Assalamualaikum mommies semua...

Di kesempatan ini mummy sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua followers mummy dan juga mereka yg senaraikan blog mummy dalam blog list bloggers semua. Ampun maaf di pinta ye. Post pasal raya nanti mummy up lepas mummy balik cuti. Tahun ni giliran mummy keje so raya agak tak berapa nak meriah sangat la..huhuhu

Oklah stop dulu kisah raya. Mummy nak cerita pasal penyakit batu karang. Kisahnya begini 3 Ogos lepas (Sabtu) tetiba babah tak boleh tidur sejak dari pukul 4 pagi. Pukul 5 pagi babah kejut mummy untuk sahur, tapi mummy dalam keadaan mamai tgk babah dah siap pakai baju seluar, katanya nak ke hospital tak tahan sakit perut. Dalam mamai mummy hantar babah ke pintu macam takde perasaan sambil bagi hp babah. Lepas minum air skit mummy sambung tido sampai terlajak subuh..haihhhh. Penat kot. Bangun 7.30 pagi tu pun tersedar sebab Zahra nangis padahal mummy kunci jam 6.30!. Tengok hp babah anta sms dalam 6.30 gitu kata ada kat emergency Pusrawi. Alamak, terus kol babah, babah kata still kat emergency doc nak bagi ubat dan scan.

Babah dah kol sepupu dia utk ambil mummy dan Zahra nanti dalam pukul 9.30 pagi. Mummy dah plan kalau babah kene masuk ward so EL la mummy hari tu. Mummy terus bangun dan siapkan makanan bekal Zahra. Dalam pukul 8++ babah kol dan kata semuanya ok. Doc scan takde apa katanya, maybe terlebih makan or salah makan yg jadi macam tu. Doc inject ubat, babah tidur rehat, pastu babah otw nak balik rumah ambil mummy dan Zahra ke rumah mak mertua.

5 Ogos (Isnin) babah sakit perut balik, sakit menyucuk2 katanya. Mummy bangun sahur pukul 5.30 tu babah bangun sekali sambil mengadu sakit perut. Baring salah, duduk pun salah, tetap sakit. Memula baring kat sofa, pastu masuk bilik pulak, masuk bilik air. serba tak kena dibuatnya. Mummy urut perut babah, mmg mummy sendawa la. Babah kata dia takleh sendawa or kentut, angin tak lepas katanya. Lepas tu babah macam ok skit, mummy pun siap2kan bekal Zahra, then tetibe babah masuk dapur kata tak tahan sakit sampai nangis2. Alamak sakit sangat ke, ni bukan gastrik ni sebab sakit melampau, ke sakit mcm nak beranak contraction tu.

Mummy pun berdesup la masuk bilik air ingat nak basuh baju Zahra skit, bila dengar mummy berus baju, babah kata nak basuh baju ke, abang da sakit sangat ni, tlg panggil ambulans. Mummy letak balik berus dan cecepat tukar baju, Zahra tido lagi. Tapi babah kata takpela mummy mandi dulu. Dalam pukul 8 mummy da siap terus hantar babah ke KPJ Ampang Puteri. Mummy nak drive babah kata dia leh drive. Babah suh mummy drop babah ke hospital je, tapi mummy berkeras nak tunggu lagipun baby seat takde dalam kereta, takkan nak pangku Zahra dari Ampang ke Jalan Peel, mummy pun dah bagitau opis masuk lambat.

Sampai je di hospital babah terus cek dan doktor nak buat ultra sound. Mummy tunggu ngan Zahra kat luar. Zahra duk layan pororo senyap skit dia. Lepas buat ultra sound tunggu dalam 1 jam lebih utk tau result. Bila dah dapat result doc confirm babah ada batu karang, satu kat hempedu, satu kat buah pinggang. Batu tu sebesar 2cm..agak besar jugaklah kan. Lepas ambil ubat, kami ke rumah mertua utk hantar Zahra ke rumah baby sitter dan dalam pukul 12 mummy sampai opis. Babah dapat MC sehari, lepas makan ubat terus tido satu hari. Yang mummy pelik apsal g Pusrawi doc tu kata takde pape, g pakar baru tau ada batu karang. Haihhh.

Apa yang mummy perasan setiap kali babah sakit perut sebab berbuka minum air gas. Memang ada satu hari tu babah duk teguk air coke la, pepsi la, 2-3 hari berturut2 kot. Lepas tu terus sakit perut malam tu sampai berguling nangis dia punya sakit. So mummy cakap lepas ni jangan minum air gas sebab kesan dia sangatlah cepat.

Malam raya, babah makan lemang ngan daging pesamah, malam tu nak tido sakit perut tapi ala-ala je sakitnya. still boleh handle. Esok paginya babah mengadu sakit perut lagi, lepas makan ubat babah tido sampai pukul 10 lebih, terlepas sembahyang raya.

Sementara babah tidur, mummy dok google la pasal penyakit batu karang ni, mummy tengok makanan apa yg takleh makan, puncanya dan petua secara tradisional nak rawat penyakit ni tanpa perlu dibedah. Hasilnya banyak jugak info yang mummy dapat dari blog2. Antaranya ialah:

PUNCA-PUNCA PENYAKIT / FAKTOR RISIKO 1) Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing 2) Terlalu banyak makan makanan laut yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi 3) Kegagalan buah pinggang 4) Tahap metabolisme seseorang 5) Nanah yang mengeras akibat jangkitan kuman semasa kecil 6) Kekurangan pengambilan air minuman 7) Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing TANDA-TANDA / SIMPTOM 1) Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang 2) Kesakitan seperti berdenyut, berat, dan sakit melilit yang amat sangat seperti hendak bersalin 3) Loya-loya,hendak muntah dan berpeluh. 4) Sukar kencing atau lansung tak boleh kencing dan kencing berdarah/bernanah 5) Demam yang mengigil dan tubuh jadi lemah,muka jadi pucat/sembab dan kulit jadi kering PANDUAN BAGI PESAKIT BATU KARANG 1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing. 2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat. 3. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang 4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. 5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat. 6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat. 7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. 8. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol. Ada satu blog mummy tengok pulut dan kacang pun takleh makan, so mummy beritahu babah, baru babah teringat pasal makan lemang dan kuah kacang n daging perut dia sakit, so bila da sakit tu babah terpaksala pantang, kalau teringin pun makan skit je.

Ini pula antara petua untuk hilangkan penyakit ni:

 Penawar Batu Karang cara Tradisional
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.
Nanas Sembuh Penyakit Batu Karang
Bagi pengidap batu karang, kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau Try Cari Sulur Nenas campur ngan gula batu, minum hari hari...sampai dah tak ada batu karang tersebut....
Lobak Putih
minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2kali. Jangan diamalkan hari-hari sebab air 1 / 2 lobak putih adalah tajam.
Epal Hijau, minyak zaitun
5 hari yang pertama, minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau pun boleh gak). Jus epal ni melembutkan batu karang. Hari ke enam pulak , jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom (magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate buka bukaan pundi kencing. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini akan bertindak menjadi pelincir.
Esok paginya, jangan terkejut kalau nampak batu hijau kat najis...biasanya terapung!...dan boleh dikira :). Jika tak de batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.
Tembikai dan Prune Juice
Kisar sebiji buah tembikai bersama sedikit gula batu (untuk sedapkan). Minum setiap hari. baru2 nie saya kena batu karang, makan ubat selama 1 minggu tak baik so member ofis rekomenkn makan tembikai 1 biji kena habiskan dlm masa 24 jam selama 3 hari berturut2 (sama ada makan atau jadikan jus tanpa campur air) alhamdulillah lepas 3 hari jumpa doktor, doktor kata dah clear tak ada apa2, cubalah, insya'allah sembuh masa minum selawat 3x ya.
Tapi kebanyakan blog mummy jumpa petua epal hijau, minyak zaitun yang top list. So semalam mummy dah blend 3 biji epal hijau. Dapatlah dalam 4 gelas, ingatkan nak suruh babah minum segelas pagi, segelas thari dan segelas malam, tapi bila da minum segelas, nak lagi dan lagi dan abislah empat gelas sekali minum. So jap g mummy nak g jusco borong epal hijau ngan lemon. 
Harap2 lepas amalkan petua ni dengan izin Allah keluarkan batu tu dengan sendirnya, ngeri la plak kalau nak operate ke laser ke kan. InsyaALLAH mummy doa hari2 semoga dipermudahkan segala urusan, kita merancang dan ikhtiar segalanya terletak di tanganNYA.
Ada tak mommies kat sini or sesapa saja yg ada pengalaman pasal batu karang, bolehlah share ngan mummy. 
Oklah wassalam semua.


Hit: 0 Laman Asal