Tarikh  : 14 Jun 2011Masa    : 8. 00 - 4. 30 petangGuru Pengiring : Pn. Rohayu Bt Mustafa, En. Alias bin Abdullah dan En. Mohd Nizam bin Maarum
           Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua, sekali lagi Panitia Tasawwur Islam dapat melaksanakan Program Lawatan Sambil belajar ke Mahkamah Syariah , N. Sembilan. Peserta lawatan terdiri daripada pelajar Tasawwur Islam T5 termasuk pelajar luar pakej. Peserta lawatan diberi taklimat tentang Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Negeri Sembilan serta dapat melihat sendiri proses perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi.
        Taklimat ringkas yang disampaikan oleh KB Kemanusiaan En. Alias Bin Abdullah sebelum bertolak ke Mahkamah Syariah, Negeri Sembilan.


 Taklimat tentang Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dan Prosedur Perbicaraan yang disampaikan oleh Pegawai mahkamah E. Suhaizad.



 Ucapan Penutup oleh En. Alias dan penyampaian cenderamata daripada pihak mahkamah kepada guru-guru pengiring dan peserta lawatan.**************************************************************
             Selain daripada itu, peserta lawatan juga dibawa pula ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC ), Melaka atas jemputan YDP PIBG En. Hamid Bin Yaacob yang merupakan salah seorang Pegawai di sana.
Pelajar T5 yang mengikuti lawatan ini amat bertuah kerana dapat mengetahui dengan jelas tentang Kursus-kursus yang ditawarkan di ADTEC Melaka serta di bawa melawat ke Bengkel-bengkel setiap kursus yang ada di ADTEC. Disambut oleh YDP PIBG. Peserta Lawatan diberi makan tengahari sebelum sesi Taklimat.


 Pemandangan ADTEC dari atas bukit ketika menuju ke Surau.

 Peserta Lawatan bergambar kenangan bersama guru-guru pengiring.



 Suasana di dalam Dewan Kuliah Utama.
 Taklimar ringkas yang disampaikan oleh En. Azmi ( Pegawai Bahagian Promosi, ADTEC )




      Lawatan ke beberapa bengkel yang ada di ADTEC.               Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar T5 yang bakal menghadapi Peperiksaan SPM untuk lebih bermotivasi dalam pembelajaran mereka agar dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Hit: 0 Laman Asal

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/waktusolat/public_html/modules/mod_out/extract_main.php on line 66