:“我的主啊!我借你所赐我的恩典而求你保佑我,我绝不做犯罪者的助手。”
فَأَصْبَحَ فِي الْمَدِينَةِ خَائِفاً يَتَرَقَّبُ فَإِذَا الَّذِي اسْتَنصَرَهُ بِالْأَمْسِ يَسْتَصْرِخُهُ قَالَ لَهُ مُوسَى إِنَّكَ لَغَوِيٌّ مُّبِينٌ
Melayu: Semenjak itu, tinggalah ia di bandar (Mesir) dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya), maka tiba-tiba orang yang meminta pertolongan kepadanya semalam, memanggil meminta pertolongannya lagi. Musa berkata kepadanya: "Sesungguhnya engkau ini orang yang nyata sesatnya!"
English: And morning found him in the city , fearing , vigilant , when behold! he who had appealed to him the day before cried out to him for help . Moses said unto him : Lo! thou art indeed a mere hothead .
中文: 次日早晨,他在城里战战兢兢的。昨日向他求救的那个人忽然又向他高声求救。穆萨对他说:“你确是明显的迷误者。”
فَلَمَّا أَنْ أَرَادَ أَن يَبْطِشَ بِالَّذِي هُوَ عَدُوٌّ لَّهُمَا قَالَ يَا مُوسَى أَتُرِيدُ أَن تَقْتُلَنِي كَمَا قَتَلْتَ نَفْساً بِالْأَمْسِ إِن تُرِيدُ إِلَّا أَن تَكُونَ جَبَّاراً فِي الْأَرْضِ وَمَا تُرِيدُ أَن تَكُونَ مِنَ الْمُصْلِحِينَ
Melayu: Maka ketika ia bersedia hendak menumbuk orang yang menjadi musuh bagi mereka berdua berkatalah orang itu: "Wahai Musa, adakah engkau hendak membunuhku sebagaimana engkau membunuh satu jiwa semalam? Sebenarnya engkau hanyalah hendak menjadi seorang yang kejam di bumi, dan tidaklah engkau hendak menjadi seorang pendamai".
English: And when he would have fallen upon the man who was an enemy unto them both , he said : O Moses! Wouldst thou kill me as thou didst kill a person yesterday . Thou wouldst be nothing but a tyrant in the land , thou wouldst not be of the reformers .
中文: 当他欲扑击他俩的敌人的时候,求救的那个人说:“穆萨啊!你要象昨日杀人样杀我吗?你只想做这地方的暴虐者,却不想做调解者。”
وَجَاء رَجُلٌ مِّنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ يَسْعَى قَالَ يَا مُوسَى إِنَّ الْمَلَأَ يَأْتَمِرُونَ بِكَ لِيَقْتُلُوكَ فَاخْرُجْ إِنِّي لَكَ مِنَ النَّاصِحِينَ
Melayu: Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu".
English: And a man came from the uttermost part of the city , running . He said : O Moses! Lo! the chiefs take counsel against thee to slay thee ; therefor escape . Lo! I am of those who give thee good advice .
中文: .有一个人,从城的极远处忙来说:“穆萨啊!臣仆们的确正在商议要杀你,你快出走吧。我确是忠于你的。”