1.      Gaya hidup yang sihat memberi peluang untuk memperbaiki keadaan kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit. Terangkan ciri-ciri gaya hidup yang sihat.
Apa ertinya gaya hidup yang sihat? Ia adalah satu cara hidup yang membolehkan kita untuk menikmati lebih banyak aspek kehidupan dengan cara yang lebih bermakna. Ia tidak hanya percubaan untuk mengelak dari sesuatu penyakit,. Ia adalah mengenai perasaan dan menikmati kehidupan yang bagus dari segi fizikal, mental dan sosial. Ia adalah tentang membuat pilihan tertentu yang memberi kita peluang untuk merasa yang terbaik untuk seberapa lama yang boleh. Kehidupan yang sihat ialah apabila kita mengatakan boleh’ kepada kehidupan. Menurut kajian, orang dewasa yang benar-benar memenuhi kriteria gaya hidup sihat adalah sangat sedikit bilangannya.
Tiga kaedah penting untuk hidup yang lebih sihat
1.Bersenam
            Bersenam merupakan perkara utama yang perlu diutamakan. Ia tidak dapat dielakkan dalam menjalani gaya hidup ini. Aktiviti fizikal merupakan kemestian dan wajib dilaksanakan. Tubuh badan kita dicipta untuk bergerak dan apabila tidak, membuatkan ia menjadi lemah dan semakin turun kualitinya. Aktiviti fizikal meransang antibody dan sistem pertahanan tubuh agar bekerja. Ia juga meningkatkan aktiviti jantung serta paru-paru kita.Selain itu, segala otot dan ‘joints’ yang berada di tubuh kita akan sentiasa bersedia untuk kegunaan kita kerana ia telah dilatih atau diransang dengan baik. Pelepasan hormone ‘endorphines’ semasa melakukan aktiviti fizikal juga amat baik kepada badan dan juga minda kita.
            Berjalan laju,berbasikal,menari, berenang dan sebagainya merupakan contoh aktiviti yang boleh kita lakukan. Selain bersenam, aktiviti ini juga membolehkan kita menghayati alam persekitaran dan bergaul bersama orang lain dan seterusnya membantu kita menjalani kehidupan ini dengan lebih baik. Senaman setempat seperti yoga atau aerobik juga bagus untuk regangan otot dan ada kajian yang mengatakan senaman yoga dapat membantu menenangkan fikiran.
2. Makan Secara Sihat
            Terdapat satu pepatah Inggeris yang mengatakan kita adalah apa yang kita makan. Sedikit sebanyak, pepatah ini betul kerana apa sahaja yang kita masukan kedalam badan kita akan memberi kesan kepada fizikal, perasaan, pemikiran malahan seluruh tubuh kita akan memberi reaksi kepada makanan tersebut. Pemakanan yang sihat bukanlah bermakna makanan tersebut adalah makanan yang mahal dan sukar didapati. Sebagai fakta, terdapat pelbagai resipi di internet atau majalah tentang penyediaan makan yang sihat menggunakan pelbagai bahan yang murah dan amat senang dijumpai. Secara asasnya, kita perlu mencari diet yang kurang garam,lemak juga makanan diproses dan perlulah mencari diet yang berasas buah, sayuran,bijirin dan kaya dengan asid lemak Omega 3. Pengambilan multivitamin pula bagi memastikan kita menepati keperluan nutrient yang diperlukan oleh tubuh kita seharian.
3.Kurangkan Tekanan
            Kita perlulah membuang tekanan yang dihadapi. Tekanan berlaku apabila kehidupan kita menjadi tidak seimbang diantara fizikal, mental atau emosi. Ketidakseimbangan ini boleh berlaku melalui dua  kaedah iaitu dalaman dan juga luaran. Kebimbangan yang terlampau tentang sesuatu perkara merupakan tekanan dalaman yang perlu dihadapi. Boleh juga berlaku akibat kerja yang berlebihan, masalah keluarga dan pelbagai sebab luaran lain.             Tubuh kita memberi reaksi dengan menunjukkan keletihan, sakit dan membuatkan kita tidak dapat berfikir dengan sebaiknya. Jika kita mahukan kehidupan yang lebih bai, kita perlu menguruskan tekanan ini dengan sebaiknya dan jangan membiarkan diri kita tenggelam dalam tekanan tersebut.





2.Keadaan tahap kesihatan yang lengkap bergantung kepada kesempurnaan dalam lapan dimensi seseorang. Bincangkan bagaimana setiap dimensi menyumbang kepada peningkatan kualiti kesejahteraan seseorang.
            Kesejahteraan merupakan anugerah apabila mempunyai keadaan fizikal yang sihat serta keadaan minda yang stabil. Kesihatan minda serta fizikal amat berkait rapat dan sesuatu masalah yang terjadi kepada salah satu samada minda atau fizikal akan mengganggu fungsi masing-masing. Menjaga kesihatan fizikal akan memberikan faedah yang baik kepada minda dan begitulah sebaliknya. Perlu diingat juga bahawa, kesejahteraan bukan bermaksud ketiadaan tekanan atau kesakitan, tetapi cara kita untuk menghadapainya dan bagaimana kita bertindak untuk mengatasinya.             Terdapat 8 dimensi yang merangkumi keseluruhan kehidupan kita yang perlu dijaga untuk mendapat kehidupan yang sihat dan sejahtera. Setiap dimensi ini berkait rapat antara satu sama lain dan seringkali apabila terjadinya musibah atau ujian terhadap salah satu dimensi memberi kesan terhadap dimensi yang lain.             Kesemua dimensi mempunyai peranan yang tersendiri dan setiap satu perlu dijaga agar ia dapat menyumbang ke arah kehidupan yang sihat dan sejahtera. Dimensi tersebut ialah : Dimensi fizikal             Kita perlu berdisiplin dalam melakukan aktiviti fizikal dan menjaga diet seharian. Diet yang seimbang akan membantu kita melakukan aktiviti fizikal dengan baik dan seterusnya memudahkan kita untuk mendapat tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 6 jam di waktu malam. Selain itu, hubungan seksual yang sihat juga perlu diamalkan, seperti tidak melanggan pelacur,hubungan songsang dan berwaspada semasa melakukan aktiviti seksual. Dimensi kecerdasan (intelektual)             Kesejahteraan dalam kecerdasan adalah  apabila kita berkebolehan dalam menyumbang idea, berfikir dengan baik dan kritis dan bersedia untuk menyahut cabaran yang mendatang. Selain itu kebolehan untuk menyerap informasi serta memprosesnya dan seterusnya membuat keputusan juga tertakhluk dibawah dimensi ini. Seseorang yang mahukan kesejahteraan dalam dimensi ini, perlu sentiasa berfikiran positif dan dapat menilai sebarang informasi yang diterima. Dalam menilai sesuatu maklumat memerlukan tahap kecerdasan yang baik sebelum kita membuat sebarang keputusan mengenainya. Seperti contoh apabila terdapat satu berita yang kurang enak tentang seseorang, kita perlulah menilai dahulu dan mencari sumber yang sahih sebelum kita mempercayainya ataupun menyebarkannya kepada orang yang lain. Dimensi kepercayaan (spiritual)             Dimensi spiritual tidak terbatas hanya pada keagamaan. Kalau kita lihat dari perkataan asal, spiritual berasal dari bahasa Latin Spiritus, yang bererti nafas atau roh. Jadi spiritual bererti kerohanian atau kejiwaan. Sebagai manusia, kita tidak dapat melihat ataupun menyentuh roh atau jiwa kita kerana ia bukan dalam dimensi fizikal, akan tetapi kita tahu dan dapat merasakan keberadaannya. Aktiviti keagamaan boleh memberi kesan positif terhadap cara hidup kita. Seperti contoh umat Islam digalakkan untuk bersembahyang secara berjamaah di masjid, disamping mengabdikan diri kepada tuhan, ia juga membolehkan kita bergaul mesra dengan tetamu yang lain dan seterusnya mencipta hubungan yang erat sesama manusia. Dimensi pekerjaan             Dalam dimensi ini, kestabilan dan kesejahteraan dapat dicapai apabila kita dapat mempersembahkan nilai dalam diri dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi aktiviti yag diceburi. Ianya merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai peranan dalam pekerjaan/ aktiviti yang diceburi  serta bagaimana kita menggunakan kemahiran dan keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat. Kejayaan merancang tentang masa hadapan juga perlu dibuat bagi mencapai titik tertinggi di dalam dimensi ini. Apakah yang akan kita lakukan setahun dari sekarang atau 10 tahun ataupun sehingga bersara? Merancang perlu dibuat bagi membantu kita bersedia sekiranya ada kecelakan yang bakal berlaku dan apakah persediaan kita mencukupi.
Dimensi persekitaran             Ia merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan  dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti. Menghargai persekitaran kita dan juga menjaganya akan membuatkan kita lebih bersifat empati terhadap alam ini. Mengapa kita tidak mahu menjaganya, sedangkan kita duduk dan hidup didalamnya. Mengamalkan kaedah kitar semula merupakan salah satu kaedah terbaik dalam membantu menjaga alam persekitaran kita. Kita juga perlu berusaha untuk memastikan kestabilan ekosistem dan memastikan ia kekal hingga ke anak cucu kita. Dimensi kewangan             Untuk mencapai kejayaan di dimensi ini, kita harus berupaya untuk mengelak atau sekurang-kurangnya sudah bersedia apabila krisis kewangan terhadap kita atau keluarga kita berlaku. Kita harus belajar menyimpan dan membuat bajet bagi kegunaan kita.Perbelanjaan melebihi pendapatan bukanlah satu pilihan bagi kita. Persediaan ini bagi menjamin kedudukan kita selepas bersara atau ketika kita ditimpa bencana yang membuatkan kita tidak lagi mampu untuk bekerja. Dimensi emosi                         Di dimensi ini, kesejahteraan dapat dicapai apabila kita mampu untuk                     menguruskan emosi sendiri dan prihatin terhadap emosi dan perasaan orang lain yang      berhubung dengan kita. Sentiasa bersosial dan juga belajar kaedah yang betul dapat       membantu kita mencapai kesejahteraan emosi ini. Kita juga perlu belajar untuk   berdikari tanpa mengharapkan orang lain bagi mengukuhkan jatidiri tetapi tahu bila            masa yang sesuai untuk meminta pertolongan.Sentiasa bersedia untuk membantu        rakan atau keluarga yang dilanda masalah. Dimensi sosial             Bagi mencapai dimensi ini, kita harulah berani untuk mencuba berinteraksi dengan individu lain yan berbeza dari kita seperti umur yang berbeza, status yang berbeza atau bangsa yang berbeza. Manusia merupakan makhluk yang bersikap sosial dan berinteraksi dengan manusia yang lain dapat membantu mewujudkan suasana positif dan menyumbang kepada kesejatahreaan sosial. Pertukaran pendapat akan menjadikan perhubungan itu lebih terbuka dan ia juga menjadikan kita lebih berpengetahuan. 3. Makanan yang seimbang adalah penting bagi mengekalkan badan yang sihat. Terangkan nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang. Pengambilan pola makanan seimbang merupakan suatu saranan yang baik bagi kesejahteraan manusia. Pengambilan gizi yang tertentu dalam jumlah yang sepatutnya menentukan kesihatan pengambilnya terpelihara seperti syor piramid makanan oleh WHO. Terdapat beberapa nutrien penting yang membentuk makanan seimbang dan pengambilannya dalam kuantiti yang sesuai dengan individu bersesuaian dengan jantina, usia, jadual aktiviti fizikal seharian dan sebagainya. Makanan seimbang haruslah memiliki kandungan zat yang meliputi: 1.  Karbohidrat 2.  Protein 3.  Vitamin 4.   Mineral 5.  Lemak 6.  Serat 7.  Air
Karbohidrat
Karbohidrat sangat diperlukan oleh tubuh, karena zat inilah yang memiliki peranan penting sebagai pemberi sumber tenaga utama untuk kegiatan seharian tubuh manusia. Zat karbohidrat terdapat pada banyak makanan dan penting untuk senantiasa mengambili salah satu makanan sumber karbohidrat setiap kali kita makan. Contohnya: nasi, ubi kentang, mie, ubi, dan lainnya. Bila tubuh mengalami ketidakcukupan zat karbohidrat, maka gejala paling awal yang paling mudah didapati adalah tubuh terasa lebih cepat letih kerana kekurangan tenaga dari biasanya.
Lemak
Ramai yang tidak mengetahui, bahawasanya lemak juga merupakan salah satu sumber tenaga. Lemak merupakan zat yang bersifat sebagai sekunder bagi keperluan tenaga tubuh. Terdapat dua jenis lemak iaitu asid linoleic dan juga asid alpha linoleic.Secara keseluruhannya pengambilan lemak dalam kuantiti yang kecil baik untuk proses tubuh, tetapi apabila pengambilan dalam kuantiti yang banyak terutama lemak yang tidak baik seperti makanan terproses dan sebagainya akan membuatkan tubuh menyimpannya dan menjadikan kita gemuk dan menggeleber. Lemak banyak terdapat pada minyak, margarine, santan, kulit ayam, dan lemak haiwan lainnya.
Protein
Protein berfungsi untuk pertumbuhan tubuh dan mengganti tisu yang rosak pada tubuh kita.. Protein juga berfungsi sebagai zat pengatur hormon-hormon yang ada di dalam organ pencernaan manusia. Tidak hanya itu protein juga berfungsi sebagai pengatur kadar Ph dalam tubuh. Contoh makanan yang mempunyai protein tinggi adalah seperti ayam, ikan, telur dan pelbagai makanan asal bijirin seperti tempe.
Vitamin
Vitamin amat diperlukan oleh tubuh kita untuk mengatur metabolime tubuh agar tetap sihat dan membantu dalam proses pertumbuhan. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin sendiri, oleh karena itu kita perlu mendapatkan vitamin dari berbagai makanan dan Supplemen agar kesehatan tubuh kita tetap terjaga. Pada dasarnya tubuh kita hanya memerlukan vitamin dalam jumlah atau kadar yang sedikit, tetapi jika jumlah atau kadar yang diperlukan tersebut tidak mencukupi, maka metabolisme tubuh akan terganggu sehingga menimbulkan penyakit. Gangguan kesihatan atau penyakit yang timbul akibat kekurangan vitamin disebut dengan istilah Avitaminosis. Terdapat pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita dan antaranya ialah vitamin A, vitamin B2,B3,B5, vitamin D dan sebagainya. Setiap satu jenis ini, mempunyai peranan tersendiri dalam membantu kita menjaga tubuh badan. Serat
Serat memiliki banyak fungsi bagi tubuh, diantara lain : 1.   Membantu menurunkan glukosa darah 2.   Membantu menurunkan lemak darah 3.   Melancarkan buang air besar 4.   Membuat perut terasa lebih kenyang Serat terdapat pada makanan jenis: 1.   Roti gandum, buah, dan sayuran segar 2.   Kekacang, tahu, tempe.


Mineral
Mineral diperlukan oleh tubuh untuk mengaktifkan reaksi ratusan  enzim dalam tubuh. Terdapat sebanyak 17 mineral penting yang perlu diambil dan diperlukan oleh tubuh. Disebabkan itu, kepentingan mineral adalah sama seperti pentingnya vitamin. Antara mineral yang penting kepada tubuh adalah seperti :
1. Kalsium Bermanfaat untuk membina tulang dan gigi, kontraksi otot, saraf, jantung, dan pembekuan darah.
2. Magnesium Menjaga struktur tulang, hati, menjaga keseimbangan alkaline tubuh.
3. Sodium Menjaga keseimbangan elektrolit, jumlah cairan tubuh, dan saraf.
4. Potasium Memaksimakan membran sel, penting untuk rentak jantung.
5. Zinc Sintesis protein, pengangkutan karbon dioksida, mempengaruhi fungsi seksual, metabolisme karbohidrat, menyembuhkan luka.
6. Besi Penting untuk pembentukan hemoglobin, pengangkuatan oksigen
4.         Pengubahsuaian kandungan pemakanan daripada pemakanan yang biasa adalah penting bagi menampung keperluan terapeutik kumpulan tertentu. Bincangkan pemakanan terapeutik bagi seseorang yang menghidapi diabetis. Diet teraputik merupakan diet yang diberikan kepada pesakit atas arahan doktor ataupun dietitian seperti penyakit Diabetes. Ia bertujuan untuk mengawal pengambilan sesetengah makanan atau nutrient tertentu supaya penyakit tersebut berada di bawah kawalan. Pemakanan terapeutik adalah tentang pemakanan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrient tetapi rendah kandungan lemak dan gula. Waktu pemakanannya yang dijaga agar menepati keperluan yang sepatutnya untuk tubuh. Disiplin amatlah dikehendaki bagi pesakit yang mengalami penyakit ini. Ramai pesakit menjadi bertambah teruk kerana tidak menjaga makanan atau istilahnya berpantang dan akhirnya berada dalam situasi yang amat sukar untuk diubati lagi. Dengan mengamalkan diet ini, paras gula didalam darah dalam keadaan terkawal dan seterusnya insulin dapat bertindak dengan lebih baik. Disamping diet ini, aktiviti senaman ringan juga perlu dilaksanakan. Bagi mencapai berat badan yang unggul, mahu atau tidak, senaman tetap perlu dibuat. Dengan senaman, gula yang dimakan atau lemak yang terkumpul akan digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga kepada pesakit. Kepada pesakit diabetis jenis 2 pula, perubahan gaya hidup amatlah dituntut. Walaupun belum ada ubat yang dikenalpasti dapat menyembuhkan diabetes, namun pesakit masih memiliki kaedah lain, iaitu menguruskan diet dengan betul. Terdapat banyak makanan penting yang harus dimasukkan ke dalam diet penderita diabetes, yang boleh membantu menjaga tubuh penderita tetap sihat dan kandungan gula dalam darah dapat diatur dengan cara semulajadi. Dengan diet ini juga, ia membantu supaya tubuh mendapat gula yang mencukupi sebagai tenaga tetapi tidak terlebih supaya berat badan dapat dikawal. Apabila makanan dijaga, senaman dibuat dan pengambilan insulin atau ubat yang teratur, masalah komplikasi akibat diabetis akan berkurangan atau dilewatkan dan pesakit boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.
5.         Pengurusan berat badan yang sesuai adalah aspek penting bagi kesejahteraan. Bincangkan masalah pemakanan yang biasa yang memberi kesan kepada kesejahteraan seseorang.

Masalah pemakanan boleh didefinasikan sebagai keadaan serius yang berkaitan dengan tabiat pemakanan negatif yang memberi kesan buruk kepada kesihatan, emosi dan tingkahlaku. Seseorang yang mengalami gangguan makan boleh bermula apabila makan hidangan yang kecil atau hidangan  lebih besar, dan pada satu tahap, keinginan mereka untuk makan hidangan yang lebih kecil atau besar  di luar kawalan. MASALAH-MASALAH PEMAKANAN Terdapat tiga masalah besar dalam tabiat pemakanan seseorang yang tergolong dalam masalah pemakanan. 1.    Anoreksia Nervosa (Anorexia Nervosa) Individu yang mengalami masalah ini sering tiada selera makan kerana mempunyai rasa takut akan berat badan. Mereka akan sentiasa  memikirkan tentang makanan dan menghadkan makanan yang dimakan, walaupun mereka sudah terlalu kurus.  Ia adalah satu cara menggunakan alasan makanan atau kelaparan diri sendiri untuk mengawal kehidupan supaya meredakan tekanan , kemarahan, dan kebimbangan. Kebanyakan penyakit ini dialami oleh wanita terutama golongan remaja atau selebriti. Antara ciri-ciri orang yang mengalami simptom penyakit ini ialah : • Mempunyai berat badan yang rendah • Tidak mahu mengekalkan berat badan yang normal • Mempunyai rasa takut yang berlebihan terhadap  berat badan • Berfikir dia adalah gemuk walaupun pada hakikatnya mereka teralu kurus • Tidak mengalami   tempoh haid tiga bulan berturut-turut
2.    Bulimia Nervosa Masalah Bulimia Nervosa pula situasi  dimana seseorang makan secara berlebihan kemudian cuba mengeluarkan kembali apa yang telah mereka makan. Bulimia juga  merupakan masalah pemakanan yang sering terjadi pada wanita. Masalah ini merupakan suatu bentuk penyeksaan terhadap diri sendiri kerana  penderita bulimia nervosa akan membuat dirinya muntah selepas mengambil makanan.Selain daripada makan berlebihan, penderita bulimia juga cenderung kepada diet yang sangat ketat dan juga bersenam secara berlebihan. Antara selebriti terkenal yang mengalami masalah ini ialah Jane Fonda.
Ciri-ciri khas penyakit bulimia ialah : ·         Mengeluarkan semula makanan yang dimakan dengan sangat cepat sehingga makanan yang masuk tidak sempat diserap oleh  tubuh.  Mereka memuntahkan semula makanan untuk mengurangkan  rasa benci atau bersalah kerana mengambil makanan yang banyak. ·         Penderita Bulimia Nervosa biasanya sangat mengambil berat terhadap diet atau penurunan berat badan. Mereka akan terlalu memperhatikan berat badan, dan selalu merasa kurang percaya dengan berat badan sendiri sehingga cenderung mengamalkan diet yang salah. Mereka agak berbeza  dengan penderita Anoreksia kerana biasanya mereka memiliki berat badan yang lebih stabil sehingga penyakit ini jarang diketahui oleh masyarakat umum.
6.         Bincangkan kepentingan pencegahan penyakit dalam usaha mempromosi kesihatan dan kesejahteraan seseorang.
Pencegahan penyakit adalah satu perkara yang amat penting kepada semua individu. Ini adalah kerana melalui pencegahan, penyakit boleh dielakkan. Sekiranya ia tidak dapat dielakkan disebabkan beberapa faktor contohnya penyakit keturunan, sekurang-kuraangnya ia mungkin lebih terkawal. Oleh itu, dalam pencegahan penyakit  promosi kesihatan hendaklah diambil berat supaya perkara ini dapat disampaikan kepada semua peringkat dalam masyarakat. Promosi kesihatan telah digambarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai proses membolehkan orang ramai untuk meningkatkan kawalan ke atas kesihatan mereka. Konsep kesihatan yang optimum merangkumi bukan hanya ketiadaan penyakit, tetapi juga tahap kecergasan untuk mengekalkan keseronokan dan kepuasan dengan kehidupan. . KEPENTINGAN PENCEGAHAN PENYAKIT 1.    Dapat menjalani kehidupan seharian dengan gaya hidup sihat. Kesihatan adalah sesuatu yang amat bernilai yang tidak dapat dibeli dengan nilai wang ringgit.  Ia boleh membantu menyelamatkan kehidupan dan nyawa seseorang. Amalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama manusia. Gaya hidup sihat merangkumi cara pemakanan yang sihat, memastikan persekitaran tempat tinggal adalah bersih, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, melakukan riadah, mengatasi stress, tidak merokok dan mematikan mendapat rehat yang mencukupi. 2.    Mengurangkan kos sara hidup dari segi perubatan. Kesihatan yang baik adalah penting kerana ia membantu memaksimumkan keuntungan apabila tiada komitmen dengan kos perubatan. Rawatan penyakit kritikal biasanya mengambil tempoh yang lama dan membabitkan kos pemulihan yang tinggi yang boleh menyebabkan kehilangan mata pencarian.Contohnya kos perubatan kanser boleh mencecah RM 300,000 manakala penyakit buah pinggang boleh mencecah RM 150,000.
3.    Dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih sempurna. Sekiranya mempunyai kesihatan yang baik, sudah pasti dapat menikmati apa sahaja yang dilakukan dalam kehidupan ini. Bagi mereka yang bekerja dengan kerajaan contohnya umur bersara bagi mereka yang dilantik sebelum 1.10.2001 telah diberi opsyen melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001 untuk  memilih bersara wajib  pada umur 55 atau 56 tahun. Manakala selepas perlantikan selepas itu ada yang bersara wajib pada umur 60 tahun. Oleh itu, kesihatan yang baik sangat penting bagi memastikan tanggungjawab sebagai pekerja dapat dijalankan dengan baik.  Semua orang juga pastinya berpeluang menjadi anak, suami atau isteri, ibu atau bapa kepada anak-anak. Dengan kesihatan yang baik sudah tentu tanggungjawab tersebut tidak menjadi masalah kepada mereka. 7.         Penyakit jantung koronari adalah dikaitkan dengan pilihan gaya hidup yang tidak sihat. Bincangkan strategi pencegahan am bagi penyakit jantung koronari.
Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai penyakit arteri koronari. Perkataan koronari bermakna mahkota. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng, pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya bermula sejak seseorang itu masih muda. STRATEGI PENCEGAHAN AM PENYAKIT JANTUNG KORONARI 1.    Memastikan tekanan dan paras kolesterol darah pada tahap yang sihat. Bacaan kolestrol boleh dibuat dengan melakukan pemeriksaan darah. Ia dilakukan  untuk mengetahui sama ada paras kolesterol dalam darah anda berada di paras selamat atau tinggi, bacaan biasanya terbahagi kepada 2 iaitu high-density lipoprotein cholesterol (HDL) dan low-density lipoprotein cholesterol (LHL). Normal bacaan untuk Paras kolesterol ialah 5.2mg/dl dengan bacaan LDL tidak melebihi 2.6mg/dl dan HDL tidak kurang 1.0mg/dl.
2.    Menjadi lebih aktif secara fizikal Mengamalkan diet semata-mata adalah baik, namun m enggabungkan diet yang sihat dengan senaman yang kerap adalah cara terbaik untuk mengekalkan berat badan yang sihat.Senaman yang kerap akan membuat sistem jantung dan peredaran darah yang lebih cekap, menurunkan paras kolesterol anda, dan juga mengekalkan tekanan darah anda pada tahap yang sihat.
3.    Mengawal berat badan Mengawal berat badan boleh dilakukan dengan memakan makanan yang sihat dan seimbang. Diet rendah lemak, tinggi serat adalah amat  disyorkan, seperti makan lebih banyak buah-buahan segar , sayur-sayuran dan bijirin penuh. Makanan yang mengandungi lemak tepu mestilah dielakkan kerana ia akan meningkatkan tahap kolesterol tidak baik dalam darah. Walau bagaimanapun, diet yang seimbang masih mengambil lemak tak tepu untuk meningkatkan tahap kolesterol baik dan membantu mengurangkan kolesterol. Selain itu,elakkan terlalu banyak gula pengambilan gula  kerana ia  boleh meningkatkan peluang untuk mendapat penyakit diabetes yang terbukti boleh mendapat penyakit jantung koronari secara mendadak.
4.    Berhenti merokok Jika anda seorang perokok, berhenti merokok akan mengurangkan risiko anda mendapat penyakit jantung koronari. Merokok adalah faktor risiko utama untuk mendapat aterosklerosis iaitu plak terbina di arteri. Ia juga menyebabkan kebanyakan kes trombosis koronari di bawah umur 50 tahun.
Kesimpulan
            Setiap manusia memerlukan makanan untuk hidup. Pengambilan makanan seimbang penting untuk memastikan seseorang itu mencapai taraf kesihatan yang baik. Pemakanan seimbang bermaksud makanan yang mengandungi kumpulan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Protein, vitamin, kabohidrat, garam dan sebagainya yang terdapat dalam makanan diperlukan oleh tubuh untuk membolehkan sistem tubuh berfungsi dengan baik, selain berupaya melawan penyakit. Walaubagaimanapun, makanan juga dapat memudaratkan kesihatan seseorang sekiranya peraturan pemakanan tidak dipatuhi dan jika diambil secara berlebihan.
            Makanan seperti daging, telur dan hasil tenusu merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang dapat memberikan tenaga bagi membolehkan seseorang melakukan aktiviti seharian.Namun, makanan tersebut turut mengandungi banyak lemak dan kalori yang tinggi jika diambil berlebihan. Lemak merupakan sumber utama kolestrol yang menyebabkan obesiti dan mendorong serangan jantung serta meningkatkan risiko serangan barah. Pengambilan kabohidrat secara berlebihan seperti nasi juga merupakan punca utama obesiti. Hal ini demikian kerana kalori yang berlebihan disimpan dalam bentuk lemak jika tidak digunakan.
            Kita disyorkan agar banyak mengambil makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran kerana mengandungi sumber vitamin, mineral  dan serat. Pengambilan serat penting untuk mempercepat proses makanan melalui saluran penghadaman. Kita digalakkan melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh bagi membakar kalori lemak yang terdapat  di dalam badan. Manusia yang tidak aktif dan tidak mahu bersenam juga boleh menyebabkan obesiti.
            Keseimbangan pengambilan pelbagai jenis makanan penting untuk menjamin kesihatan yang sempurna dan berterusan bagi menghindari daripada penyakit. Mempelbagaikan makanan yang diambil dalam menu seharian merupakan cara terbaik untuk memenuhi keperluan nutrient bagi tujuan tumbesaran. Selain itu, pengambilan makanan tersebut juga dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan tenaga. Khasiat sesuatu makanan juga bergantung pada cara penyediaannya.  Ibu atau pembantu rumah yang memasak perlu mempunyai ilmu penyediaan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
            Pemakanan yang diambil juga perlulah dalam keadaan sederhana dan tidak berlebih-lebih.Bukankah bersederhana dalam segala hal adalah yang terbaik buat kita semua. Pengambilan secara bersederhana bukan sahaja membantu tubuh kita untuk mencernakannya dengan baik, malahan ia dapat mengelakkan pembaziran samada dari segi sumber asli dan juga kewangan kita.

            Akhirnya,kita perlu amalkan meminum air dengan lebih banyak kerana lebih daripada separuh kandungan tubuh manusia terdiri daripada air yang dapat membantu melancarkan peredaran darah dan berfungsi untuk buah pinggang berfungsi dengan baik. Amalan pemakanan seimbang dalam kalangan masyarakat perlu menjadi agenda utama negara untuk melahirkan rakyat yang cergas.
Hit: 0 Laman Asal