Bismillah.

Assalamualaikum buat teman2 dan follower baru. 😊.
Sudah beberapa hari baru pulang dari Jerteh. Kali ni, kita terbang 😉. Rezki lebih akhir tahun ni, dan juga agak serta merta sbb bulan cuti sekolah kan tiket 'flight' agak mahal. Tarikh ini sajalah hubby dapat cuti.

Kubur arwah abah, ada di Kota Bharu. Jerteh pula, sejam perjalanan dari situ. Naik 'flight' memang ke di Kota Bharu. Jadi saya buat keputusan berlegar-legar di sana dahulu. Hajat nak ke kubur abah juga. Saya ambil homestay.

'Boarding' jam 6.50, terbang jam 7.15, sampai rasanya dalam 8.30 pagi. Kami sewa kereta dengan klezcar. Pukul 10 lebih dapat kereta, merayau kat pasar Siti Khadijah kejap. Hehe. Makan tengahari kat atas pasar. Hubby, mengomel takde makanan pedas 😅. Sambar beberapa helai kain batik, udang galah kat pasar basah, dan set laksa kelantan (laksa siap, ulam, kuah, sambal). Nyum nyum! Pukul 12.30 bertolak balik Jerteh. Sangkut dengan 'traffic light' dan 'jammed' di tengah-tengah bandar Kota Bharu 😅.

Akhirnya 2.30 ptg baru sampai Jerteh. Berkejar goreng udang dan makan laksa. Hubby komen sedap laksa! 😘. Pukul 3.30 petang, bertolak ke Kota Bharu bawa Mama dan adik Siti.


Nanti sambung lagi. 😊


Copyright & copy; 2019
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Hit: 0 Laman Asal