Tutorial kali ini ustaz akan menerangkan tips untuk menjawab soalan susun perkataan agar menjadi ayat lengkap.

Salah satu bentuk soalan yang terdapat dalam buku teks ialah menyusun kalimah. Untuk menguasai soalan ini pelajar mestilah :


1. Mengetahui banyak makna perkataan ( tharwah ) sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini. Pelajar yang ingin cemerlang Bahasa Arab tidak dapat tidak mesti menghafal makna perkataan seberapa banyak yang mungkin. Inilah kunci untuk menjawab soalan susun perkataan. Macamana dapat disusun perkataan dengan tepat sekiranya makna perkataan tersebut tidak diketahui.

2. Tuliskan makna yang diketahui pada semua perkataan.

3. Sekiranya terdapat kata kerja ( الفِعْل ), letakkan kata kerja tersebut di awal ayat. Kemudian cari pelaku/ orang yang melakukan kata kerja tersebut ( الفَاعِل  ). Ia dapat dikenali dengan berbaris di depan (ُ  ) pada akhir kalimah tersebut. Contoh :

الطَالِبُ       رَاجَعَ pelajar itu( Pelaku )       mengulang kaji ( kata kerja )  
4. Sekiranya terdapat objek / benda yang kena buat ( المَفْعُولُ بِه ) yang berbaris di atas ( َ )pada akhir kalimah maka letakkan pada susunan yang ketiga iaitu selepas kata kerja dan pelaku.

الدَرْسَ  الطَالِبُ      رَاجَعَ pelajaran( objek )   pelajar itu( Pelaku )       mengulang kaji ( kata kerja )  
 5. Sekiranya terdapat masa/ waktu   maka letakkannya di akhir ayat.

مَسَاءً/ فِى المَسَاءِ الدَرْسَ  الطَالِبُ      رَاجَعَ pada waktu petangpelajaran( objek )   pelajar itu( Pelaku )       mengulang kaji ( kata kerja )  
6. Sekiranya terdapat harf/ partikel ( seperti   في  على  من  ), letakkan sebelum kata nama yang mempunyai alif lam.

الكِتَابُ عَلَى الرَّفِّ

Buku itu di atas rak

7.Sekiranya disandarkan dua kata nama,  kata nama yang pertama tanpa alif lam dan kata nama yang kedua terdapat alif lam. Contoh :

سَاحَةُ  المَدْرَسَةِ      جِهَازُ الكُمْبِيُوتَرِ halaman sekolah   peralatan komputer   

8. Sekiranya dalam ayat itu tiada kata kerja iaitu jumlah ismiyyah maka perkataan di awal ayat hendaklah terdapat alif lam. Contoh :

البِنْت  بَاكِيَةٌ   الحَدِيقَةُ جَمِيلَةٌ Budak perempuan itu menangis  taman itu cantik  

Itulah serba sedikit tips-tips untuk menyusun ayat. Diulangi sekali lagi bahawa untuk menguasai soalan ini anda mesti tahu makna-makna perkataan dalam soalan tersebut. Oleh itu, hafal dan ingat perkataan  sebanyak mungkin. Semoga tutorial ini dapat membantu anda semua.

 WALLAHU TA'ALA A'LAM
 

Hit: 0 Laman Asal