Assalammualaikum..tipula kalau ada org tu cakap tak pernah naik kenderaan. Even naik roller blade pun dikatakan sebuah mesin kenderaan jugak, Definisi Kenderaan ni korang bleh cek sendiri kamus dewa bahasa dan pustaka..hehe...kegunaan kenderaan ni selalunya selaras dengan peredaran masa..ada macam2 kenderaan yang telah kita naik, dari basikal, skuter, roller blade, sampaila kereta, bas, komuter, dan kapal terbang...memang banyak...alhamdulillah kita semua telah diberikan peluang untuk menaiki semua jenis kenderaan tersebut....


Alhamdulillah, kita tak begitu mempunyai masalah kenderaan seperti orang lain...waktu sekolah rendah lagi, kita dah ajar diri kita naik basikal lebih kurang 8 kilometer  dari kawasan perumahan kita...merentasi jalan2 besar, yang banyak kereta, syukurla kita masih selamat lagi...bayangkan budak darjah 3 yg kecik molek (waktu muda2) dah mula naik basikal merentas jalan besar, kalau anak sedara kita sekarang nak buat macam tu, mesti kita tak bagi sebab sangat merbahaya, tapi kita heran, macam mana la kita boleh harungi semua tu yer..? kita yang paksa mak abah bagi kita naik basikal pergi sekolah dengan kawan2. Mak abah tak bagi, tapi kita buat jugak sebab nak pergi sekolah dengan kawan..degil betul kita ni...(-..-)


Kenderaan Ketika Belajar:Darjah 1-3 = abah kita dah bayar yuran Van sekolah untuk hantar ambik kita pergi                  sekolahDarjah 3-6 = Naik basikal (kadang2 jer abah hantar dengan kereta)Form 1 – 6 = Naik Basikal (kawan2 lain da nek moto dan kereta tapi kita maintain                  basikal)Tahun 1     = Jalan kaki dan naik kenderaan awam (van kuning UMT kat universiti)Tahun 2-3  = Bawak kereta (mak abah bagi, Alhamdulillah)Sem akhir  =  naik kenderaan awam sepenuhnya (time praktikal kat UMT, Skudai)
Sejak akhir2 ni bila naik kenderaan awam macam bas dan teksi, kita rasa macam da lama giler tak naik..macam la kita ni kaya sangat sampai tak naik semua tu, tapi bukan macam tu, sebenarnya kita tak berpeluang sebab dah ada kereta, tapi kita rasa seronok bila naik kenderaan awam sekarang  ni sebab kita rasa macam kita seorang yang sangat normal yang pergi kemana2 pun naik kenderaan awam, macam dalam filem Korea jerr!  Yerla, macam gadis cantik yang selalu naik kenderaan awam ke mana2 pun, hahahaha (^^) (Perasan!)


Tapi serius, kenderaan awam lebih murah sebenarnya, ok, contohnya kalau memandu dari Ipoh ke Johor, Duit minyak dan tol dah mencecah seratus lebih sedangkan kalau naik kenderaan awam (bas) baru jer 50 ringgit...
Tapi yang menakutkan sebenarnya tentang etika pemanduan pemandu kenderaan awam tu diragui...sekarang banyak kemalangan yang melibatkan kenderaan awam, tapi bila dipikirkan , yg bawak kereta sendiri pun ada yg eksiden, dah benda nak jadi, memang akan jadi...bukan sebab salah kenderaan awam jer...

Kebaikan kenderaan awam ni bukan sahaja murah tapi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas..jadi, rasanya, tak ada masalah mahupun bawak kenderaan sendiri atau kenderaan awam, ikut keperluan masing2... pikirkan yang terbaik, keputusan tetap ditangan anda....
Walau apa pun, sama2 kita doakan agar semua pengguna jalan raya tak kira walau dimana mereka berada di seluruh dunia agar sentiasa berhemah dalam pemanduan dan terperlihara dari kemalangan....AMIN...
Cat Pictures Sources: Credit to Google
Hit: 0 Laman Asal