Vs Voltage Stabilizer Stabil Voltage
Hampir lupa sebelum aku melakukan proses pemasangan BK (bodykits),(tarikh pun tak ingat dah)
Aku dan azhar77 telah pergi ke Unimec Accessories kat Tmn. Equine Puchong berhampiran balai polis dan Jusco.
Aku telah memasang VS - jenis pivot raizin 21000uf pakej sekali dengan grounding cable(wayar warna merah)dengan rege pada masa tu RM170.Aku juga memasang bonet depan dengan sesuatu yang boleh mengurangkan bunyi enjin daripada masuk ke dalam kabin, ianya juga kalis air..(sebelum tu aku pasang kat kedai Abang yang berharga rm55.00 tapi seperti tiada apa2 perubahan) - jadi pasang yang seperti dalam gambar baru hati rasa puas..hehehe. Aku juga minta Abg Zul (tauke kedai Unimec Accesories) pasangkan CF Sticker kat semua side door. ( total kemua item di atas ialah RM500.00).


Sehinggalah aku terbaca posting dalam EOCM (Exora Owner Club Malaysia), berkenaan VS Kechat. Nilai 180K uf yang sememang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan eocm member dan testimoni yang menarik dari mereka yang telah menggunakan VS Kechat ni.

Dah memang rezeki aku, dengan izin allah aku telah memenagi cabutan bertuah semasa di YEG 2010 EOCM di Summerset Resort, Rompin Pahang. Yang mana hanya 3 VS telah di bawa oleh bang Din. Aku adalah salah seorang di antara mereka yang dapat percuma VS Kechat.

Kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkan VS Kechat di blog ABM @ http://myjimon.blogspot.com/2010/07/vs-kechat-for-exora.html
Hit: 0
Laman Asal