Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari.
Jenis Tukar Milik A. Sukarela B. Tidak Sukarelatukar hak milik kenderaan tarik balik kenderaan bagi pemilik yang meninggal dunia Dokumen bagi permohonan A.Tukar hak milik secara sukarela Kenderaan Persendirian Individu2 salinan Borang Senarai Semak  TM-1 TM-1 ; 2 salinan icon Borang JPJ K3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemunya berdaftar dan pemunya baru; Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2); Dokumen pengenalan identiti orang yang menandatangani borang icon Borang JPJ K3, samada; Kad pengenalan; atau Passport untuk warganegara asing; atau Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa; atau Kad Pengenalan Polis; atau Kad Pengenalan Tentera. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai  icon TM-AB atau Pejabat Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia; Slip pembatalan e-Hakmilik/notis pembatalan tuntutan hakmilik pemunya berdaftar; Lesen Kenderaan Motor yang berkuatkuasa untuk dibatalkan bagi kes pertukaran milikan daripada persendirian individu kepada persendirian syarikat (kecuali Sabah dan Sarawak); atau Pembayaran balik bagi kes pertukaran milikan daripada persendirian syarikat kepada persendirian individu (kecualiSabah dan Sarawak dan Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa. Kenderaan Persendirian Syarikat Perniagaan Pemilik Tunggal/Perkongsian2 salinan Borang Senarai Semak icon TM-1 2 salinan Borang JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemunya berdaftar dan pemunya baru;Jika perniagaan pemilik tunggal, ditandatangani oleh pemilik perniagaan tersebut; Jika perniagaan perkongsian, ditandatangani oleh salah seorang ahli kongsi yang diberi kuasa secara bertulis oleh semua rakan kongsi perniagaan tersebut; Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2); Dokumen pengenalan identiti orang yang menandatangani icon Borang JPJ K3, samada;Kad pengenalan; atau Passport untuk warganegara asing; atau Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa; Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai icon TM-AB atau Pejabat Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia; Dokumen pengenalan identiti syarikat Pemilikan Tunggal /Perkongsian (asal dan salinan);Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan);dan Borang B (Maklumat Perniagaan dan Maklumat Pemilik Semasa); atau Lesen Perniagaan yang disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah dan Sarawak); Salinan dokumen pengenalan identiti syarikat hendaklah disahkan oleh Pendaftar Syarikat atau Pegawai JPJ; Jika perniagaan perkongsian, surat persetujuan penjualan daripada semua ahli rakan kongsi perniagaan tersebut; Slip pembatalan e-Hakmilik/notis pembatalan tuntutan hakmilik pemunya berdaftar; dan Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa. Kenderaan Persendirian Syarikat Sendirian Berhad/Berhad2 salinan Borang Senarai Semak icon TM-1 2 salinan Borang icon Borang JPJ K3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemunya berdaftar dan pemunyabaru; icon Borang JPJ K3 ditandatangani oleh Pengarah atau Pengurus Besar atau Setiausaha atau lain-lain pegawai syarikat berkenaan yang diberi kuasa secara bertulis olehsyarikat. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2); Dokumen pengenalan identiti orang yang menandatangani borang JPJK3, samada;Kad pengenalan; atau Pasport; atau Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa; Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai icon TM-AB atau Pejabat Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia; Salinan dokumen pengenalan identiti syarikat SendirianBerhad/Berhad yang disahkan oleh PendaftarSyarikat/Setiausaha Syarikat;Borang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) atau Borang 13( Sijil Tukar Nama); dan Salinan Borang 49 (Butir–butir Pendaftaran BagiAhli Lembaga Syarikat); Salinan Minit Mesyuarat atau Resolusi Syarikat untuk menjual kenderaan berkenaan yang telah disahkan oleh Pendaftar / Setiausaha Syarikat; atau Resolusi dari Ahli Lembaga Pengarah yang memberi kuasa kepada pegawai yang dilantik bagi urusan tukar milik bagi kenderaan syarikat yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat; Slip pembatalan e-Hakmilik/notis pembatalan tuntutan hakmilik pemunya berdaftar; dan Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa. B.Tukar hakmilik tidak sukarela Pemunya berdaftar yang telah meninggal dunia icon Borang JPJ K3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemunya baru (penerima pusaka) 2 salinan icon TM-3 Dokumen pengenalan identiti pemunya baru yang menandatangani borang JPJK3A, samada;Kad pengenalan; atau Passport; atau Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa; atau Kad Pengenalan Polis; atau Kad Pengenalan Tentera. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai  icon TM-AB atau Pejabat kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia; Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2); Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:Perintah Mahkamah; atau Surat Geran Probat (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad;atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil; Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa; Kenderaan motor yang ditarik balik ( Repossesed di bawah Akta Sewa Beli 1967)2 salinan asalicon Borang JPJ K3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemunya baru (Pegawai yang diberi kuasa oleh institusi kewangan); 2 salinan icon TM-3 Dokumen pengenalan identiti orang yang menandatangani orang JPJK3A, samada;Kad pengenalan; atau Passport; atau Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa; atau Kad Pengenalan Polis; atau Kad Pengenalan Tentera. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamaiicon TM-AB atau Pejabat Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia; Surat kuasa daripada institusi kewangan yang melantik pegawai untuk menandatangani JPJK3A; Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2); Salinan dokumen identiti pengenalan syarikat (institusi kewangan) iaitu Perakuan Pemerbadanan Syarikat sendirian (Borang 9 atau Borang 13 di bawah Akta Syarikat 1965) yang disahkan oleh Pendaftar / Setiausaha Syarikat) Satu salinan Jadual Keempat dan Jadual Kelima seperti yang ditetapkan di dalam Akta Sewa Beli 1967 yang disahkan oleh pegawai institusi kewangan tersebut . Insuran atas nama pemunya baru jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) masih berkuatkuasa. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa ; Kenderaan motor rampasan,sitaan dan sebagai yang dilelong oleh Agensi Kerajaan
2 salinan icon Borang JPJ K3A  Surat tawaran rasmi asal dan salinan daripada Jabatan yang melelong Laporan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM (B2) asal dan resit bayaran/laporan kimia Laporan kimia (jika berkenaan)' Sijil/Nota Perlindungan Insurans pemilik baru (jika berkenaan) Notis penarikan balik tuntutan hak milik (pemunya berdaftar) dan tuntutan hak milik (pemilik baru) Laporan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM (B2) (kenderaan import) dan resit bayaran asal Bayaran yang ditetapkan     SUMBER: JPJ Malaysia
Hit: 0 Laman Asal