Perkara sunat dalam solat terbahagi kepada dua iaitu sunah haiah sunat ab'adh.

SUNAT HAIAH
Iaitu jika ditinggalkan ketika solat maka tidak menjadi apa-apa. Perkara-perkara sunat haiah adalah seperti berikut:

1. Mengangkat Tangan 
Ketika takbiratul ihram. Mengangkat tangan ini hendaklah kedua-dua tapak tangan menghadap kiblat dan kedua-dua ibu jarinya sampai dekat bawah cuping telinga dan bersempadan dengan bahu. mengangkat tangan ketika rukuk sebagaimana takbiratul ihram. mengangkat tangan ketika iktidal sebagaimana takbiratul ihram mengangkat tangan ketika bangun pada rakaat ketika selepas tahiyat awal sebagaimana takbiratul ihram. 2. Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkan di bawah dada atau di atas pusat.
Hikmah memegang tangan itu ialah menetapkan kedua-dua tangan itu supaya ia tidak akan bergerak ke sana sini. 3. Membaca Doa Tawajuh / Iftitah


اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن. “AllAllah maha besar lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

4. Membaca A'udzubillah : (Ta'awuz)
Lafaznya:
 أعوذ باللَّه من الشيطان الرجيم
 Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam

5. Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-Fatihah
Sunat membaca surah al-Fatihah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat yang ditentukan iaitu pada dua rakaat yang pertama solat maghrib, isyak dan subuh, solat jumaat, dua hari raya, gerhana bulan, minta hujan, Tarawih, witir dan solat untuk mengerjakan tawaf (jika dikerjakan pada waktu malam dan subuh) Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah dengan perlahan pada tempat selain daripada yang dinyatakan. 6. Membaca 'Amin' selepas bacaan Al-Fatihah
Sunat berhenti sebentar sebelum membaca 'Amin' yang bermaksud 'perkenankanlah'. Amin itu mempunyai empat huruf yang mana Allah menjadikan tiap-tiap satu malaikat yang akan berkata, "Ya Allah, ampunkanlah bagi orang yang berkata 'Amin'. 7. Membaca surah al-Quran
disunatkan membaca surah Al-Quran walaupun pendek, selepas Al-Fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang solat berseorangan. 8. Membaca takbir ketika rukuk

Bacaan ketika bangun dari rukuk
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.       
9. Membaca tasbih ketika rukuk

Bacaan Ketika Rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

10. Membaca tasbih ketika sujud

Bacaan ketika sujud
سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


11. Meletakkan kedua-dua tangan di atas paha dengan melepaskan kesemua jari-jari


Digenggam semasa duduk antara dua sujud tetapi semasa duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir disunatkan supaya tangan kanan digenggamkan dan melepaskan telunjuk dan mengangkat jari telunjuk sema mengucapkan perkataan ' illallah'  12. Duduk Iftirasy


iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dan kanan supaya ia dapat dihadapkan ke kiblat iaitu semasa tahiyat awal, duduk antara dua sujud dan juga duduk istirahat (semasa hendak terus bangun daripada sujud pada rakaat pertama atau ketiga). 13. Duduk tawaruk
iaitu duduk tahiyat akhir (duduk tawaruk ini ialah seperti duduk iftirasy juga tetapi perbezaannya adalah dengan mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dengan menyentuhkan punggungnya ke lantai serta menegakkan  tapak kaki kanan dengan jadi dihadapkan ke kiblat). 14. Salam kedua
salam kedua dengan berpaling ke kiri sehingga sekurang-kurangnya nampak pipi kiri dipandang dari arah belakang.


SUNAT AB'ADH

     Sunat ab'adh adalh sunat yang dikuatkan yang andainya terlupa mengerjakannya maka disunatkan sujud sahwi. Ia mengandungi tujuh perkara iaitu:


Tahiyat awal Selawat dalam tahiyat awal Duduk tahiyat atau tasyahud Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan. Selawat dalam doa qunut. Berdiri semasa berqunut. Selawat ke atas keluarga nabi pada masa tahiyat akhir.

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan 



Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.
Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:
[سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ] Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.
Sujud Sahwi Kerana Kelebihan Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis: Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.
Hit: 0 Laman Asal