pembangunan modal insan


media media elektronik dan media cetak sibuk memperkatakan tentang pembangunan modal insan ....baik dari jabatan kerja raya ...Angkatan tentera Malaysia dan lain lain ...... tetapi lain hal pula di tempat aku iaitu pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) apabila rakan sekerja mengeluh mengeluh dan terus mengeluh ..... tindakan demi tindakan yang dibuat daripada pihak atasan ........???  antaranya memotong dana .... wang aktiviti tah le ..... mengubah status pekerja pdk daripada pekerja kepada pekerja kontrak untuk perkhidmatan yang tarafnya lebih rendah daripada pekerja mengikut buku garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat hinggakan pihak pengurusan sumber manusia di JTK meminta menyampaikan pesan kepada JKM supaya mengkaji semula taraf yang tidak sesuai bagi pekerja (petugas ) pdk mengikut klausa yang sesuai sebagai pekerja bukan sebagai pengusaha atau kontraktor........Tolonglah jangan anggap kami petugas di pdk sebagai gambar di bawah ini :

  Jika pihak pekerja asing seperti Nepal, Bangla dan Indo boleh mendapat hak yang sama seperti pekerja Malaysia yang lain misalnya gaji minimum Mengapakah kami yang berwarganegara Malaysia mengundi BN diberikan taraf seperti pekerja bukan berwarganegara Malaysia...daripada pekerja menjadi pekerja kontrak untuk perkhidmatan yang tarafnya lebih rendah daripada pekerja.... hah bagi bahagian ini fikir fikirkanlah sebab semua keistimewaan yang didapati oleh pekerja kami petugas di pdk dianaktirikan dan dilupuskan hak tersebut...... Mengapa ? Mengapa?     Di samping itu dah bertahun tahun lamanya petugas di PDK tidak mendapat latihan bagi membimbing kanak kanak / orang dewasa OKU yang berada di pdk ini .... keistimewaan itu diberikan 100 peratus kepada penyelia dan orang orang tertentu yang disayangi  sahaja.... petugas petugas yang lain seolah olah tidak diketahui kewujudan mereka........tetapi kewujudan mereka dirasai apabila memerlukan perkhidmatan mereka untuk melaksanakan tugasan pegawai....????     Pengerusi ada menyatakan ingin menyuarakan agar petugas petugas pdk diberikan perjawatan tetap dan mendapat kursus sama seperti di KEMAS namun segala butir yang ingin disampaikan seolah olah tidak diambil peduli oleh pegawai ..... malahan isu itu didiamkan sahaja tahun demi tahun dan diharapkan akan lenyap dimakan hari , bulan dan tahun......    Malang sungguh apabila kredibiliti pdk untuk memulihkan OKU tidak kesampaian hanya kerana kekurangan peralatan pemulihan, ilmu terapi, dan aktiviti yang merangsang minda OKU .   Hah fikir fikirkanlah betul atau tidak apa yang saya utarakan di sini ...gunakanlah otak sekilo anda untuk mempertimbangkannya...........     ....maaf jika terkasar bahasa ..............wassalam    




Hit: 10 Laman Asal