Apa yang kita hayati dari ayat2 Al-Fatihah? Surah Al Fatihaah ini melengkapi unsur-unsur pokok syari'at Islam.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
~niat~setiap perbuatan mesti dimulakan dengan niat...dan niat tuh adalah kerana Allah taala...baru kerja tuh nampak bersih skit...

ada cerita dengan ayat neh...cerita pasai aku kena tanya dengan Ustaz Kamil kat UMP dulu..
Ada satu kali neh aku dengan 6 orang lagi member aku kena tanya maksud ayat2 al-fatihah ngan Ustaz Kamil,Ustaz yang ajar aku Islamic Institution kat UMP...dan aku orang pertama yang kena tanya...maksud ayat pertama surah Al-Fatihah...maksud bismillah...dlm hati aku da kata hare toi...pasaipa pulak aku kena 1st??? tak kesa la...aku pun jawab maksud bismillahirrahmanirahhim...dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..aku da senyum2 ingat da lepas r...skali Ustaz Kamil cakap...jgn nak maen akai...jawab leklok...cuba pandang ngan mata hati...aku pun pikiaq..haih apa lagi neh...pastu tetiba aku terpikiaq...aku ulang2 fikir maksud ayat neh dari terjemahan dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...owh rupanya maksud ayat neh adalah niat...aku pun teragak2 jawab..stiap benda yang kita buat mesti dimulakan dengan niat...Niat kerana Allah..pastuh Ustaz pun tambah...ya betul...stiap benda yang kita buat mesti dimulakan dengan niat kerana Allah...kalo semua orang paham dengan mendalam maksud setiap Ayat dalam Al-Fatihah neh...semua perkara,kita akan buat bersungguh2..bukan kerana pointer,duit,kerja....tapi kerana Allah...mmg takdak lar orang ponteng kelas kalo paham maksud ayat neh...aduh mmg makan dalam ayat tuh kena kat aku...
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
~mnunjukkan kebesaran Allah

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
~Allah bersifat pemurah bagi setiap makhluknya...harus diingat sifat Penyayang hanya untuk makhluk yg taat kepada perintah dan suruhannya..balasanya syurga Allah yang kekal abadi

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan
~peringatan...stiap pbuatan kita ada balasannya...maka siapa yang paling berkuasa mengadilinya?tidak lain dan tidak bukan Allah S.W.T.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
~Lantas kepada siapakah harus kita menyerah diri?harus kita takuti?kita meminta pertolongan?bergantungharap?Tidak laen dan tidak bukan yang Maha Esa Allah S.W.T.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
~Mintalah panduan dari Allah...Taufik dan Hidayah dari Allah..semoga tidak terpesong dari jalannya....kita sbagai manusia mudah lalai dan leka...sentiasalah berdoa kepada Allah supaya tidak terpesong dari jalan yg diredhoinya..

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
~bkaitan dgn sejarah jugak...amik teladan dari orang yang Allah telah beri nikmat kepada mereka...para sahabat Nabi..lihatlah kehidupan mereka bagaimana?walaupun tidak kaya dengan harta dunia...tetapi hidup mereka bahagia...lihatlah alim ulama...tenang tak wajah mereka?nikmat yg sebenarnya adalah nikmat Iman...

jalan mereka yang dimurkai dan jalan mereka yang sesat...
bkaitan dgn sejarah...ayat neh merujuk kepada beberapa pemimpin/manusia yg diberi ujian kekayaan harta benda/pangkat tetapi mereka takbur dan sombong...lihatlah bagaimana Firaun mendapat balasan diaatas kebongkakan diri.jangan disebabkn harta,pangkat dan nama...kita jadi lupa daratan...sesat dalam keegooan sendiri...kita neh hanyalah makhluk yg diciptakan..bukan yg mencipta...sekuat2,sehabat manapun kita...sedarlah...ada kuasa yg lebih kuat dari diri kita neh...Wallahualam..

Kesedaran lepas kena basuh,clorox plus Softlan ngan Ustaz Kamil...kehkehkeh...lepas 2,3 minggu lupa balik...hahaha. Balik dari kena basuh dengan Ustaz kamil arituh aku pikir2 balik...rupanya ayat-ayat Al-Fatihah neh sebenarnya bnyk lagi rahsia yang tersembunyi...kena pandang dengan mata hati...kena hayati maksud yang tersirat...bukan hanya paham maksud yang tersurat...dan ayat al-Fatihah nih adalah ayat wajib bagi setiap rakaat dalam solat..sama2 kita hayati maksud yang tersirat dalam ayat neh dan amalkan..
Hit: 0 Laman Asal