osem man !!! pakar motivasi yang pantang menyerah kalah ... Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa tidak boleh lari dari belajar , kadang-kadang masa yang ada di sia-sia kan .. bila ditanya berapa jam kamu belaja?? diri terpinga-pinga  sebab belajar tak ikut waktu, bila rasa nak belajar , rajin buka buku ,tapi bila perasaan malas mula menerjah ruang diri , leka tanpa sedar ...

Pesan seorang murabbi " sesuatu yang tidak tersusun atau tidak ada peraturan adalah sesuatu yang sia-sia " ..tetiba teringat kata-kata Saidina Ali Karamallahu wajh : " Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun rapi " . Di sini dapat kita lihat sesuatu amal yang dilakukan tanpa ada yang manhaj-manhaj yang teratur melambat kan kerja-kerja islam ke arah mencapai sebuah kemenangan.Dan tidak hairanlah mengapa kemenangan itu lambat ?? ( tetiba lak masuk bab lain ..maaf )

Berbalik pada pengurusan manhaj belajar para murabbi selalu bertanya kami sebagai studentnya bagaimana cara kamu semua menguruskan masa ?? berapa surah yang kamu dah hafal?? dan ini sering kali diulang oleh para doktor dan membuatkan "aku" terpaku sendirian ..memang tidak di nafikan cara pengurusan tidak lah sistematik dan tidak teratur..juga sering terfikir untuk cuba berubah tapi entah mengapa lain yang dirancang lain pula jadinya ..

Kehidupan seorang mahasiswa disibukkan dengan banyak perkara belajar di kuliah, tallaqi , urusan persatuan dan lain-lain , maka hal ini menyebabkan rasa "futur" di tengah-tengah jalan .. Oleh yang demikian , Murabbi menitipkan beberapa nasihat yang bermanfaat antaranya :

1) jaga al-quran dan as-sunnah dengan sehabis baik
2) luangkan masa menghafal kalam-kalam ILLAHI dan hadis-hadis nabawiyyah
 (paling minuman 1 juzuk + 1 hadis )
3) tidak dapat manfaat nya jika belajar tapi tak ambil ibrah (pengajaran)
(eg : belajar riyadhus solihin tapi matan hadis tak hafal tak cukup setakat faham je ,tidak dapat tidak kena  hafal matan yang ringan-ringan dan mudah dihafal dengan istiqomah yang asalnya susah nak hafal lama2 jadi mudah)
4) cuba bahagikan masa sebaik mungkin ( belajar , tallaqi , persatuan )
5) jangan hampakan harapan semua  yang menantikan kepulangan kita sebgai pembawa risalah ISLAM
6) kosongkan fikiran dari perkara2 yang menyibukkan diri anda ( eg : riadah dll )
7) kita bukan sahaja kena fokus pada pembacaan semata mata tapi dari segi kemahiran bercakap harus di pertingkatkan
8) fokus pada hafalan nusus yakni Al-Quran Dan As-sunnah , jgn setakat faham tapi kena hafal ayat AQ dan matan hadis
9) berbanyakkan kalimah-kalimah arab
10) if rasa malas timbul cuba variasikan cara belajar,cara menghafal dan lain-lain
( analogi : jika kita kurang selera makan mesti kita akan cub variasikan makanan ada ayam ada sayur ada buah, ada kuih muih begitu juga "selera" belajar perlu dipelbagaikan metodnya )

sekali lagi ingin saya lontarkan kalam murabbi " sesuatu yang tidak ada manhaj adalah sia-sia "
moga kita mengambil ibrah dari kalam murabbi ... lebih-lebih lagi saya yang menulis sebab tangan yang menaip lebih dekat dengan mata yang melihat..moga ALLAH pandu usaha yang dilakukan ..
ALLAH MUSTA'AN ...

murabbi yang di maksudkan : Dr. a'tiyyah fayyad ( dr fiqh islami )

mohon maaf atas kekurangan sekadar berkongsi nasihat murabbi (ad salah sila tegur )

~ kadang-kadang kita alpa hadirnya kalam taujihat mengembalikan kekuatan dan semangat ~ 

:: post minggu ni agak simple bahasa pun dah bercampur2 see u all next post ::

Hit: 0 Laman Asal