Assalammualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan doa supaya kita memiliki otak yang cerdas. Semoga orang yang mengamalkannya akan mudah faham dan kuat daya ingatan, Doa ini sesuai diamalkan oleh pelajar-pelajar yang hendak menduduki peperiksaan malah kepada pekerja-pekerja. Apabila otak cerdas maka secara tidak langsung idea-idea yang dikeluarkan juga bernas. Mudah-mudahan pengkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Amin.. Insya-Allah...

Doa Agar Memiliki Otak Yang CerdasKlik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Maksudnya:
“Ya Allah, dengan hikmah-Mu, bukakanlah kepada kami pintu-pintu pemahaman. Tebarkanlah kepada kami kasih-Mu dan ingatkanlah kami akan hal yang kami lupa, wahai Zat Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Ya Allah, sungguh kami titipkan ilmu yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah ilmu itu pada kami saat kami memerlukannya dan jangan jadikan kami lupa akan ilmu tersebut, wahai Tuhan semesta alam. Ya Allah, ilhamkanlah kepada kami ilmu yang mampu membuat kami memahami segala perintah dan larangan-Mu, anugerahkanlah kepada kami pemahaman seperti pemahaman para nabi, kehebatan daya ingat para rasul, serta cepatnya ilham layaknya para malaikat. Ya Allah, muliakanlah kami dengan cahaya ilmu dan cepatnya pemahaman, keluarkanlah kami dari gelapannya keraguan dan kebodohan, bukakanlah kepada kami pintu rahmat-Mu dan ajarkanlah kepada kami rahsia-rahsia hikmah-Mu, wahai Tuhan semesta alam.” Dari Buku Doa dan Amalan Berjaya di Sekolah & Kerjaya.
Hit: 0 Laman Asal