....
Lama tidak mencoret cerita, perkembangan, perkongsian, alhamdulillah masih berpeluang menikmati keindahan di bumi Allah ini..Syukur!!
Mampu menarik nafas lega setelah menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang student selama hampir 3 tahun 1/2, dugaan dan cabaran tetap ada, sentisa belajar cara mengatasi serta menghadapi setiap dugaan  yang banyak pahit manisnya..walau apapun setiap cabaran & dugaan tersebut, Allah sentiasa bersama kita.

Terasa masa berlalu terlalu singkat, seakan tidak percaya sudah tamat pengajian sebagai pelajar Teknologi Maklumat. Diri terasa seolah-olah baru menjejakkan kaki di kampus sebagai pelajar semester 1, yang baru belajar untuk hidup berdikari dan jauh daripada keluarga. Tapi, Alhamdulillah akhirnya, dapat jua menghabiskan pengajian. Cepatnya masa berlalu...!!
Bermacam kenangan semasa belajar, bersama sahabat-sahabat, semasa melaksanakan program, semuanya akan membuatkan diri sentiasa ingat akan kenangan apabila merinduinya..Miss that Moment!!





Hit: 5 Laman Asal