SURAT  RASMI
Setiausaha, Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Gong Pasir, 23000 Dungun, Terengganu. _________________________________________________________________________________
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Syukur, 23000 Dungun, Terengganu.                                                                                                                                                 2 Mac 2012

Tuan,
Memohon Untuk Meminjam Khemah
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan, Persatuan Pengakap sekolah ini akan mengadakan perkhemahan di Pantai Rantau Abang selama tiga hari iaitu dari 23 Mac 2012 sehingga 25 Mac 2012.
2.     Masalahnya sekolah kami kekurangan khemah. Jadi, kami ingin meminjam tiga buah khemah daripada sekolah tuan bagi memastikan tujuan ini dapat diteruskan.
3.     Kami sangatlah berharap sekiranya pihak tuan meluluskan permohonan ini. Kerjasama dan perhatian daripada tuan kami ucapkan ribuan terima kasih dan secara tidak langsung dapat menjayakan hasrat sekolah kami.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
Nurul Syasya (NURUL SYASYA BT ISMAIL) Setiausaha, Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Gong Pasir, Dungun, Terengganu.






SYARAHAN
                Selamat pagi dan salam sejahtera dan salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara Pengerusi Majlis, panel hakim yang tetap berdiri di atas neraca keadilan, yamg berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang penuh nostalgia ini ialah “Punca-punca Pencemaran Alam Sekitar”.
Para pendengar yang budiman,
                Kita sebagai rakyat bumi Malaysia berbesar hati melihat kemajuan yang dicapai oleh negara kita. Semakin maju dan semakin membangun. Namun begitu, dalam ‘gah’ menuju kemodenan, tanpa kita sedari alam sekitar terabai dan tercemar. Berikutan pertambahan bilangan kenderaan mengakibatkan asap tebal bermaharaja di udara. Udara tidak lagi bersih bertukar menjadi amat kotor. Selain itu, penebangan hutan secara tidak terancang turut menjejaskan alam sekitar. Penebangan hutan ini boleh membawa kepada masalah hakisan berikutan banyak pokok telah ditebang.
                Pembakaran hutan dan sampah secara terbuka merupakan satu lagi punca pencemaran alam sekitar. Asap tebal menjadikan kawasan tersebut berjerebu dan akan menjejaskan kesihatan manusia serta kehidupan flora dan fauna. Pembuangan sampah merata-rata menjadikan pemandangan alam sekitar kotor dan tidak terurus sedangkan tong sampah disediakan. Begitu juga dengan kilang-kilang yang mengeluarkan asap beracun ke udara turut menjejaskan alam sekitar. Kilang-kilang ini turut membuang sisa toksik ke dalam saliran seperti sungai. Natijahnya, sungai tersebut tersumbat, kotor dan hidupannya mati.
Sidang hadirin yang dihormati,
                Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar ini harus dipandang serius kerana akan mengancam kesejahteraan hidup manusia dan kestabilan ekologi. Langkah pencegahan dan pengawalan harus teliti dan diambil bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar berlanjutan. Sebelum mengundur diri, saya ingin memohon ampun dan maaf jika tersalah bicara.
                Sekian, terima kasih.






PERBAHASAN
                Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, pihak pembangkang dan para hadirin sekalian. Saya selaku pihak pencadang menyokong sepenuhnya tajuk syarahan yang diberikan iaitu “Permainan Tradisional Lebih Baik daripada Permainan Masa Kini”.
Hadirin yang saya muliakan,
                Permainan tradisional mesti diteruskan sampai bila-bila. Permainan tradisional inilah yang mencerminkan asal-usul rumpun Melayu. Kita sebagai generasi baru tidak seharusnya memulaukan permainan ini. Hakikatnya permainan tradisional ini dapat meningkatkan kreativiti dan daya cipta tersendiri. Keseniannya itulah menjadikannya begitu unik. Contohnya permainan gasing, layang-layang, congkak dan sebagainya. Cantik dan halus buatannya. Tambahan pula, permainan tradisional tidak memerlukan belanja yang mahal berbanding dengan permainan pada masa kini.
                Kebanyakannya, permainan masa kini menggunakan tenaga elektrik dan bateri. Untuk memilikinya juga mahal. Bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah, mereka tidak mampu membelinya untuk dihadiahkan kepada anak mereka.
                Selain itu, permainan tradisional dapat merapatkan silaturrahim antara pemain kerana permainan ini biasanya dimainkan secara berkumpulan. Berbeza dengan permainan masa kini yang lebih bersifat individu. Contohnya permainan video, komputer dan sebagainya.
Sidang hadirin yang dihormati,
                Nampaknya masa mencemburui saya untuk terus berhujah. Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa permainan tradisional lebih baik daripada permainan masa kini. Sekian, terima kasih.







UCAPAN
                Yang Mulia Tuan Prngerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar iaitu Encik Ahmad Tajuddin bin Abu Bakar, guru-guru, ibu bapa dan kwan-kawan sekalian. Saya berterima kasih dan rasa sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk menyampaikan sedikit ucapan di majlis yang berbahagia ini.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
                Majlis penyampaian hadiah ini sering diadakan pada setiap tahun. Ia diadakan untuk memberi dorongan supaya para murid akan lebih berusaha untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya. Semoga anda akan berusaha lagi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Kejayaan murid pada hari ini adalah kerana kegigihan dan kesabaran guru yang mendidik. Justeru itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang mendidik tanpa rasa jemu. Jasa kalian terlalu tinggi nilainya.
                Untuk itu  saya menyeru kepada rakan-rakan supaya tekun belajar. Ini kerana kejayaan anda itu juga akan menentukan mada depan anda. Oleh itu, marilah kita semua berusaha dengan bersungguh-sungguh dan semoga segala impian menjadi kenyataan.
                Sebelum saya mengakiri ucapan ini, saya ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan seandainya ada tersilap kata dan terkasar bahasa. Kepada teman-teman seperjuangan, gandakan usaha anda. Jadikan murid yang berjaya sebagai model anda.
                Saya akhiri ucapan saya dengan ucapan selamat maju jaya. Sekian, terima kasih.








CERAMAH
                Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Encik Yusri Abdullah, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi. Tajuk ceramah pada petang ini ialah “Faedah-faedah Mengumpul Setem”.
Hadirin sekalian,
                Mengumpul setem adalah hobi yang menyeronokkan dan dapat menambah banyak pengetahuan dari pelbagai aspek. Salah satunya dengan mengumpul setem

Laporan Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda dikehendaki menulis satu laporan pertandingan bercerita yang telah diadakan.
Laporan Pertandingan Bercerita,Anjuran Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Matang Bestari,Kuala Terengganu.
       Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan pertandingan bercerita.Pertandingan ini telah diadakan pada 7 Mac 2011 yang bertempat di Dewan Fatima Al-Zahra iaitu dewan besar Sekolah Kebangsaan Matang Bestari,Kuala Terengganu.Pertandingan ini mengambil masa  4 jam iaitu bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.       Tujuan pertandingan bercerita ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid dan membentuk keyakinan serta bersikap berani.Pertandingan ini disertai oleh 14 orang peserta yang terdiri daripada tahap satu dan tahap dua.Bermakna terdapatnya dua kategori iaitu 7 orang kategori tahap satu dan 7 orang lagi untuk kategori tahap dua.Cerita yang dipersembahkan oleh peserta ini telah ditetapkan tajuknya oleh guru masing-masing. Cerita mereka berpandukan peribahasa yang membawa maksud kegigihan.Hadiah merupakan sijil  dan baucer buku sumbangan Persatuan Bahasa Melayu ditawarkan.Hadiah tersebut disampaikan oleh Tuan Guru Besar iaitu Tuan Haji Zahari b Mohd.Zain.       Pertandingan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan dengan lancar.
Disediakan oleh,                                                                                                 12.Mac 2011 azwin (AZWIN BINTI BAKAR) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Matang  Bestari,.

Berita
Anda berpeluang mengikut bapa saudara anda menghabiskankan cuti minggu di kampung datuk anda.Tuliskan diari pengalaman anda sehari suntuk berada di kampung datuk anda itu dengan selengkapnya.
Ahad,6 Julai s011 7.30 pagi- Aku dan keluarga bapa saudaraku bertolak ke kampung datuk dan nenek di Kampung Padang Kemunting.Datuk dan nenek gembira menyambut kedatangan kami.Kami bersembang dengan datuk dan nenek.Selama ini mereka kesunyian,tetapi pagi  ini kesunyian mereka terubat dengan kemunculan kami tanpa mereka duga.
9.00 pagi- Aku mengikut datuk ke sungai yang terletak di belakang rumah.Datuk menunjukkan lukah-lukah yang dipasangnya bagi memerangkap ikan air tawar kepadaku.Aku tertarik apabila melihat banyak ikan yang terperangkap.Datuk mengeluarkan ikan-ikan yang terperangkap untuk dibawa pulang.                                   11.00 pagi- Sesampai di rumah,aku terus ke dapur menyuruh nenek  masak lemak cili padi.Masakan nenek tiada tandingannya.Tiba-tiba muncul bapa saudaraku dengan membawa balik buah petai,jering dan kerdas.Melihatnya membangkitkan seleraku yang tidak sabar-sabar menunggu waktu tengah hari.
12.30 pagi-Sajian makan tengah hari telah siap.Kami semua menjamu selera makan tengah hari.Bukan main enak lagi masakan kampung.Gulai lemak cili api,sayur pucuk paku,sambal belacan,jantung pisang rebus dan ulam-ulaman.
3.00 petang- Bapa saudaraku memanjat pokok rambutan untuk dibawa pulang ke kota.Buah rambutan ranum di hadapan rumah datuk membuatkan aku tak berhenti mengunyak.Asyik makan memanjang.
6.00 petang-Kami bertolak pulang.Datuk dan nenek berasa sedih untuk melepaskan  kami pergi.Aku bersalaman dengan datuk dan nenek dan terus masuk ke dalam kereta.


Dialog
Kawan anda sudah tiga hari tidak hadir ke sekolah.Anda menelefon kawan anda untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya.Tuliskan dialog antara anda berdua selengkapnya.
Tasya   : Hello,boleh bercakap dengan Fatin? Fatin    : Fatin sedang bercakap. Ini siapa ? Tasya   : Ini Tasya.Awak apa khabar? sudah tiga hari awak tidak hadir ke sekolah. Fatin    : Saya sudah beransur  sihat.Sebenarnya saya diserang demam panas. Tasya   : Awak sudah berjumpa doktor? Fatin    : Sudah.Banyak betul doktor bagi saya ubat.Menjadikan  saya takut hendak makannya. Tasya   :Awak tidak boleh buat begitu.Awak kena habiskan ubat yang diberikan oleh doktor.Nanti               cepat sembuh.Awak juga kena banyakkan rehat. Fatin    : Sudah letih saya berehat di rumah ni,Tasya.Oh ya,tentu sudah  banyak saya ketinggalan                pelajaran yang diajar oleh cikgu. Tasya   : Itu awak usahlah bimbang.Nanti kita boleh ulang kaji bersama-sama.Saya akan sediakan                nota yang tertinggal tu untuk awak. Fatin    : Terima kasih Tasya. Awak sungguh baik. Tasya   :  Oh ya,rakan-rakan sekelas kita semuanya berkirim salam dan berharap awak cepat                 sembuh.Saya juga doakan awak cepat sembuh dan dapat datang ke sekolah seperti                 biasa. Fatin    : Terima kasih.Sampaikan salam saya buat semua. Tasya   : Baiklah.           




Berita Sebagai seorang pemberita ,anda dikehendaki menulis berita mengenai banjir yang melanda di pantai timur.Sediakan berita tersebut.
PASIR PUTIH,28 November- Banjir besar telah melanda sebahagian besar daerah ini akibat hujan lebat yang disifatkan paling buruk pernah berlaku sejak 15 tahun lalu.Tahun lepas banjir di daerah itu boleh juga dikategori buruk tetapi tidaklah seburuk banjir pada kali ini.       Kawasan yang terjejas teruk akibat dinaiki air ialah di sekitar Jalan Siam dengan paras air melebihi satu meter.Keadaan yang sama turut berlaku di Jalan Semangat,Jalan Sekolah, dan Jalan Kuala.Sebelum ini kawasan tersebut jarang dinaiki air.Jadi,kali ini telah berlaku banjir yang teruk di kawasan tersebut.      Sementara itu beberapa buah sekolah yang dinaiki air terpaksa ditutup.Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (P) Pasir Puteh,Sekolah Kebangsaan (L) Pasir Puteh,dan Sekolah Menengah Pasir Puteh.Menyebabkan persekolahan terpaksa dihentikan buat seketika akibat banjir yang melanda teruk di kawasan itu.     Banjir tersebut juga menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda di kawasan perumahan dan premis-premis perniagaan.Banyak rumah yang tenggelam disebabkan longkang-longkang di kawasan perumahan itu tersumbat.Dalam sekejap sahaja air mula melimpah.     Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Puteh,Encik Arash Basir ketika dihubungi berkata,beliau telah meminta kerjasama semua pihak dan unit bantuan banjir untuk bersiap sedia bagi memindahkan penduduk setempat ke tempat yang lebih selamat sekiranya paras air semakin meningkat.     Encik Aras Basir juga menasihatkan para penduduk di kawasan itu agar tidak sesuka hati bermain air tanpa mengira bahaya yang mungkin akan berlaku.Lebih-lebih lagi kanak-kanak.Beliau menasihatkan supaya penduduk berhati-hati agar tidak akan berlaku kejadian yang tidak diingini.







Hit: 0 Laman Asal